Bila tengah sarat mengandung ni, banyak betul petua-petua yang akan kita ambil sebagai panduan seharian. Kadang-kadang, sampai banyak sangat petua tu ada juga yang tersalah informasi.
Pasti anda pernah mendengar petua mempercepatkan bersalin seperti memperbanyakkan berjalan dan melakukan senaman ringan. Namun pada perkongsian kali ini, anda akan dapat mengetahui jenis makanan dan minuman yang boleh membantu proses bersalin anda.
5 Jenis Makanan Yang Perlu Di Amalkan Untuk Memudahkan Proses Bersalin
Sememangnya ada cara yang boleh mempercepatkan proses bersalin. Akan tetapi, setiap proses mengandung mempunyai proses yang berbeza meskipun ibu yang sama. Antara makanan yang patut ibu bersalin cuba adalah:
1. Telur
Perkongsian pengalaman daripada individu yang pernah bersalin, mereka mengatakan memakan telur sebelum due date dapat membantu mempermudahkan proses bersalin.
Mungkin anda boleh mencuba petua cepat bersalin ini. Tetapi pastikan telur yang anda makan itu masak sempurna kerana telur yang kurang masak adalah tidak elok untuk bayi dalam kandungan.
Macam kelakar sahaja bunyinya, makan telur untuk bantu cepat bersalin, tetapi tiada salahnya untuk mencuba, bukan?
2. Kurma
Umumnya ia dikenali sebagai sumber makanan yang dapat membekalkan tenaga. Selain dapat memudahkan proses bersalin, ia juga dikatakan dapat mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin serta dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.
3. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil juga sering diamalkan bagi membantu ibu mengandung mudah bersalin.
Sesetengah para ibu juga menyapu minyak kelapa dara pada bahagian perineum bagi mengelakkan koyakan semasa bersalin.
4. Bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.
5. Kelapa muda
Ada petua yang mengatakan, apabila usia kandungan mula menginjak ke tujuh bulan, anda amat disarankan untuk memperbanyakkan meminum air kelapa.
Ia dikatakan dapat memudahkan proses kelahiran. Selain itu, air kelapa muda juga boleh membantu menjaga kesihatan ibu dan juga janin jika diamalkan.
Sebenarnya tidak ada salahnya mencuba beberapa perkara disenaraikan di atas sebagai petua cepat bersalin.
Setiap petua akan membantu mendekatkan diri anda sama ada untuk dapat melalui proses kelahiran anak secara normal atau caesarean.
Sumber: Pa & Ma