Now Reading
Alor Setar: 8 Tempat Menarik Untuk Percutian Bajet Anda

Alor Setar: 8 Tempat Menarik Untuk Percutian Bajet Anda

alor setar

Alor Setar terletak di Negeri Kedah. Kedah sangat terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk diterokai samaada di darat atau di laut.

Salah satu tempat menarik di Kedah yang paling popular sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan iaitu Pulau Langkawi. Selain di Pulau Langkawi, destinasi pelancongan di Kedah juga turut kaya dengan tarikan percutian pelbagai kategori samaada di kawasan air terjun, hutan lipur, kolam air panas, tepi pantai, mercu tanda, resort, chalet dan sebagainya.

Dari segi makanan pula, sudah tentu banyak menu menarik di Kedah yang pelancong boleh cuba seperti roti doll, laksa Kedah, pek nga & macam-macam lagi. Jika anda berhasrat bercuti di Alor Setar untuk mencari menu makanan menarik di sini dalam percutian bajet anda, sila terokai 8 tempat makan menarik di Alor Setar.

  • Gunung Jerai Paragliding Park Official

Marilah kuasai perasaan gayat anda & latih diri anda untuk menjadi lebih berani dengan mencuba sukan tandem paragliding ini di Gunung Jerai. Dengan pemandangan keindahan sawah padi terbentang di bawah & pemandangan laut biru nun di hujung sana dari langit, sememangnya satu pengalaman yang pasti tidak akan dapat anda lupakan.

Bagi yang pertama kali mencubanya, anda akan termasuk ke dalam salah satu kategori ini; 1) samaada pelancong yang menjerit sampai terbeliak mata kerana terlalu teruja, 2) menjerit sampai terpejam mata kerana terlalu ketakutan. Untuk mencuba aktiviti menarik di puncak Gunung Jerai ini, pengunjung tidak memerlukan apa-apa sijil kelayakan & lesen. Sebagai pengunjung, kebiasaannya yang menjadi syarat untuk mencuba sukan tandem paragliding sebegini adalah berat badan peserta ( maksimum 100kg).

Alamat : Gunung Jerai Paragliding Park, KM 7 Jalan Puncak Jerai, Yan, Kedah

Harga : Pakej Harga Gunung Jerai Paragliding Park Official

  1. Tandem (Passenger) : Price : RM 250.00 (termasuk pengangkutan dan mengambil video )
  2. Fly Solo (Pilot) :  Site fee RM 10.00 (sehari, tidak temasuk pengangkutan)
  3. Tandem commercial for pilot : Price RM 20.00/tandem ( tidak temasuk pengangkutan)

(Setiap pilot perlu menguruskan permit di Pejabat Hutan Sungai Petani, Kedah)

  • Boat House Tasik Pedu

Kalau di Kedah pula ada Tasik Pedu yang terhasil daripada pembinaan Empangan Pedu. Tasik Pedu memang sangat indah dan sering menjadi kunjungan pelancong untuk melihat keindahan kawasan bertasik yang dikelilingi hutan menghijau yang mendamaikan. Lebih menarik, di sini juga ada Boat House untuk mereka yang nak merasai pengalaman bermalam di atas tasik sambil melakukan aktiviti-aktiviti outdoor menarik seperti memancing, melihat hidupan liar, jungle trekking, hiking di Bukit Fakir & sebagainya.

Rumah bot yang disediakan di sini memanglah sangat selesa dan sesuai untuk golongan berkeluarga untuk menginap di atas tasik. Sudah tentulah, destinasi dan aktiviti sebegini akan menjadi kegilaan bagi mereka yang merupakan kaki pancing kerana tasik ini mempunyai pelbagai ikan-ikan yang menarik untuk diburu. Bagi yang mencari tempat menarik di Negeri Kedah untuk tujuan melakukan aktiviti outdoor berkumpulan seperti team building atau family day, destinasi Tasik Pedu ini sangat menarik untuk anda jelajah juga.

Alamat : Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah

Harga Pakej boat house di Tasik Pedu oleh Seri Mahawangsa Boat House:

  1. 2 hari 1 malam : RM 900
  2. 3 hari 2 malam: RM 1600
  3. Sehari: RM 40- RM 60 ( bergantung kepada jumlah peserta)

Pakej lebah tualang: Bulan Februari – April setiap tahun

  • Ultimate Horse Training and Stud farm

Bercuti di Kedah bersama anak-anak dengan destinasi sebegini pasti akan membuatkan mereka ceria dan gembira. Sudah tentulah, melihat haiwan yang boleh dikategorikan sebagai eksklusif ini dengan jarak yang lebih dekat, pasti memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan. Di sini, pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman menunggang kuda pada harga yang berpatutan. Tidak kira ada pengalaman berkuda atau tidak, sesiapa sahaja boleh merasainya.

Bayaran untuk menunggang kuda di sini juga sangat murah, bermula dengan RM 5.00 sahaja untuk satu pusingan. Terdapat juga tarikan lain di sini seperti kandang rusa, burung unta & sebagainya. Lokasinya di dalam kampung & berlatar belakangkan kehijauan Gunung Jerai, menjadikan destinasi ini sangat menarik untuk diterokai oleh pelancong yang sekali sekala ingin melakukan aktiviti yang jauh daripada dunia kemodenan yang sibuk itu.

Alamat : Lot 784 Jalan Ruat Besar, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah

Harga Pakej :

#1 Joy Ride:

  • 1 Pusingan RM 5.00
  • 2 Pusingan RM 7.00
  • 3 Pusingan RM 10.00

#2 Trail Ride

  • 1 Jam RM 90.00 ( 20 km)

#3 Latihan Asas Menunggang Kuda ( pelajar berumur 8 tahun & keatas):

  • 10 kali sesi belajar : RM 500
  • Menara Jam

Menara jam unik ini dibina pada tahun 1912, menara jam ini dibina untuk memberitahu penduduk yang tinggal di kawasan ini bahawa ia adalah waktu solat. Kini, menara jam ini masih beroperasi sebagai penjaga masa, tetapi ia juga merupakan peringatan masa lalu kerana ia merupakan salah satu tempat menarik di Kedah yang tertua. Ia juga menarik untuk melihat bagaimana bangunan ini menggabungkan seni bina Islam dan kolonial dalam satu bangunan.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam

Harga Tiket: Percuma

  • Chinatown Kedah

Pada waktu petang, anda bolehlah membuat perjalanan ke Chinatown Kedah. Bukan sahaja tempat ini akan membawa anda kembali ke masa lalu, anda juga akan dapat menyaksikan bagaimana penduduk bandar menjaga kedai mereka yang kelihatan serba vintaj. Anda boleh berehat di beberapa kafe di sekitar kawasan ini kerana dikatakan bahawa mereka menyajikan antara kopi terbaik dan paling lama di bandar ini.

Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam

Harga Tiket: Percuma

  • Kolam Air Panas Ulu Legong

Salah satu tempat menarik di Kedah juga ialah Kolam Air Panas Ulu Legong di Baling. Sentiasa penuh dengan pengunjung, ini adalah tempat yang sesuai bagi seisi keluarga untuk meluangkan masa. Disebabkan suhu kolam air panas ini yang tinggi, banyak orang akan memilih untuk melawat tempat ini pada waktu petang. Jika anda mengunjungi dengan sekumpulan orang, anda boleh memesan ruang untuk berbarbeque untuk mengakhiri hari anda dengan sempurna.

Waktu Operasi: Setiap hari, 9:00 pg – 5:00 ptg

Harga Tiket: RM3 seorang

  • Gua Gunung Keriang

Antara tempat menarik di Alor Setar untuk dilawati ialah Gunung Keriang. Jika anda melawat muzium padi, jangan lupa singgah di kawasan rekreasi Gunung Keriang kerana ia terletak dikawasan berhampiran sahaja. Kawasan pelancongan alam semulajadi ini merupakan salah satu destinasi yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Kedah 2016. Tarikan utama Gunung Keriang selain taman rekreasi ialah gua-gua yang terdapat disini. Bagi memudahkan pengunjung yang ingin melawat, sebuah lif setinggi bangunan 7 tingkat telah dibina. Manakala di dalam gua pula terdapat tangga dan laluan bagi memudahkan perjalanan pengunjung.

Alamat : Gua Gunung Keriang, 05150 Alor Setar, Kedah.

  • Galeri Sultan Abdul Halim

Galeri Sultan Abdul Halim terletak di pusat bandar Alor Setar berhampiran tempat menarik lain seperti Muzium DiRaja Kedah, Masjid Zahir dan lain-lain. Ia menyimpan pelbagai koleksi milik Sultan Kedah seperti pakaian, perhiasan, dokumen, gambar dan barangan peribadi. Pengunjung pasti teruja melihat pameran lebih 2,000 barangan yang hampir kesemuanya jarang dilihat dimana-mana. Disamping itu, galeri ini turut mempamerkan carta susur-galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari tahun 1136 hingga kini.

Waktu operasi: Ahad – Khamis: 10.00 pagi hingga 5.00 petang (Jumaat, Sabtu: Tutup)

Harga tiket / Bayaran masuk:  Percuma

Alamat: Galeri Sultan Abdul Halim, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Setar, Kedah

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Alor Setar yang boleh dikunjungi jika anda bercuti disini. Dengan senarai yang dicadangkan diatas ini, diharap dapat membantu anda merancang lokasi mana yang ingin dipilih dan sesuai untuk dilawati. Selamat bercuti!

Sumber:

https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-kedah

https://www.trixoli.com/my/ms/destinasi/malaysia/kedah/

https://www.percutianbajet.com/kedah/tempat-menarik-di-alor-setar-kedah

error: Content is protected !!