Paronikia adalah jangkitan pada kulit di sekitar kuku tangan dan kuku kaki. Bakteria atau sejenis yis yang disebut Candida biasanya menyebabkan jangkitan ini. Bakteria dan yis boleh bergabung menjadi satu jangkitan.
Bergantung pada penyebab jangkitan, paronikia mungkin terjadi secara perlahan dan bertahan selama berminggu-minggu atau muncul secara tiba-tiba dan hanya bertahan selama satu atau dua hari. Simptom paronychia mudah dijumpai dan biasanya dapat diatasi dengan mudah dengan sedikit atau tiada kerosakan pada kulit dan kuku anda. Jangkitan boleh menjadi teruk dan mengakibatkan sebahagian atau keseluruhan kuku hilang jika ianya tidak dirawat.
Paronikia Akut dan Kronik
Paronychia boleh menjadi akut atau kronik bergantung pada kepantasan permulaan, jangka masa dan agen jangkitan.
Paronikia Akut
Jangkitan akut selalunya lebih kerap berlaku di sekitar kuku dan ianya boleh berkembang dengan cepat.
Ini biasanya disebabkan oleh kerosakan pada kulit di sekitar kuku akibat menggigit, menarik, kuku gantung, manikur atau trauma fizikal yang lain.
Bakteria Staphylococcus dan Enterococcus ialah agen jangkitan biasa dalam kes paronikia akut.
Paronikia Kronik
Paronychia kronik boleh berlaku pada jari tangan atau jari kaki dan ia timbul secara perlahan-lahan dan boleh bertahan selama beberapa minggu dan sering kembali.
Kebiasaannya ianya disebabkan oleh lebih daripada satu agen jangkitan, lazimnya yis dan bakteria Candida.
Ianya biasa berlaku pada orang yang pekerjaannya melibatkan air.
Kulit basah secara kronik dan rendaman berlebihan mengganggu penghalang semula jadi kutikula.
Ini membolehkan yis dan bakteria tumbuh dan masuk ke bawah kulit untuk menyebabkan jangkitan.
Faktor-faktor Risiko
Sebilangan orang mempunyai risiko paronikia yang lebih tinggi, seperti:
- wanita
- penghidap diabetes
- orang yang tangannya sering basah termasuk lah tukang pencuci
- orang dengan masalah kulit yang lain seperti dermatitis
- orang yang mempunyai sistem imun yang lemah
Simptom atau Tanda-tanda Paronikia
Simptom paronikia akut dan kronik adalah sama. Ia hanya dibezakan dengan kelajuan permulaan dan jangka masa jangkitan. Jangkitan kronik berlaku dengan perlahan dan berlangsung selama beberapa minggu. Jangkitan akut berkembang dengan cepat dan tidak bertahan lama. Kedua-dua jangkitan boleh mempunyai simptom berikut:
- kulit di sekitar kuku kemerah-merahan
- kulit di sekitar kuku lembut
- lepuh yang dipenuhi nanah
- kuku mengalami keradangan dan bengkak
- kuku berasa sakit
- perubahan bentuk, warna atau tekstur kuku
- kuku yang pecah
Sebab-sebab Peronikia
Terdapat pelbagai penyebab paronikia akut dan kronik. Penyebab utama masing-masing adalah bakteria Candida, yis atau gabungan kedua-dua agen tersebut.
Paronikia Akut
Ini mungkin disebabkan oleh menggigit atau mencucuk kuku, dicucuk oleh alat manikur, menolak kutikula dengan terlalu agresif dan jenis kecederaan lain yang serupa.
Paronikia Kronik
Agen penyebab jangkitan paronkia kronik adalah bakteria Candida dan yis. Yis tumbuh dengan baik di persekitaran yang lembap. Oleh itu, jangkitan ini sering disebabkan oleh kaki atau tangan direndam dengan air atau berada pada permukaan berair untuk jangka masa yang panjang. Keradangan kronik menjadi penyebab ini berlaku.
Diagniosis Paronikia
Dalam kebanyakan kes, doktor boleh mendiagnosis paronikia hanya dengan memerhatikannya.
Doktor anda mungkin menghantar sampel nanah dari jangkitan anda ke makmal jika rawatan asal tidak membantu. Ini akan menentukan agen jangkitan yang tepat dan akan membolehkan doktor anda memberi rawatan yang terbaik.
Rawatan Peronikia
Rawatan untuk paronikia berbeza-beza bergantung kepada keadaan, sama ada ia kronik atau akut.
Seseorang yang mengalami paronikia akut ringan boleh mencuba merendam jari tangan atau jari kaki yang terkena dengan air suam tiga hingga empat kali sehari. Sekiranya simptom tidak sembuh, dapatkan rawatan lebih lanjut.
Apabila jangkitan bakteria menyebabkan paronikia akut, doktor mungkin mengesyorkan antibiotik, seperti dicloxacillin atau clindamycin.
Apabila jangkitan kulat menyebabkan paronikia kronik, doktor akan menetapkan ubat antikulat. Ubat-ubatan ini bersifat topikal dan biasanya merangkumi clotrimazole atau ketoconazole.
Paronikia kronik mungkin memerlukan rawatan selama beberapa minggu atau bulan. Penting untuk memastikan tangan sentiasa kering dan bersih. Sekiranya pekerjaan seseorang memerlukan tangannya basah atau terkena kuman, mereka mungkin perlu berehat.
Seorang doktor juga mungkin perlu membuang nanah dari abses di sekitarnya. Untuk melakukan rawatan ini, mereka akan memberikan anestetik tempatan, kemudian membuka lipatan kuku untuk memasukkan kain kasa yang akan membantu mengurangkan nanah.
Pencegahan Peronikia
Jaga kebersihan tangan dan kaki untuk mengelakkan bakteria berada di celah-celah kuku dan kulit anda. Elakkan tabiat atau trauma yang menyebabkan anda menggigit, menarik, manikur atau pedikur dapat membantu anda mencegah jangkitan akut.
Untuk mengelakkan jangkitan kronik, anda harus mengelakkan pendedahan berlebihan kepada air dan persekitaran yang basah .
Keadaan tangan dan kaki yang kering boleh mencegah peronikia berlaku
Yang lain juga merangkumi:
- melembapkan tangan selepas mencuci tangan
- elakkan menggigit atau mengunyah kuku
- berhati-hati semasa memotong kuku
- menjaga kebersihan tangan dan kuku
- elakkan tangan berada pada permukaan air atau dalam air untuk jangka masa yang lama
- elakkan bersentuhan dengan mereka yang mempunyai masalah kulit
- sentiasa pastikan kuku pendek
Untuk Jangka Masa Panjang:
Sekiranya anda dijangkiti paronikia akut, simptomnya tidak akan menjadi serius sekiranya rawatan diberi dapat menyembuhkannya. Anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera terutamanya jika ianya dibiarkan untuk jangka masa yang lama.
Jangkitan kronik berkemungkinan berlanjutan selama beberapa minggu ataupun bulan. Tetapi, ia akan menjadikan kondisi kuku lebih teruk. Oleh itu, rawatan awal adalah penting.
Ringkasan
Paronikia adalah jangkitan kulit di sekitar kuku jari kaki atau kuku kaki. Simptomnya termasuk keradangan, bengkak, sakit dan ketidakselesaan. Menggigit atau mengunyah kuku adalah penyebab biasa.
Paronikia akut berkembang dengan cepat dan rawatan dapat mengurangkan simptom dengan cepat. Sesetengah kes ringan boleh dirawat sendiri. Paronikia kronik mempunyai permulaan yang lebih perlahan dan memerlukan masa berminggu-minggu untuk rawatan untuk mengurangkan simptom dengan berkesan.
Penjagaan kuku tangan dan kuku kaki yang baik adalah cara terbaik mencegah peronikia.
Sumber: