Now Reading
Amaran! Makanan pedas yang tidak terkawal boleh membahayakan kesihatan anda!

Amaran! Makanan pedas yang tidak terkawal boleh membahayakan kesihatan anda!

makanan pedas

Perhatian bagi penggemar makanan pedas, anda kini sudah boleh mendapatkan kentang berperisa ‘ghost pepper’ dan cili padi di kedai serbaneka 7-Eleven yang berhampiran anda. Walaupun kesan sampingan seperti sakit perut, lidah terbakar, sesak nafas dan mata berair sering berlaku, namun ramai individu suka menyahut cabaran untuk membuktikan bahawa mereka mampu menahan kepedasan ini dengan mudah.

Jika anda seorang yang rajin melayari Internet, anda pasti tahu tentang ‘One chip challenge’ yang tular di laman Youtube sekarang. Ramai ‘youtuber’ yang sudah menyahut cabaran itu dan merakam reaksi mereka yang pelbagai. Jika anda juga ingin menyahut cabaran yang sama, anda dikehendaki untuk menunggu selama 5 minit setelah makan keropok kentang itu. Ada yang menangis serta lidah tidak berasa walaupun setelah makan ais krim, coklat dan makanan lain.

Walaupun makanan pedas dan berempah itu mempunyai rasa sedap dan bau enak yang menarik perhatian ramai, ia juga mempunyai kesan buruk pada kesihatan sekiranya ia diambil secara berterusan.

Jadi, mari ketahui kesan buruk makanan pedas dalam jangka masa panjang.

Menyebabkan hilang ingatan

Pengkaji dari Universiti of South Australia dan Universiti Qatar mendapati bahawa individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi mengalami demensia (nyanyuk, pelupa atau masalah memori).

Keputusan itu turut mendedahkan bahawa penurunan memori ini lebih mudah berlaku pada penggemar makanan pedas yang berbadan kurus. Namun begitu, perkaitan antara makanan pedas dan saiz badan masih tidak diketahui secara terperinci. Ia juga lebih banyak menjejaskan golongan dewasa terutamanya golongan tua namun boleh juga berlaku pada golongan remaja.

Cirit birit

Apabila kita makan makanan pedas secara berterusan, perut akan mula meradang sedikit demi sedikit. Cirit birit biasanya berlaku selama 2 – 4 hari jika tidak dirawat dengan lebih awal. Tanda-tanda lain seperti muntah, demam dan sakit kepala juga selalu hadir bersama dengan keadaan cirit birit ini. Cirit birit berterusan juga menandakan seseorang mengalami keracunan makanan.

Makanan seperti ini juga boleh meningkatkan jumlah asid dalam perut. Sekiranya ia tidak dineutralkan dengan pengambilan air yang banyak, ia boleh menghakis dinding perut sedikit demi sedikit. Justeru itulah, penggemar makanan pedas selalu minum air dengan banyak selepas makan makanan pedas.

Sukar tidur atau insomnia

Pengambilan makanan seperti ini dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya menyebabkan badan kita cepat berpeluh. Apabila berpeluh, ia akan menyebabkan ketidakselesaan kerana kita mungkin perlu mengganti pakaian dengan kerap atau mencari alternatif lain untuk menyejukkan badan sendiri. Ini justeru akan mengganggu anda untuk tidur dengan elok.

Adakah anda tahu bahawa cili boleh meningkatkan kadar tenaga dalam badan? Anda sudah tersalah langkah sekiranya anda memilih untuk makan makanan ini pada waktu malam. Sudah tentulah ia akan membuatkan anda berjaga dan sukar untuk tidur. Jadi, jika anda terlalu teringinkan makanan pedas, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu tidur anda bagi memberikan perut ruang untuk berehat dahulu.

Pedih ulu hati

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan pedas boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati atau dikenali sebagai penyakit ‘Gastro Esofagus Refluks’. Masalah ini juga berlaku kerana perkaitan peningkatan asid dalam perut yang mengalir ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Ia juga diumpamakan sebagai luka yang boleh melawat dan membahayakan nyawa jika tidak diubati. Apabila asid perut terkena saluran esofagus, ia akan menghakis saluran itu dan menyebabkan kesakitan yang dahsyat. Jadi, elakkan penghasilan asid perut yang melampau dengan mengurangkan kadar pengambilan makanan pedas seperti yang sedang ‘trending’ sekarang.

JADI,

Cegahlah sebelum keadaan melarat dan menjadi bertambah serius. Ambil makanan pedas dalam kadar yang sederhana serta pastikan anda minum banyak air kosong selepas makan makanan sebegini. Jangan tambahkan kesengsaraan anda dengan meminum air bergas kerana gasnya mungkin menggandakan kesakitan awal yang dialami. Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit, janganlah terikut-ikut dengan ‘trend’ ini kerana ia mungkin menjejaskan lagi keadaan sedia ada anda atau boleh juga menyebabkan kematian. Jadi, kubanskan makanan pedas dan makanlah makanan yang lebin berkhasiat.

SUMBER

https://www.thejoint.com/south-carolina/fort-mill/fort-mill-08015/225625-what-spicy-food-does-to-your-body

https://food.ndtv.com/food-drinks/what-happens-to-your-stomach-when-you-eat-over-spicy-food-1793511

https://healthyeating.sfgate.com/can-eating-extremely-spicy-food-harmful-health-2660.html

https://www.insider.com/signs-stop-eating-spicy-foods-2018-10

error: Content is protected !!