Now Reading
Adakah minuman milo menyihatkan berbanding produk minuman serbuk koko yang lain?

Adakah minuman milo menyihatkan berbanding produk minuman serbuk koko yang lain?

Berita tentang Milo telah menarik perhatian ramai di mana syarikat Nestle telah mengurangkan label penilaian kesihatan daripada 4.5 bintang kesihatan (berdasarkan pembuatan milo dengan susu), kepada 1.5 bintang bagi apa yang anda peroleh daripada dalam tin.

Kita tahu bahawa serbuk milo penuh dengan gula tetapi seberapa teruknya serbuk milo itu? Dan, adakah pilihan minuman koko lain yang lebih sihat daripada Milo? Apabila kita tertanya-tanya seberapa baik sesuatu minuman itu, sebenarnya apa yang kita ingin tahu adalah seberapa banyak gula yang ada di dalamnya?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan agar semua individu mengehadkan pengambilan gula tambahan tidak lebih daripada 6 sudu teh sehari.

Tahukan anda bahawa bukan hanya jumlah gula tambahan adalah berbeza di antara produk, tetapi juga dalam penggunaan beberapa jenis pemanis.

Sesetengah jenama menambahkan pemanis di dalam produk mereka, seperti stevia, alkohol gula dan aspartam dan mengatakan bahawa ia adalah produk rendah gula, atau bebas gula.

Walaupun menukar produk alternatif tanpa gula boleh mengatasi masalah pengambilan gula tambahan, namun sesetengah produk tersebut mungkin sebenarnya tidak begitu sihat.

Bahan-bahan yang digunakan

Serbuk coklat sebenarnya hanyalah campuran pemanis (gula tebu, stevia, gula alkohol atau pemanis buatan), koko dan kadangkala ditambahkan dengan vitamin dan mineral.

Produk yang mengandungi vitamin dan mineral adalah berguna untuk warga emas atau individu yang tidak sihat dan mungkin bergantung pada minuman untuk meningkatkan pengambilan nutrien mereka.

Jadi, anda tidak disyorkan untuk bergantung pada minuman ini sebagai penambah selera bagi pemakan yang cerewet. Ia mungkin boleh mengurangkan selera makan mereka sehingga menjadikan hidangan menjadi tidak menarik.

Milo

Ekstrak barli malt atau barli malt dan beras (jumlah ekstrak 38%), susu pepejal, gula, koko, mineral (kalsium, zat besi), maltodextrin (jagung), vitamin (C, B3, B6, B2, D, B12), pengemulsi (lesitin Soya).

Dutch Lady Chocolate Drink

Susu pepejal, sukrosa, minyak sayuran (olein sawit), serbuk koko, maltodextrin, vitamin dan mineral, mengandungi pengemulsi yang dibenarkan (lesitin soya) yang berasal daripada tumbuhan dan perasa.

Minuman ini mungkin mengandungi sisa minyak ikan.

Nutrigold Hot Chocolate Drink

Gula, krimer bukan tenusu [(sirap glukosa, minyak sayuran terhidrogenasi, penstabil (E340ii & E452i), sodium caseinate (mengandungi protein susu), pengemulsi (E471), agen antikulat (E551)], maltodextrin, serbuk koko, serbuk susu skim, garam, mengandungi bahan perasa makanan yang dibenarkan (serbuk vanila).

Ia juga mengandungi produk susu.

Vico Chocolate Malt Drink

Gula, ekstrak malt (mengandungi barli), serbuk Whey (susu lembu), krimer bukan tenusu (mengandungi protein susu), koko, minyak sawit, mineral, vitamin, mengandungi pengemulsi yang dibenarkan (lesitin soya E322) sebagai pelembut makanan, mengandungi perasa yang dibenarkan, makanan tambahan yang berasal daripada tumbuhan dan sintetik.

Ia mungkin mengandungi sisa bijirin.

Quaker Oat Cereal Drink

Oat bijian penuh (28%), gula, krimer (sirap glukosa, lemak sawit hidrogenasi penuh, penstabil, protein susu, pengemulsi, silikon dioksida), maltodekstrin, kepingan bijirin (tepung gandum, tepung jagung, tepung protein kacang soya, tepung jagung, beras, ekstrak malt, penstabil), serbuk koko, kalsium karbonat, perasa, garam, vitamin (niacinamide, maltodextrin, vitamin D3, pyridoxine HCL, thiamine mononitrate, riboflavin, asid folik, vitamin B12), sucralose, semua bahan tambahan berasal daripada tumbuhan atau sintetik

Ia juga mengandungi: Oat, gandum, soya dan susu

Silver Alarm Chocolate & Black Seed

Krimer bukan tenusu, serbuk koko, susu skim, maltodextrine, aspartame, ekstrak habbatus sauda, ​​mengandungi ‘anti-caking’ sebagai pelembut makanan yang dibenarkan.

Tesco Everyday Value Chocolate Malt Drink

Ekstrak malt, pepejal susu, gula, serbuk koko, minyak sayuran (kelapa sawit), maltodextrin, mengandungi pengemulsi (INS 322) (mengandungi Soya), agen penaik (INS 500) dan kanji yang diubah (INS 1440) sebagai pelembut makanan yang dibenarkan, mengandungi bahan perasa yang dibenarkan.

Tesco Chocolate Malt

Ekstrak malt (mengandungi barli), gula, krimer bukan tenusu [mengandungi sodium caseinate (susu protein)], susu pepejal, serbuk koko, minyak sawit, mineral, vitamin (C, Niacin, B5, B1, B2, B6, Biotin, B12), mengandungi penstabil (INS407), agen penaik (INS500) dan pengemulsi (mengandungi soya) (INS322) sebagai pelembut makanan yang dibenarkan, mengandungi bahan perasa yang dibenarkan (Vanillin).

Cadbury Hot Chocolate Drink

Gula, krimer (mengandungi susu, gandum), serbuk koko, penstabil (E466), garam, perasa, semua bahan tambahan berasal daripada tumbuhan dan sintetik.

Maklumat Nutrisi

Jelas sekali, gula adalah nutrien utama yang kita cari daripada minuman serbuk coklat ini. Justeru itu, ami sertakan bersama beberapa maklumat mengenai kandungan sodium bagi mereka yang memerlukannya.

JenamaGula/100gSodium/100gPemanisTambahan Vitamin/Mineral
Milo46.4g110mgGulaVitamin A, B2, B3, B6, B12, C, D, Kalsium + Zat Besi
Dutch Lady Chocolate Drink53.4g254mgGulaKalsium, Zinc, Magnesium, Potassium, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (Niacin), Vitamin B5 (Pantothenic acid), Vitamin B6, Vitamin B7 (Biotin), Vitamin B9 (Asid folik), Vitamin B12
Nutrigold Hot Chocolate Drink54.5g212mgGula
Vico Chocolate Malt Drink53.8g326mgGulaVitamin B2 & Niacin, Vitamin B1, Vitamin A, Kalsium, Zat Besi, Magnesium
Quaker Oat Cereal Drink30.8g287mgGula –
Silver Alarm Chocolate & Black SeedVitamin daripada Habbatus Sauda
Tesco Everyday Value Chocolate Malt Drink32.8g177mgGula
Tesco Chocolate Malt50g251mgGula
Cadbury Hot Chocolate Drink77g50mgGula
Perbezaan Nutrisi

Jadi, yang mana adalah minuman koko terbaik?

Tiada pemenang yang jelas di sini, kerana tiada satu pun pilihan ini adalah makanan kesihatan asasi.

Ia bergantung pada pilihan anda kerana kadangkala anda menginginkan minuman manis seperti Milo Dinosaur atau mungkin ingin menambahnya ke dalam susu anda untuk menjadikannya lebih enak.

– Kadar gula paling rendah

Silver Alarm Chocolate & Black Seed merupakan pilihan minuman coklat tanpa gula dengan khasiat habattus sauda. Malah, ia merupakan buatan Malaysia yang disahkan halal.

TAHUKAH ANDA?

Anda juga boleh membuat minuman coklat anda sendiri dengan serbuk koko, gula dan susu segar. Ini adalah lebih sihat daripada minuman coklat lain kerana anda boleh memilih resepi yang lebih sihat. Malah, jika anda gemarkan rasa coklat yang lebih, anda boleh menambah serbuk koko tanpa perlu menggunakan gula berlebihan untuk rasa yang manis.

Sumber

https://sarahmoorewellness.com.au/how-healthy-is-milo/

https://www.milo.com.my/

error: Content is protected !!