Now Reading
Airbnb Malaysia Mewah Untuk Trip Percutian Seterusnya

Airbnb Malaysia Mewah Untuk Trip Percutian Seterusnya

airbnb malaysia

Airbnb Malaysia telah ubah cara kita melancong. Airbnb adalah pilihan terbaik buat sesiapa yang inginkan tempat penginapan yang selesa dan menarik.

Malaysia merupakan sebuah destinasi untuk melancong secara kelompok kerana ia mempunyai pelbagai jenis makanan dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi! Kalau anda nak melancong sekitar Malaysia, ada banyak airbnb yang sedia  berkhidmat untuk anda dan rakan-rakan.

Masih mencari airbnb mewah ataupun sekurang-kurangnya nampak mewah untuk trip percutian anda yang seterusnya? Ini ada senarai airbnb di Malaysia yang mungkin sesuai dengan rancangan percutian anda.

1. THE PANORAMIC SEAVIEW COTTAGE (RM349/semalam)

airbnb malaysia

Bila dah sampai Pulau Pinang, rasa macam naak cari tempat bermalam yang aman dan damai, apartmen di Karpal Singh Drive sesuai untuk anda. Dekorasi apartmen yang moden suasana kampung dengan sofa bercetak, chandelier dan jam antik.

Anda boleh menikmati pemandangan tepi laut dari ruang tamu dan tempat laut sebab apartmen ni ada tingkap kaca yang tinggi. Dapur pun lengkap dengan kemudahan macam dapur, dapur aruhan elektrik, segala benda yang anda perlu untuk menyediakan makanan yang sedap!

Lokasi: Karpal Singh Drive, Jelutong, Penang

Jenis penginapan: Seluruh apartmen

2. PAUSE AIRBNB MALAYSIA (RM195/semalam)

Untuk sesiapa yang suka kan suasana seperti di rumah dan kasual, homestay adalah pilihan yang tepat. Jalan masuk ke kawasan rumah pun luas. Ia terletak di Ipoh yang terletak di kawasan perumahan Taman Kampar.

Sofa retro, lantai berjubin dan perabot yang ganjil tetapi menarik akan sambut kedatangan ada setibanya anda melangkah masuk ke dalam. Rumah ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur berpenghawa dingin yang akan kekalkan keselesaan di waktu tengahari.

Lokasi: Taman Kapar, Ipoh.

Jenis penginapan: Seluruh rumah

3. TEMPLER PARK RAINFOREST VILLA (RM973/semalam)

airbnb malaysia

Di Templer Park, anda akan jauh dari hiruk-pikuk kesibukan di bandar dan dikelilingi oleh penginapan hutan hujan yang menghijau. Seluruh vila ini dilengkapi dengan bilik tidur en-suite untuk waktu tidur yang selesa.

Juga didatangkan dengan landskap cantik di Hutan Simpan Kanching. Luangkan masa anda dengan pemandangan teres, di mana pihak vila ada sediakan buaian buat anda. Juga terdapat kolam renang di luar vila dengan pemandangan pokok dan batu kapur yang indah.

Lokasi: Rawang, Selangor

Jenis penginapan: Seluruh rumah

4. CONDO@IMAGO RM436/semalam)

Apartmen kontemporari dan anggun ini terbaik untuk anda yang mahukan percutian mewah di Kota Kinabalu.

Destinati percuctian ini terletak di pusat Kota Kinabalu, ideal buat pengembara yang ingin menenangkan diri secara selesa. The Sutera Resort dan Kelab Golf pun berhampiran saja dari sini.

Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah

Jenis penginapan: Seluruh apartmen

5. theCHARCOAL AIRBNB MALAYSIA (RM499/semalam)

airbnb malaysia

Kalau anda jenis yang pentingkan tempat menginap yang besar untuk bermalam, rumah kayu yang luas ini mempunyai banyak ruaang buat anda dan rakan-rakan teroka dan berseronok. Reka bentuknya dirancang teliti sebab banyak cahaya semulajadi boleh masuk dalam rumah ni.

theCHARCOAL mempunyai tiga bilik tidur dan dapur mereka dilengkapi dengan kemudahan yang anda perlukan, boleh lah sediakan snek lepas jalan-jalan sekitar Kuching. Dinding dihiasi dengan batu-bata campuran, pokok tergantung dan perabot daripada kayu.

Lokasi: Kuching, Sarawak

Jenis penginapan: Seluruh rumah

6. LAVENDER BEACHFRONT VILLA (RM1125/semalam)

Rumah berhadapan dengan pantai dengan satu bilik tidur ini ideal buat pasangan atau keluarga kecil yang nak bersendirian tapi masih dekat dengan pantai, lantai dan matahari.

Dengan laut hanya beberapa tapak dari biik tidur, anda boleh bersiar-siar di tepi pantai setiap pagi. bermula Mac2021, Lavender Beachfront Vila dibuka untuk tempahan.

Lokasi: Besut, Terengganu.

Jenis penginapan: Seluruh vila

7. BUKIT LOWICK BUNGALOW (RM1817/semalam)

Banglo berinspirasikan Pinterest di Tanah Rata ini dibina di atas Bukit Lowick, sebuah kawasan perpecahan pegawai British pada tahun 1940an. Nampak macam cerita dewa-dewi,

Perabot anakronistik di dalam 5 bilik tidur ini sangat sederhana tetapi masih cantik, dipadankan dengan langsir dan cadar katil bercorak bunga, kerusi rehat selesa yang berdekatan dengan unggun api, mengekalkan karakter penjajahnya.

Lokasi: Tanah Rata, Pahang.

Jenis penginapan: Seluruh bangle

8. SKY VILLA AIRBNB MALAYSIA (RM1343/semalam

Tengok nama pun dah tahu anda akan dapat pemandangan bukit yang indah disertakan dengan penginapan mewah. Vila cantik ini dilengkapi dengan dua bilik tidur, terletak di tebing Kuala Kubu Bharu, mirip dengan suasana kampung yang berada di Bhutan.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti servis bilik dan kemudahan mewah, vila ini terbaik untuk penginapan mewah dan selesa. Pastikan anda bawa kasut mendaki sebab ada tempat mendaki di sekitar vila.

Lokasi: Kuala Kubu Baru, Selangor.

Jenis penginapan: Seluruh vila

9. LUXE VILLA AIRBNB MALAYSIA(RM2102/night)

Perabot ukiran tangan yang berwarna-warni menampakkan lagi sentuhan kedesaan pada hiasan dalaman serba putih yang terdapat di dalam enam bilik tidur di Luxe Villa. Tidak jauh dari pusat Kuala Lumour, mempunyai pengaruh seni bina dari Bali.

Vila ini sangat cantik dan tempat menginap bandar peribadi yang dikelilingi dengan pokok menghijau, kolam renang persendirian dan kemudahan seperti gril barbeku, khemah, meja tenis dan banyak lagi. Vila ini juga boleh memuatkan seramai 16 orang dalam satu masa.

Lokasi: Ampang, Selangor.

Jenis penginapan: Seluruh vila

10. CASUGRIA DUTCH MELAKA CHALET (RM1608/semalam)

Di Casugria Melaka, anda akan tinggalkan segala masalah dan di bawa ke era warisan penjajah Belanda. Rumah ini diperbuat daripada tiga buah chalet cantik yang dipotretkan dengan warna krim dan kuning lemon.

Asal rumah ini adalah bilik orang Belanda yang pernah berlakon sebagai gabenor Belanda di Melaka. Taman yang dijaga rapi, kolam renang besar dan ruang makan dapat dilihat di lantai bawah.

Lokasi: Bandar Hilir, Melaka

Jenis penginapan: Seluruh rumah

Ini hanyalah idea untuk bantu anda merancang trip percutian akan datang dengan teliti. Rehatkan diri di tempat penginapan mewah bunyi macam percutian yang terbaik!

Sumber:

https://www.havehalalwilltravel.com/15-unforgettable-airbnb-stays-in-malaysia-for-you-and-your-travel-buddies

https://my.asiatatler.com/life/most-luxurious-airbnb-homes-properties-in-malaysia

error: Content is protected !!