Alahan atau alergi kulit ini merupakan sejenis masalah kesihatan yang menyebabkan reaksi alahan yang tinggi kepada kulit yang hanya akan terjadi apabila kulit mereka tersentuh dengan salah satu daripada pencetus-pencetus alahan ataupun dikenali sebagai ‘alergen’. Apabila antibodu mengesan “alergen” tersebut, tubuh badan akan mula memberikan reaksi seperti bengkak, kegatalan, serta kulit menjadi lebih merah.
Dalam badan seseorang individu di dunia ini, terdapat sistem yang fungsinya adalah memberikan perlindungan daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada badan seseorang individu. Ia dipanggil sebagai imuniti dan fungsinya adalah menjadi sistem perlindungan untuk tubuh badan manusia. Imuniti menghasilkan antibodi yang diperlukan oleh seseorang individu untuk memerangi bendasing dan kuman-kuman lain.
Jika sistem perlindungan tubuh manusia ini tidak berfungsi secara elok, ia akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit untuk memasuki tubuh badan seseorang individu dan gagal dalam menstabilkan imuniti yang wujud di dalam tubuh badan seseorang individu.
Antara jenis-jenis penyakit ataupun masalah kesihatan yang boleh dicetuskan oleh ketidak stabilan imuniti di dalam tubuh badan manusia adalah apabila seseorang individu itu mempunyai reaksi kulit yang mula mendatangkan sakit seperti kemerahan mahupun reaksi kegatalan kerana mereka mungkin tersentuh atau memakan sesuatu yang menyebabkan reaksi tersebut berlaku.
Fungsi asal antibodi ini adalah untuk mengekang dan membunuh berbagai-bagai jenis mikroorganisma serta bendasing yang cuba masuk ke dalam tubuh badan seseorang individu. Walaupun sedemikian, alahan-alahan yang menyerang kulit ini disebabkan oleh antibodi-antibodi yang melepaskan ‘histamin’, iaitu bahan yang mencetuskan alahan-alahan yang menyerang kulit kerana antibodi-antibodi ini terkeliru lantas mula membunuh sel-sel yang normal pula.
Akan tetapi, penyakit ini tidaklah mengancam nyawa. Sebaliknya, alahan-alahan ini akan menjadi punca seseorang individu untuk menjadi kurang selesa di kawasan kulit yang terkena reaksi alahan tersebut.
Punca-Punca Yang Boleh Menyebabkan Alergi Kulit
Tubuh badan seseorang individu yang tersentuh bahan “alergen” akan menjadi sensitif selama sepuluh hari dan keatas. Jika tubuh badan seseorang individu itu telah terbiasa dengan “alergen” tersebut, alahan-alahan kulit ini hanya akan terjadi dalam tempoh masa yang lebih pendek.
Berikut adalah contoh-contoh pencetus-pencetus alergi yang telah dikenal pasti:
- Jenis-jenis ubat yang boleh mencetuskan alergi
- Jenis-jenis tumbuhan atau pokok-pokok yang boleh mencetuskan alergi
- Jenis-jenis diet dan pemakanan yang boleh mencetuskan alergi
- Jenis-jenis jangkitan-jangkitan ataupun masalah-masalah kuman yang boleh mencetuskan alergi
- Jenis-jenis minyak bauan atau wangian yang boleh mencetuskan alergi
- Jenis-jenis logam atau besi yang boleh mencetuskan alergi
- Jenis-jenis produk-produk pewarna yang digunakan untuk rambut yang boleh mencetuskan alergi
- Jenis-jenis produk-produk kosmetik yang boleh mencetuskan alergi
Jika anda telah mengetahui faktor-faktor atau punca-punca yang menyebabkan alergi kulit, anda perlulah mencuba mengelakkan diri anda dari mengalami alergi kulit yang yang lebih teruk.
Simptom-Simptom Yang Menunjukkan Alergi Kulit
Tubuh badan seseorang individu yang mempunyai alahan kepada kulit akan mempunyai simptom-simptom atau tanda-tanda seperti lebam, kulit menjadi semakin merah serta kulit menjadi semakin gatal. Jika kulit menjadi semakin gatal, selalunya ia berkaitan dengan pencetus-pencetus alahan yang berkaitan dengan makanan.
Seseorang individu akan disyorkan suapaya melawat doktor secepat mungkin apabila kulit yang menjadi semakin gatal mula mencetuskan simptom-simptom ataupun tanda-tanda yang berikut.
- Jika seseorang individu itu menjumpai kesan gigit daripada jenis-jenis binatang ataupun serangga.
- Jika seseorang individu itu mula mengalami demam yang panas.
- Jika seseorang individu itu mula mengalami sakit di bahagian tekak.
- Jika seseorang individu itu mula mengalami kesukaran dalam pernafasan.
- Jika seseorang individu itu mula mengalami masalah nanah.
- Jika seseorang individu itu mula mengalami kesakitan di sendi-sendi tulang.
- Jika seseorang individu itu mula mengalami cirit birit serta kekerapan muntah.
Cara-Cara Pencegahan Serta Pelbagai Rawatan Yang Boleh Digunakan
Alahan-alahan kulit boleh dirawat ataupun dicegah sendiri dengan pelbagai jenis cara, antaranya ialah:
- Sentiasa menggunakan perlindungan untuk kulit terutamanya di tangan ketika membuat kerja di rumah.
- Jika kulit kelihatan kering, pelembap boleh membantu.
- Produk-produk kosmetik sebaiknya dielak.
- Cuba untuk elak daripada menggaru tempat yang mengalami kegatalan.
- Sebaiknya elak dari air panas menyentuhi kulit dengan kerap.
- Kawasan yang mengalami alahan kulit hendaklah dibiarkan. Elakkan menutup kawasan yang mengalami alahan kulit tersebut menggunakan apa sahaja jenis penutup luka ataupun kain
Anda disyorkan untuk melawat doktor secepat mungkin demi rawatan jika masalah alahan ini semakin melarat.
Para doktor akan memberikan rawatan-rawatan seperti:
- Pelbagai jenis ubatan.
- Rawatan terapi imuniti ataupun lebih dikenali sebagai ‘immunotherapy’.
- Epinephrine yang diberikan kerana kecemasa ataupun dipanggil ‘emergency epinephrine’
Sumber