MUET merupakan singkatan kepada Malaysian University English Test. Ia adalah merupakan ujian bahasa Inggeris yang akan diduduki oleh pelajar di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM.
MUET ini diperkenalkan adalah bagi tujuan mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar tersebut dan juga bagi individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi . Peperiksaan ini adalah berstatus mandatori diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Komponen Ujian MUET
Untuk maklumat anda MUET mempunyai empat kursus ujian iaitu:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – ujian mendengar selama 30 minit
- 800/2 (Speaking/Lisan) – ujian lisan selama 30 minit
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – ujian pemahaman yang melibatkan soalan objektif selama 90 minit
- 800/4 (Writing/Penulisan) – ujian penulisan yang memerlukan kamu menulis esei selama 90 minit
Permarkahan
Markah yang ditetapkan dalam ujian MUET berdasarkan berikut:
- 800/1 (Listening/Pendengaran) – 45 markah
- 800/2 (Speaking/Lisan) – 45 markah
- 800/3 (Reading/Pemahaman) – 120 markah
- 800/4 (Writing/Penulisan) – 90 markah
Jumlah markah tersebut memberikan mata penuh sebanyak 300 markah, dan keputusan markah anda akan diberi berdasarkan gred yang dinamakan sebagai Band. Terdapat 6 band sebagai aras pengukuran markah MUET anda. Berikut adalah penjelasan bagi setiap band.
Tahap Band MUET
Band 6 – Adalah tahap bagi calon yang sangat bagus. Calon tersebut memperolehi jumlah markah diantara 260 ke 300. Ini bermakna penguasaan bahasa calon adalah di tahap yang amat bagus. Calon semestinya fasih dan tepat dalam penggunaan bahasa inggeris. Dalam erti kata lain calon berupaya menggunakan bahasa yang sesuai atau hampir-hampir tiada kesalahan. Dari segi pemahamam pula, calon sudah pasti mampu memahami bahasa dan konteks dengan sangat bagus.
Band 5 – Menunjukkan calon berada dalam tahap yang bagus. Jumlah markah bagi tahap ini adalah sebanyak 220 ke 259. Calon mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan thap yang baik. Penggunaan Bahasa yang digunakan calon adalah fasih, tepat dan menggunakan bahasa yang sesuai, Cuma terdapat sedikit kesilapan. Pemahaman yang dimiliki calon tentang bahasa dan konteks adalah baik. Calon juga mampu berbahasa dengan baik.
Band 4 – Calon berada ditahap kompeten. Jumlah markah yang calon perolehi sebanyak 180 ke 219. Tahap penguasaan Bahasa inggeris yang memuaskan. Calon adalah fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan mampu menggunakan bahasa yang sesuai cuma terdapat beberapa kesilapan. Tahap pemahaman yang memuaskan mengenai bahasa dan konteks. Calon mampu menggunakan Bahasa inggeris dengan kompeten.
Band 3 – Calon berada di tahap yang sederhana dan memperolehi markah sebanyak 140 ke 179. Penguasaan Bahasa calon adalah sederhana. Calon juga berada di tahap sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai. Calon juga ada melakukan kesilapan yang ketara. Tahap pemahaman calon tentang bahasa dan konteks adalah sederhana. Calon mampu berbahasa inggeris di tahap sederhana.
Band 2 – Tahap penguasaan calon adalah terhad. Calon memperoleh markah sebanyak 101 ke 139 dan penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang boleh menyebabkan salah faham dalam komunikasi. Pemahaman calon juga terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan calon adalah terhad dalam bahasa.
Band 1 – Penggunaan Bahasa inggeris yang amat terhad jumlah markah yang diperoleh bawah 100. Penguasaan Bahasa calon yang lemah. Calon tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan Bahasa calon tidak tepat dan mampu menyebabkan kekerapan salah faham dalam komunikasi. Pemahaman tentang bahasa dan konteks yang sedikit atau lemah. Calon adalah hampir tidak mampu berbahasa Inggeris.
Penerangan tentang komponen MUET dan permakahan adalah bertujuan untuk membantu anda membuat rujukan tentang aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Seperti penerangan di atas, terdapat sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan calon hendaklah melakukan persediaan yang rapi.
Tip persediaan kepada calon
Antara persediaan yang boleh anda lakukan sebelum menghadapi Ujian Muet:
- Calon perlu mengambil tahu aspek-aspek yang akan diuji.
- Calon juga perlu tahu cara permakahan untuk setiap aspek.
- Calon boleh mengenalpasti bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.
- Calon perlulah bersedia atau mendalami grammar atau tatabahasa Bahasa inggeris.
- Calon juga perlu membuat persediaan dari segi vocabulary atau kosa kata.
- Calon juga perlu memperbanyakkan penggunaan Bahasa inggeris dalam perbualan bagi melatih kelancaran pertuturan dan keyakinan.
Penggunaan bahasa yang lemah akan menyebabkan anda kekurangan keyakinan. Anda pasti tidak mampu atau sukar untuk memberikan pendapat dalam bahasa inggeris terutama jika penggunaan tatabahasa yang lemah.
Syarat Kelayakan Untuk Menduduki Muet
Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.
Tempoh Sah Laku
Setiap keputusan MUET yang telah pun dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Bayaran
Terdapat bayaran yang dikenakan untuk calon yang ingin menduduki ujian MUET jumlah bayaran yang dikenakan adalah RM100.00:
- Yuran pendaftaran RM 40.00
- Yuran mata pelajaran RM 60.00
Kaedah bayaran adalah melalui pembelian nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara online. Maklumat lanjut sila layari http://online.mpm.edu.my
- Makluman: Caj sebanyak RM1.00 akan dikenakan oleh BSN bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
Bayaran yang telah dibuat akan dipaparkan pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) sebagai rujukan kepada calon.
Bermula pada tahun 2012, peperiksaan MUET akan dijalankan tiga (3) kali setahun dan dijangka akan berlansung pada bulan Mac, Julai dan November dimana tiada syarat khusus yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan ini.
Tarikh Peperiksaan MUET 2020/2021
Tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan MUET 2021 adalah seperti berikut:
- Tarikh pendaftaran dibuka: 13 November 2020
- Tarikh pendaftaran ditutup: 14 Disember 2020
- Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 17, 18, 22, 23, 24 dan 25 Februari 2021
- Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening): 10 April 2021
- Tarikh pembelian PIN MEX: 13 November hingga 13 Disember 2020
Pendaftaran MUET Online 2020/2021
1. Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran MUET secara online di laman sesawang MPM di : http://online.mpm.edu.my/web/guest/
- Sila klik pada pilihan Calon Persendirian
- Pada paparan seterusnya sila klik pada pilihan ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’ jika anda masih belum mendaftar
- Jika anda sudah mendaftar anda boleh Log Masuk dengan masukkan Pengguna ID dan Kata Laluan
2. Apa-apa pun calon mestilah membaca arahan dan panduan Panduan Pendaftaran Calon di portal mpm www.mpm.edu.my sebelum membuat pendaftaran online. Ini adalah bagi memastikan semua maklumat berhubung pentadbiran mengenai peperiksaan MUET diperoleh dengan tepat.
3. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET
- Anda boleh klik pada MUET Daftar ataupun Panduan Pendaftaran bagi mendapatkan Panduan Pendaftaran Calon Persendirian MUET
Cara membuat Pendaftaran Adalah seperti berikut :-
Pertama sekali anda perlu ke MPM Portal di www.mpm.edu.my, kemudian klik button SISTEM ONLINE atau taip http://online.mpm.edu.my
TIP: Sebelum mendaftar sebagai pengguna portal adalah lebih baik jika anda membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara online di https://dapatpay.dapat.com/mpm/.
- Tarikh pembelian PIN Muet pada tahun ini adalah dari 9 Februari 2021 sehingga 28 Mac 2021.
Daftar Pengguna
Tekan pada logo CALON PERSENDIRIAN, kemudian skrin log masuk dan daftar akan terpapar
- Sila klik pada butang `DAFTAR PENGGUNA‘ atau hyperlink `DAFTAR PENGGUNA
- Pilih jenis pengenalan diri. (Contoh: Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis, Pasport atau Sijil Kelahiran)
- Dan Isikan no kad pengenalan diri pilihan anda seperti contoh
- Isikan nama penuh seperti di dalam sijil pengenalan diri
- Isikan e-mail yang sah ini adalah bagi memudahkan urusan akaun portal
- Kata laluan (Maksimum 8 askara sahaja)pastikan anda letak aksara yang anda mudah ingati
- Kemudian setelah berpuas hati anda boleh klik butang simpan pastikan semua telah lengkap
- Sila isikan soalan peringatan bagi log masuk kali pertama ke dalam portal
- Kemudiannya, sekiranya proses pendaftaran anda berjaya dashboard bagi pengguna portal akan terpapar.
Log Masuk
- Masukkan nombor kad pengenalan yang anda telah daftarkan sebagai pengguna ID beserta symbol ‘-‘ dan masukkan kata laluan juga seperti yang didaftarkan
- Klik pada pilihan butang `Log Masuk
Setelah berjaya dashboard portal MeSP akan terpapar
- Klik pada tab panel ‘Peperiksaan
- Klik pada menu pilihan Pendaftaran dan pilih Pendaftaran Calon Persendirian
- Skrin pendaftaran MUET dan STPM akan terpapar
- Sila klik pada ikon berimej ‘Pendaftaran MUET’
- Masukkan no pin yang telah dibeli di cawangan BSN mengikut jenis peperiksaan sebab tu anda dinasihatkan untuk membeli no pin terlebih dahulu
- Klik pada butang `Teruskan’ sekiranya anda telah masukkan no. Pin yang sah
- Masukkan segala maklumat yang diperlukan
Untuk pengetahuan anda pusat bagi menduduki ujian adalah berdasarkan kekosongan pada pusat berkenaan. Anda boleh menyemak kekosongan pusat ujian MUET sebelum membeli no pin MEC.
- Untuk semak sila klik “Semak Kekosongan Pusat Ujian MUET”
- Sila tekan butang `Simpan’ sekiranya anda telah siap mengisi kesemua maklumat yang diperlukan
- Jika maklumat telah berjaya dimasukkan skrin maklumat calon akan terpapar
- Klik pada pilihan ‘Kemaskini’ sekiranya ingin membuat sebarang penambahbaikan maklumat sebelum ini
- Anda dikehendaki untuk mencetak slip pendaftaran bagi rujukan masa hadapan. Untuk cetak sila klik ‘Cetak Slip Pendaftaran’ sekiranya semua maklumat adalah tepat.
Jika anda masih memerlukan pertanyaan tentang peperiksaan MUET ini anda boleh la pergi ke laman web MPM. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
SUMBER:
https://mpmweb.mpm.edu.my/muet/jadual-ujian-muet