Now Reading
Ameloblastoma – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

Ameloblastoma – Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan

ameloblastoma

Apakah itu Ameloblastoma? Anda pasti tidak pernah dengar tentang penyakit ini. Penyakit ini boleh dikategorikan sebagai penyakit yang asing dan jarang berlaku tetapi anda harus mengambil tahu mengenainya kerana ia boleh menjadi parah sekiranya tidak dirawat.

Ameloblastoma adalah sejenis tumor yang berlaku bermula di rahang anda, selalunya berhampiran gigi bongsu atau molar anda. Ia dikategorikan sebagai tumor yang tidak aktif (tidak bermaya) dan kerap berkembang di rahang berhampiran molar. Kebiasaannya, Ameloblastoma tumbuh di dalam sel yang membentuk lapisan enamel pelindung pada gigi anda.

Tumor ini lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Walaupun ia boleh menjangkiti individu dari segenap usia, ia paling kerap didiagnosis pada orang dewasa dalam lingkungan umur 40an hingga 60an.

Anda harus mengambil serius mengenai tumor ini kerana ia boleh menjadi sangat agresif dan berkembang menjadi tulang rahang sehingga menyebabkan bengkak dan sakit. Sel Ameloblastoma sangat jarang merebak ke bahagian lain tubuh, seperti nodus limfa di leher dan paru-paru.

Simptom Ameloblastoma

Tumor ini biasanya tumbuh perlahan selama beberapa bulan atau bahkan tahun dan sesetengah orang tidak mempunyai sebarang gejala. Buat sementara, satu-satunya gejalanya mungkin adalah bengkak di belakang rahang anda. Anda juga boleh mengalami sakit gigi atau rahang. 

Kadangkala, masalah ini tumbuh dengan cepat dan menyakitkan. Ini boleh mencabut dan menggerakkan gigi anda. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh membesar dengan begitu hebat sehingga menghalang saluran udara anda, menyebabkan anda sukar untuk membuka dan menutup mulut. Malah, ia juga mempengaruhi bagaimana tubuh anda mengambil nutrien daripada makanan.

Punca Ameloblastoma

Sebenarnya, pakar perubatan masih tidak pasti apa yang menyebabkan Ameloblastoma atau mengapa hanya orang tertentu sahaja yang menghidapinya. Kebiasaannya, ia lebih cenderung terjadi kepada lelaki berbanding wanita melalui peranan gen tertentu.

Kecederaan pada rahang atau jangkitan di mulut anda juga boleh meningkatkan risiko anda. Saintis juga berpendapat bahawa beberapa virus atau kekurangan protein atau mineral dalam diet anda mungkin dikaitkan dengannya.

Diagnosis Ameloblastoma

Sekiranya anda mendapati diri anda mempunyai simptom-simptom Ameloblastoma, anda boleh merujuk kepada doktor dan ujian berikut mungkin akan dilakukan ke atas anda: 

  • Ujian pengimejan. Pemeriksaan X-ray, imbasan CT dan MRI yang dilakukan membantu doktor menentukan tahap Ameloblastoma yang terdapat dalam tubuh anda. Pertumbuhan atau tumor kadangkala boleh dikesan sewaktu menjalani ujian rutin sinar-X (X-ray) yang terdapat di klinik gigi.           
  • Ujian tisu. Untuk mengesahkan diagnosis, doktor boleh mengeluarkan sampel tisu atau sampel sel dan menghantarnya ke makmal untuk diuji. Sekiranya keputusan ujian ialah positif, anda akan diberitahu oleh doktor sekiranya anda menghidap Ameloblastoma atau tidak.          

Rawatan Ameloblastoma

Terdapat beberapa jenis rawatan Ameloblastoma yang disediakan oleh pakar perubatan. Antaranya:

  • Pembedahan untuk membuang tumor. Rawatan Ameloblastoma biasanya termasuklah pembedahan untuk membuang tumor. Memandangkan Ameloblastoma sering tumbuh ke dalam tulang rahang berhampiran, jadi pakar bedah perlu mengeluarkan bahagian yang terjejas dari tulang rahang. Cara ini merupakan pendekatan yang agresif bagi mengurangkan risiko Ameloblastoma untuk berulang.
  • Pembedahan untuk membaiki rahang. Jika pembedahan melibatkan pembuangan bahagian tulang rahang anda, pakar bedah boleh membaiki dan membina semula rahang anda. Namun, ia akan memberi kesan terhadap bentuk  dan fungsi rahang anda selepas itu. Selain itu, pembedahan rahang juga boleh membantu anda untuk makan dan bercakap.
  • Terapi radiasi. Terapi radiasi menggunakan sinaran tenaga berkuasa tinggi mungkin diperlukan selepas pembedahan atau jika pembedahan bukanlah satu pilihan. Keputusan yang dilakukan terpulang kepada diri anda.
  • Penjagaan sokongan. Semasa dan selepas rawatan dijalankan, anda juga boleh meminta tolong pakar supaya membantu anda melalui beberapa masalah rahang seperti percakapan, menelan dan makan. 

SUMBER

https://www.webmd.com/cancer/ameloblastoma-tumor#:~:text=Ameloblastoma%20is%20a%20rare%20kind,the%20look%20of%20your%20face.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ameloblastoma/symptoms-causes/syc-20351278

https://atlasgeneticsoncology.org/Tumors/AmeloblastomID5945.html

error: Content is protected !!