Now Reading
Alopesia Areata (Alopecia areata) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Alopesia Areata (Alopecia areata) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Alopesia areata

Alopesia areata sering terjadi secara tiba-tiba dan menyebabkan keguguran rambut pada kanak-kanak dan orang dewasa muda. Keadaan ini boleh mengakibatkan kebotakan sepenuhnya (Alopesia totalis), tetapi dalam lingkungan 90% individu dengan keadaan ini, rambut mereka kembali tumbuh dalam masa beberapa tahun.

Dalam kebanyakan kes, rambut gugur dalam tompok kecil sekitar saiz seperempat. Bagi kebanyakan orang, keguguran rambut biasa tidak lebih daripada beberapa tompok, walaupun ia boleh menjadi lebih serius dalam beberapa kes.

Kadangkala, ia boleh menyebabkan keguguran rambut sepenuhnya pada kulit kepala (Alopesia totalis) atau, dalam kes yang serius, seluruh tubuh badan (Alopesia universalis).

Selain itu, keadaan ini boleh mempengaruhi sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina, namun kebanyakan kes berlaku sebelum usia 30 tahun.

Simptom Alopesia Areata

Keguguran rambut boleh muncul dalam pelbagai cara, bergantung kepada apa faktor yang menyebabkannya. Ia boleh datang secara tiba-tiba atau secara beransur-ansur dan menjejaskan kulit kepala sahaja atau seluruh badan anda. Sesetengah jenis keguguran rambut bersifat sementara sementara ada juga yang bersifat kekal.

Tanda-tanda dan simptom keguguran rambut mungkin termasuk:

  • Penipisan secara ansuran di atas kepala. Ini adalah jenis rambut yang paling biasa dan menjejaskan kedua-dua golongan lelaki dan wanita ketika mereka sudah berumur. Bagi lelaki, rambut selalunya mula berkurangan dari dahi dalam barisan yang menyerupai huruf M. Wanita pula biasanya mengekalkan garis rambut di dahi tetapi jarak antara rambut mereka semakin melebar.
  • Tompokan botak yang melingkar atau tidak sekata. Sesetengah individu mengalami tompok-tompok botak licin berbentuk syiling. Jenis keguguran rambut ini biasanya hanya mempengaruhi kulit kepala, tetapi kadangkala ia juga berlaku pada janggut atau kening. Dalam sesetengah kes, kulit anda mungkin menjadi gatal atau menyakitkan sebelum rambut gugur.
  • Rambut melonggar secara mendadak. Kejutan fizikal atau emosi boleh menyebabkan rambut menjadi longgar. Sesetengah rambut boleh gugur apabila anda menyikat, mencuci rambut atau selepas penarikan lembut. Ini adalah jenis rambut gugur yang biasanya menyebabkan penipisan rambut secara keseluruhan dan bukannya botak.
  • Rambut gugur seluruh badan. Sesetengah keadaan dan rawatan perubatan, seperti kemoterapi untuk kanser boleh mengakibatkan keguguran rambut di seluruh badan anda. Rambut biasanya akan tumbuh kembali selepas itu.
  • Tompokan bersisik yang tersebar di sekitar kulit kepala. Ini adalah tanda kurap. Ia mungkin disertai oleh rambut yang patah, kemerahan, bengkak atau boleh juga menjadi berselut.

Punca Alopesia Areata

Keadaan ini berlaku apabila sel darah putih menyerang sel-sel dalam folikel rambut. Ini menyebabkan mereka mengecil dan secara perlahan akan memperlahankan pengeluaran rambut. Ianya masih tidak diketahui apa yang menyebabkan sistem imun badan menyasarkan folikel rambut dengan cara ini.

Walaupun saintis tidak pasti mengapa perubahan ini berlaku, faktor genetik dilihat terlibat dalam masalah ini kerana Alopesia areata lebih cenderung berlaku pada seseorang yang mempunyai ahli keluarga dekat penyakit sama. Satu daripada lima orang dengan penyakit ini mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami Alopesia areata.

Seterusnya, penyelidikan mendapati bahawa ramai individu yang mempunyai sejarah keluarga Alopesia areata juga mempunyai sejarah peribadi atau keluarga yang mengalami gangguan autoimun lain, seperti Atopi, gangguan yang dicirikan oleh kecenderungan menjadi ‘hyperallergic’, ‘thyroiditis’, dan vitiligo.

Walau apapun yang dikatakan oleh masyarakt, terdapat hanya sedikit bukti ilmiah bagi menyokong pandangan bahawa Alopesia areata berlaku disebabkan oleh tekanan. Kes-kes tekanan yang melampau berpotensi memicu keadaan ini, tetapi kajian terbaharu menunjukkan bahawa ia berlaku lebih kerana faktor genetik.

Diagnosis Alopesia Areata

Doktor biasanya boleh mendiagnosis Alopesia areata dengan mudah melalui cara memeriksa simptom. Tahap keguguran rambut mungkin akan dilihat dan rambut dari kawasan yang terjejas juga boleh diperiksa bawah mikroskop.

Jika doktor tidak dapat membuat diagnosis selepas pemeriksaan klinikal awal, mereka akan melakukan biopsi kulit. Sekiranya doktor perlu mengetepikan penyakit autoimun lain, ujian darah akan dilakukan.

Memandangkan simptom Alopesia areata sangat jelas untuk dikenal pasti, proses untuk membuat diagnosis biasanya cepat dan mudah.

Faktor Risiko Alopesia Areata

Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko keguguran rambut, termasuk:

  • Sejarah keluarga botak, dari keluarga kedua-dua ibu bapa.
  • Umur.
  • Kehilangan berat badan yang ketara.
  • Keadaan perubatan tertentu, seperti diabetes dan lupus.
  • Tekanan.

Rawatan Alopesia Areata

Rawatan yang berkesan untuk beberapa jenis keguguran rambut boleh dilakukan. Anda mungkin dapat menyembuhkan masalah keguguran rambut, atau sekurang-kurangnya memperlahankan penipisan rambut. Dengan beberapa keadaan, seperti rambut gugur (Alopesia areata), rambut boleh diperbaharui tanpa rawatan dalam tempoh setahun.

Rawatan untuk keguguran rambut termasuklah pengambilan ubat-ubatan, pembedahan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan keguguran rambut yang perlahan.

 

– Ubat-ubatan

Sekiranya keguguran rambut anda berlaku disebabkan oleh penyakit, rawatan untuk penyakit itu mungkin diperlukan. Ini mungkin termasuk pengambilan ubat seperti prednison untuk mengurangkan keradangan dan memberi tekanan pada sistem imun anda, Jika ubat tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut, doktor mungkin akan menasihatkan anda untuk berhenti menggunakannya sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Ubat-ubatan yang boleh didapati untuk merawat kebotakan (keturunan) termasuklah:

  • Minoxidil (Rogaine). Ini adalah ubat tanpa preskripsi yang diluluskan bagi golongan lelaki dan wanita. Ia datang dalam bentuk cecair atau buih yang perlu disapukan pada kulit kepala anda setiap hari. Basuh tangan anda selepas memakainya. Pada mulanya, ia boleh menyebabkan keguguran rambut. Rambut baharu juga mungkin adalah lebih pendek dan lebih nipis daripada rambut terdahulu. Sekurang-kurangnya enam bulan rawatan diperlukan untuk mencegah keguguran rambut dan memulakan pertumbuhan semula rambut. Jadi, anda perlu mengekalkan pengambilan ubat untuk mengekalkan faedah.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk kerengsaan kulit kepala, pertumbuhan rambut yang tidak diingini pada kulit bersebelahan muka dan tangan, serta kadar jantung yang deras (takikardi).

  • Finasteride (Propecia). Ini adalah ubat preskripsi yang diluluskan untuk golongan lelaki. Anda boleh mengambilnya setiap hari sebagai pil. Ramai lelaki yang mengambil finasteride mengalami keguguran rambut dalam kadar yang perlahan, dan ada juga yang menunjukkan pertumbuhan rambut baru. Anda perlu terus mengambilnya bagi mendapatkan kesan positif ubat ini. Namun begitu, Finasteride mungkin tidak berfungsi bagi lelaki berusia lebih dari 60 tahun.

Kesan sampingan yang biasa bagi ubat ini termasuklah keinginan seks dan fungsi seksual yang berkurangan serta peningkatan risiko kanser prostat. Wanita yang mengandung atau mungkin hamil perlu mengelakkan daripada mengambil tablet yang dihancurkan atau pecah.

  • Ubat lain. Bagi lelaki, ubat dutasteride oral adalah salah satu pilihan yang ada. Bagi wanita, ubatan yang boleh diambil mungkin seperti pil kontraseptif dan ‘spironolactone’.

– Pemindahan rambut

Dalam jenis keguguran rambut secara kekal yang paling biasa, hanya bahagian atas kepala sahaja yang terjejas. Pemindahan rambut, atau pembedahan pemulihan boleh mengembalikan sebahagian besar rambut yang anda ada.

Semasa prosedur pemindahan rambut, pakar dermatologi atau pakar bedah kosmetik akan mengeluarkan petak kecil kulit yang mengandungi satu hingga beberapa helai rambut, dari belakang atau sisi kulit kepala anda. Kadangkala, jalur kulit yang lebih besar dan mengandungi pelbagai kumpulan rambut akan diambil. Seterusnya, pakar kemudian akan menanam folikel rambut satu demi satu ke dalam bahagian kepala yang botak.

Sesetengah doktor mengesyorkan penggunaan minoxidil selepas pemindahan untuk membantu meminimumkan kehilangan rambut. Anda juga mungkin memerlukan lebih daripada satu pembedahan untuk mendapatkan kesan yang anda mahukan.

Keguguran rambut keturunan akan tetap berkembang dan diwarisi walaupun selepas pembedahan. Di samping itu, prosedur pembedahan untuk merawat kebotakan adalah mahal dan boleh menyakitkan. Kemungkinan risiko termasuklah pendarahan dan parut.

– Terapi laser

Peranti laser peringkat rendah telah diluluskan sebagai rawatan untuk kehilangan rambut keturunan bagi golongan lelaki dan wanita. Beberapa kajian kecil menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan ketumpatan rambut. Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menunjukkan kesan jangka masa panjang.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/70956

https://www.healthline.com/health/alopecia-areata

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/alopecia-areata

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hair-loss/multimedia/patchy-hair-loss-alopecia-areata/img-20006441

error: Content is protected !!