Secara amnya, air purifier berfungsi menyaring zarah-zarah udara agar keluarga anda dapat menghirup udara yang lebih bersih dan berkualiti. Zarah-zarah udara tersebut termasuklah habuk, asap dan debunga.
Setiap air purifier mempunyai fungsi berbeza daripada yang lain serta kemampuan yang berbeza-beza. Oleh itu, penting untuk mengambil kira keperluan anda semasa membeli air purifier. Air purifier yang lebih baik biasanya menggabungkan penggunaan beberapa penapis. Ini antara pilihan yang terbaik untuk anda:
1. Blueair Air Purifier Joy S
RM799.00
Menyerupai tong sampah kecil dengan warna yang menarik, Joyair Blueair mengeluarkan udara bersih dengan senyap dengan penilaian CADR yang tinggi.
Ia dikatakan boleh menyingkirkan lebih dari 99% bahan cemar udara berukuran sehingga 0.1 μm dengan teknologi HEPASilentnya! Termasuklah habuk, debunga, spora, asap, VOC, bakteria, bau, gas, dan lain-lain.
Dengan semua kelebihannya, Joy S tidak mempunyai cara untuk menunjukkan kepada pengguna bagaimana ia berfungsi sehinggalah anda merasakan hasilnya!
Jenis Penapis: Elektrostatik, Karbon & Mekanikal (HEPA)
Hayat Penapis: ~ 1 tahun
Liputan Bilik (maksimum): 16m²
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 200m³ / jam
Keberkesanan: 99.97% (PM0.1)
Tahap Kebisingan: 17dB – 46dB
Penggunaan Tenaga: 1.5W – 10W
Waranti: 1 tahun
2. Blueair Air Purifier Sense+
RM2399.00
Model yang kelihatan seperti CPU ini daripada jenama Blueair dengan harga yang lebih tinggi daripada model sebelumnya. Kenapa?
Kerana produk yang memenangi anugerah ini dapat merangkumi ruang yang lebih besar dengan kemampuan menapis yang unggul sehingga 0.1µm. Malah, ia diperakui kehebatannya!
Ia juga mempunyai ciri ekstra seperti kunci keselamatan kanak-kanak, mod malam dan indikator hayat saringan.
Jenis Penapis: Ruang pengion, penapis mekanikal (HEPA) & karbon aktif
Hayat Penapis: ~ 6 bulan selama 24 jam / hari
Liputan Bilik (maksimum): 18m²
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 238m³ / jam
Keberkesanan: 99.97% (PM0.1)
Tahap Kebisingan: 29 – 50dB
Penggunaan Tenaga: 7W – 35W
Waranti: 3 tahun
3. Panasonic Air Purifier FPXJ30A
RM409.00
Panasonic FPXJ30A setinggi 21 inci ini mempunyai fungsi turbo 10 minit yang sangat berguna pada keadaan kecemasan!
Keupayaan penapisannya merangkumi zarah yang lebih kecil daripada 2µm seperti asap rokok, bau masakan, bulu haiwan peliharaan dan debunga!
Jenis Penapis: Penapis komposit dan penapis penyahbau
Hayat Penapis: 2 tahun untuk kedua-dua penapis; komposit dan penyahbau
Liputan Bilik (maksimum): 20m²
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 210m³ / jam
Keberkesanan: 99% (PM2.5)
Tahap Kebisingan: 18dB – 44dB
Penggunaan Tenaga: 6W – 20W
Waranti: 1 tahun
4. Sharp Plasmacluster Air Purifier FPJ30LA
RM369.00
Daya sedutan yang lebih kuat FPJ30LA yang setinggi 16 inci menghasilkan penggunaan bunyi dan kuasa yang lebih tinggi berbanding model lain.
Anda masih boleh tidur dengan nyenyak ketika ia pada mod malam!
Perkara lain yang perlu anda ketahui, anda tidak dapat memantau kualiti udara dengan air purifier ini. Namun begitu, ia mempunyai mod penyingkiran jerebu dan tidak mengeluarkan gas ozon.
Jenis Penapis: Penapis HEPA dan pengion ion plasmakluster
Hayat Penapis: ~ 2 tahun
Liputan Bilik (maksimum): 16 – 23m²
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 180m³ / jam
Keberkesanan: 99% (PM2.5)
Tahap Kebisingan: 23 – 44dB
Penggunaan Tenaga: 13W – 50W
Waranti: 1 tahun
5. Dyson Pure Cool Me Personal Air Purifier
RM1699.00
Adakah anda berminat dengan air purifier yang boleh diletak di atas meja? Air purifier ini dengan pakej mudah alih dengan harga yang lebih tinggi.
Ciri istimewanya adalah keupayaan untuk mengawal pengaliran udara yang melalui touch interface secara langsung pada air purifier. Malah dapat menyaring zarah sekecil 0.1µm!
Jenis Penapis: Mekanikal (HEPA) dan mengaktifkan penapisan karbon
Hayat Penapis: 4,300 jam penggunaan (~1 tahun)
Liputan Bilik (maksimum): 27m2
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): n/a
Keberkesanan: 99.95% (PM0.1)
Tahap Kebisingan: 37dB – 63.5dB
Penggunaan Tenaga: 32W – 40W
Waranti: 2 tahun
6. Sharp Plasmacluster Air Purifier FPF40LW
RM1070.00
FPF40LW adalah lebih besar dan harganya juga dua kali ganda daripada FPJ30LA! Tetapi FPF40LW ini dapat memenuhi ruang yang lebih besar!
Dengan penggunaan teknologi ion plasmakluster yang sama dengan FPJ30LA, air purifier ini dapat menyingkirkan alergen, mikrob dan virus daripada udara juga!
Malah ia mempunyai ciri tambahan seperti mod anti habuk dan mod penyemburan ioi serta mod jerebu yang dibawa oleh FPJ30LA yang lebih kecil!
Jenis Penapis: Penapis mekanikal (HEPA), pelembap, karbon aktif dan penyahbauan
Hayat Penapis: 2 tahun untuk penapis HEPA
Liputan Bilik (Maksimum): 23 – 30m²
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 240m³ / jam
Keberkesanan: 99% (PM2.5)
Tahap Kebisingan: 21 – 49 dB
Penggunaan Tenaga: 3.7-31W
Waranti: 1 tahun
7. Samsung Air Purifier AX34R3020WW/ME
RM711.00
Air purifier AX34R3020WW/ME yang mesra keluarga mempamerkan reka bentuk bulat yang selamat untuk anak-anak yang berada di sekitarnya. Terdapat juga ciri kunci keselamatan kanak-kanak.
4 warna indikator berbeza untuk menunjukkan tahap kualiti udara yang berbeza!
Gabungan penapis dalam sistem pembersihan 3 langkah ini memerangi zarah yang sangat halus dan PM2.5 (seperti jerebu) selain zarah yang lebih besar seperti debunga.
Jenis Penapis: 2 dalam 1 PM2.5 dan penapis penyahbau
Hayat Penapis: 3 – 6 bulan
Liputan Bilik (maksimum): 34m2
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): n/a
Keberkesanan: 99% (PM2.5)
Tahap Kebisingan: 45dB
Penggunaan Tenaga: 30W
Waranti: 2 tahun
8. Samsung Air Purifier AX50K5050WD/ME
RM1499.00
3 saluran udara bersih membolehkan air purifier ini meliputi ruang yang lebih besar. Dengan mod kelajuan yang dapat menapis bilik anda hanya dalam 30 minit!
Di samping itu, sistem 4 langkah air purifier ini boleh menyedut alergen biasa dan juga gas seperti formaldehid!
Jenis Penapis: Pra-penapis, penapis penyahbau, penapis PM2.5
Hayat Penapis: 6 – 12 bulan
Liputan Bilik (Maksimum): 50m2
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 450m3/jam
Keberkesanan: 99% (PM2.5)
Tahap Kebisingan: <46dB
Penggunaan Tenaga: 35W
Waranti: 2 tahun
9. Philips AC2887/30 Air Purifier
RM1330.00
Mampu menyaring zarah dalam lingkungan nanometer dengan penapis HEPA NanoProtectnya. Air purifier ini memantau kualiti udara di dalam rumah pada masa sebenar.
Ia dapat mengurangkan bau, formaldehid serta virus dan bakteria. Air purifier yang menarik ini dengan bunyi perlahan yang akan meningkatkan kualiti udara di rumah anda!
Jenis Penapis: Karbon aktif dan mekanikal (HEPA)
Hayat Penapis: 3 – 6 months
Liputan Bilik (Maksimum): 25 – 79 m2
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 344m3 / jam
Keberkesanan: 99% (PM2.5)
Tahap Kebisingan: 20.5dB (Mod tidur) -51dB
Penggunaan Tenaga: 0.5 – 56W
Waranti: 2 tahun
10. Xiaomi Mi Air Purifier Pro
RM999.00
XiaoMi Air Purifier Pro dengan gaya menara yang menarik. Ia mampu menyaring habuk dan bahkan sebatian mudah menguap (misalnya formaldehid) melalui sistem penyaringan HEPAnya. Termasuklah karbon aktif juga!
Jenis Penapis: 3 lapisan penapis
Hayat Penapis: 3 – 6 bulan
Liputan Bilik (Maksimum): sehingga 60m2
Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR): 500m3 / jam
Keberkesanan: 99.3% (PM0.3)
Tahap Kebisingan: 34.1dB – 57.5dB
Penggunaan Tenaga: sehingga 66W
Waranti: 1 tahun