Tea tree oil adalah pilihan yang popular untuk merawat jerawat kerana sifat anti-radang dan antimikrobanya. Aiken adalah jenama yang terkenal dengan penggunaan minyak ini dalam produk mereka, mampu menenangkan kemerahan, bengkak, dan keradangan.
Ia bahkan dapat membantu mencegah dan mengurangkan bekas jerawat, menjadikan kulit anda licin dan bersih. Produk Aiken adalah amat senang untuk dibeli di pasaran dengan harga yang mampu milik.
Di bawah ini kami kongsikan produk Aiken dan 9 produk alternatif yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kulit anda yang bermasalah jerawat.
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser
RM7.90
Pembersih muka ini diformulasikan dengan ekstrak semula jadi tea tree oil (Melaleuca Alternifolia) dari Australia untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi. Produk ini sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia membersihkan pori-pori yang tersumbat tanpa membiarkan kulit kering dan tegang selepas dicuci. Dirumus khas untuk mensasarkan kulit berminyak, mengawal bersinar dan memperbaiki liang. Tidak mengandungi triclosan, alkohol, minyak mineral, colorant dan SLS.
BREYLEE Acne tea tree Treatment Facial cleanser
RM19.25
Formula bebas minyak ini mempunyai tekstur yang ringan dan buih yang halus dan padat. Ia dikuasakan oleh tea tree oil dan asid salisilik, supaya dapat membersihkan dan melembabkan kulit dengan lebih mendalam, membantu menghilangkan liang pori dan mengurangkan rasa berminyak. Produk ini juga membersihkan jerawat dan jeragat, membantu menyembuhkan jerawat dari sumbernya dan mencegah jerawat, menjadikan kulit anda selesa dan menyegarkan.
Aiken Tea Tree Oil Micellar Cleansing Gel 250g
RM8.08
Produk antibakteria semula jadi ini mengandungi lemon myrtle oil dan tea tree oil (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu mencegah kulit daripada jerawat secara semula jadi. Ia juga diperkaya dengan Aloe vera untuk menenangkan kulit dan kulit sentiasa rasa lembut. Produk ini mempunyai keseimbangan pH dan formulasi asasnya adalah bukan sabun supaya ia lembut untuk digunakan di wajah dan badan anda. Produk ini amat sesuai untuk kulit yang sensitif, dan ia akan menjaga kesihatan kulit anda secara semula jadi.
Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash 150ml
RM19.12
Produk ini mencuci kulit anda dengan lembut tetapi berkesan membersihkan kulit, menghilangkan kotoran dan make up, tanpa terlalu kering atau rasa tegang. Ia akan mengembalikan hidrasi pada kulit yang kering, serta merta, menjadikannya segar, lembut dan selesa. Ia mempunyai formulasi gel ringan, menjadikannya segar, lembut dan halus. Produk ini juga mengandungi Pentavitin sejenis ekstrak tumbuhan yang dihasilkan secara semula jadi yang 7000x lebih kecil daripada asid hyaluronik, untuk penghidratan yang lebih dalam ke atas kulit anda.
AIKEN Tea Tree Oil Facial Cleanser + Make-up Remover 150ml
RM11.90
Produk ini mengandungi tea tree oil (Melaleuca Alternifolia), agen anti-bakteria semula jadi yang membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat di muka anda. Pembersih dan pembersih solek berasaskan gel 2 dalam 1 ini yang berkesan mempunyai manik-manik di dalamnya untuk membersihkan dan menghilangkan solek yang berkesan. Produk ini juga diformulasikan dengan bahan ringan untuk memastikan kulit sentiasa bersih, membantu mencegah cela, bintik hitam dan mengawal minyak di atas muka anda.
ALIA Tea Tree Oil 2 In 1 Makeup Remover+ Cleanser 150ml
RM12.53
Pembersih dan pembersih solek berasaskan gel 2-in-1 mempunyai kuasa pembersih sebanyak dua kali ganda yang dapat memberikan pembersihan secara mendalam dan pencegahan jerawat dengan efektif tanpa mengeringkan kulit anda. Produk ini mengandungi tea tree oil, ia adalah boleh mengawal sebum dimuka dan juga mengurangkan cela anda. Ia juga mengandungi teh hijau dari Jeju, Korea yang berfungsi sebagai penjagaan masalah jerawat di muka anda. Produk ini juga mempunyai kebaikkan Habbatus Sauda yang berfungsi sebagai antioksidan di dalam produk ini.
Aiken Tea Tree Oil Spot Away Pimple Cream (20g)
RM10.54
Produk ini mengandungi tea tree oil (Melaleuca alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi tanpa mengelupas kulit seperti krim atau gel jerawat lain. Ia adalah dirumuskan tanpa minyak, dan sangat sesuai digunakan untuk kulit yang berminyak dan sensitif. Produk ini juga dirumus khas untuk mensasarkan kulit yang rawan jerawat dan menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kilauan dan memperbaiki liang pori anda. Produk ini akan menyerap jauh ke dalam kulit dan kulit akan kelihatan lebih jelas dengan kemasan matte, tanpa kilauan.
Himalaya Pimple Cream 20gm
RM9.90
Krim Jerawat Himalaya berfungi untuk merawat jerawat dan letusan kulit, menyembuhkan jangkitan sambil menjaga kulit supaya lembut dan halus. Ia mempunyai sifat astringen,striptik dan penyejuk yang sangat baik yang berasal dari kebaikan lentil, silk cotton tree, ekstrak chaste tree berdaun lima, Barbados Aloe dan Alum. Silk cotton tree, mempunyai sifat astringen dan menyejukkan anda, mengawal jerawat dan jeragat dan mencegah jerawat. Chaste tree berdaun lima boleh mengurangkan keradangan kulit anda, manakala aloe vera menyembuhkan dan melembutkan kulit.
AIKEN Tea Tree Oil Moisturiser 75ml
RM12.67
Krim muka yang mengandungi tea tree oil, agen anti-bakteria semula jadi yang membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi. Krim ini adalah rumusan berasaskan air yang ringan dan bebas minyak maka ia adalah amat sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Produk ini mensasarkan kulit yang rawan jerawat dan menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kilauan dan memperbaiki liang pori. Ia boleh membantu menenangkan kulit dan menghidrat kulit. Produk ini diformulasikan supaya sesuai pada pH kulit. Penggunaan secara kerap akan menjadikan kulit semakin sihat dan bebas jerawat.
Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturizer 50ml
RM13.80
Krim muka ini adalah bebas minyak yang menjadikan produk ini amat sesuai untuk kulit sensitif. Produksi minyak berlebihan di atas muka akan diselaraskan untuk membaiki tona warna dan struktur kulit anda. Produk ini akan melancarkan kadar pembaharuan sel-sel kulit dan membekalkan kelembapan untuk melembutkan dan melicinkan kulit anda. Krim muka ini mengandungi SPF15 PA untuk perlindungan daripada pancaran UVA dan UVB yang tidak elok untuk kulit anda.
Oleh itu, anda bolehlah cuba produk Aiken yang kami sarankan ataupun anda boleh juga cuba salah satu daripada 9 alternatif yang kami sediakan untuk anda. Yang pasti, ia amat baik untuk kulit yang bermasalah jerawat. Semoga bermanfaat buat anda.