Now Reading
Aktiviti Di Taman Tasik Shah Alam Serta Zipline Sukan Lasak.

Aktiviti Di Taman Tasik Shah Alam Serta Zipline Sukan Lasak.

taman tasik shah alam

Wow! Itu lah perkataan yang tepat untuk menggambarkan imej baru Taman Tasik Shah Alam kini. Agak banyak juga perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan bagi menjadikan Taman Tasik Shah Alam lebih cantik dan menarik.

Jika anda ke sini jangan ketinggalan untuk manaiki Jambatan Kanopi yang baru sahaja dirasmikan pembukaannya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor pada 27hb Oktober 2018. Menariknya jambatan kanopi ini ianya dibina melintasi pokok-pokok besar yang ada di antaranya berusia 40 tahun.

Jika anda ingin melihat pemandangan tasik yang lebih luas, saya syorkan anda naik ke menara tinjau di hujung jambatan gantung ini. Di sini anda dapat menikmati udara yang lebih nyaman dengan pemandangan tasik yang lebih luas.

 

6 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Taman Tasik Shah Alam:

1. Boating

Banyak aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarga yang anda boleh lakukan sewaktu di Taman Tasik Shah Alam ini. Di antara aktiviti yang tidak kurang popularnya ialah ber’boating’ sambil menikmati pemandangan tasik yang luas.

Bandar Shah Alam mempunyai pelbagai tempat rekreasi yang menarik. Walaupun dikelilingi bangunan tinggi dan dicemari dengan hiruk pikuk kenderaan yang tak pernah putus,bandaraya Shah Alam terkenal dengan tarikan tasiknya. Taman Tasik Shah Alam terdapat landskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan, sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam. Tasik Shah Alam ni berdekatan dengan bangunan PKNS,dan selalunya jadi tempat melepak mahasiswa UiTM dan UniSEL.

2. Memberi makan kepada itik dan unggas

Di tengah-tengah tasik, terdapat pulau kecil tempat tinggal unggas dan itik yang dikhususkan untuk mereka. Anda boleh menaiki bot atau kayak untuk ke pulau kecil tersebut. Saya melihat ada juga pengunjung yang pergi ke pulau kecil tersebut untuk memberi makan kepada itik dan unggas di sana.

3. Berbasikal

Selain itu, bagi anak-anak kecil yang inginkan aktiviti yang lebih lasak, mereka boleh berbasikal di trek basikal kanak-kanak dengan bayaran yang agak berbaloi jika menyewa basikal di situ

4. Bergambar

Bagi mereka yang gemar berjogging dan berselfie, saya syorkan anda berjogging sampai ke bahagian hujung tasik berdekatan dengan bangunan MBSA, di mana anda dapat menikmati lukisan mural yang indah di bawah jambatan tersebut.

5. Bermain Taman Permainan

Biasanya bila pengunjung dan anak mereka ke sini, mereka lebih suka bermain di taman permainan yang banyak terdapat di Taman Tasik Shah Alam ini.

6. Berkayak

Anda boleh juga berkayak di sini dengan kadar bayaran mengikut masa. Antara kemudahan yang ada di tasik ni ialah trek jogging, restoran dan kafe, taman permainan kanak-kanak,kawasan rehat dan tempat parkir kereta dan motosikal.Suasana di sini memang damai dan menenangkan.

Zip Line, Laman Budaya Air Pancut Muzikal tarikan pelancongan baharu Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam akan ‘diserikan’ dengan penambahan dua produk pelancongan baharu iaitu Zip Line (terbang kelawar atau flying fox) Shah Alam dan Laman Budaya Air Pancut Muzikal pada April depan susulan kejayaan pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun awal bulan ini.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan dalam sembah ucapnya berkata pembukaan kedua-dua produk pelancongan bermula 1 April depan bertujuan memaju dan memperkasa pelancongan tempatan terutama di Shah Alam.

Beliau berkata pengunjung yang ingin menyertai aktiviti zip line sepanjang 240 meter itu dibenarkan masuk secara percuma bermula 1 hingga 4 April sempena pembukaan aktiviti sukan lasak tersebut.

Zip Line Shah Alam akan beroperasi mulai 1 hingga 12 April dari 10 pagi hingga 6.30 malam (Isnin dan Jumaat), 8.30 pagi hingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad) manakala bermula 14 April hingga 10 Mei dari 2 hingga 6.30 petang (Isnin hingga Ahad).

“Warga Shah Alam juga akan menerima pengurangan harga tiket sebanyak RM5 sepanjang masa daripada RM20 hingga RM40 (mengikut kategori), pelajar RM20 bagi dua sesi (terjunan),” katanya ketika sembah ucap Majlis Perasmian Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Air Pancut Muzikal di Laman Budaya pada Ahad.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat merasmikan majlis itu.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Mohd Rashidi juga berkata pancuran berirama Laman Budaya Air Pancut Muzikal yang terletak di Tasik Barat di taman tasik itu akan bermula 2 April depan setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum dari 8.15 malam hingga 10 malam.

Katanya pancuran dengan struktur air pancut’ sepanjang 30-meter itu dilengkapi sistem pencahayaan diod pancaran cahaya (LED) berwarna-warni, audio dan pergerakan air beralun mengikut rentak muzik.

Taman Tasik Shah Alam merupakan taman riadah yang serba lengkap. Jom alami sendiri pengalaman tersebut dengan melawat Taman Tasik Shah Alam hari ini. Banyak penambahbaikan yang dibuat untuk memastikan orang awam sekitar Shah Alam mempunyai taman rekreasi yang boleh bersosial untuk menghilangkan tekanan kehidupan di bandar.

Sumber:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/zip-line-laman-budaya-air-pancut-muzikal-tarikan-pelancongan-baharu-shah-alam-290563

https://idawidyani.com/2019/02/04/taman-tasik-shah-alam-berwajah-baru/

https://www.malaysiavacationguide.com/shahalamlakegardens.html

error: Content is protected !!