Kekejangan, perut kembung, perubahan mood, sakit belakang, sakit kepala, keletihan, pendarahan yang banyak, ya semua ini merupakan proses semulajadi seorang wanita sewaktu menstruasi. Tahukah anda? Dysmenorrhea atau senggugut yang teruk boleh mengganggu kerja harian dalam kalangan 1 daripada 5 orang wanita. Kadangkala, kesakitannya sangat parah sehingga anda berfikir betapa baiknya untuk menjadi seorang lelaki! Jangan begitu, kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Menurut pakar kesihatan, kesakitan senggungut disamakan dengan sakit jantung. Justeru itu, ia merupakan satu perkara yang perlu ditangani seperti keadaan kesihatan serius yang lain. Jadi, untuk memastikan diri anda tidak terseksa setiap bulan akibat kesakitan yang tidak dirancang, kami menyediakan senarian 7 petua yang berkesan untuk melegakan senggugut yang anda alami serta mengatasinya.
1. Urut dengan minyak bijan
Secara tradisional, minyak bijan digunakan untuk abhyanga, iaitu teknik urutan sendiri Ayurveda. Ia kaya dengan asid linoleic dan mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan. Anda boleh menggunakan minyak bijan dengan cara mengurutnya dii bahagian bawah abdomen sewaktu senggugut. Ia sangat membantu.
2. Biji halba
Biji halba sangat dikenali dengan kebolehannya untuk menurunkan berat badan, baik untuk hati, buah pinggang dan metabolisme. Ternyata, ia juga bagus untuk menjadi peneman anda saat kesakitan senggugut muncul. Anda boleh mengurangkan kesakitan senggugut dengan bantuan biji halba. Caranya? Rendam biji halba dalam air suam selama 12 jam dan minum airnya.
3. Haba
Meletakkan haba pada bahagian bawah abdomen boleh merelakskan otot yang kontrak dalam rahim. Sebotol air panas sudah memadai dan dapat membantu anda, namun anda juga boleh guna pad atau tampalan haba untuk melegakan diri anda. Selain itu, minum air suam atau mandi air panas juga dianggap boleh melegakan kesakitan dan menjadikan anda lebih relaks.
4. Senaman
Perkara ini mungkin kedengaran gila untuk anda, memandangkan anda hampir tidak dapat bergerak (apalagi berjalan dengan pantas) sewaktu anda sedang mengalami kesakitan senggugut. Walau bagaimanapun, bersenam boleh meningkatkan peredaran darah ke kawasan pelvik dan melepaskan endorfin untuk melawan prostaglandin (bahan seperti hormon yang menyebabkan otot-otot rahim kontrak semasa haid). Selain itu, berbaring di belakang sambil membengkokkan lutut juga boleh membantu mengurangkan kesakitan senggugut.
5. Teh halia dan lada hitam
Anda boleh membuat teh herba daripada halia dan lada hitam. Tambah sedikit gula untuk memberikannya rasa, namun angan sesekali menambah susu. Halia berkesan mengurangkan sakit senggugut kerana ia memainkan peranan untuk menurunkan tahap prostaglandin. Sebagai tambahan, ia juga memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur dan melawan keletihan yang berkaitan dengan sindrom pramenstruasi.
6. Biji jintan
Selain teh halia dan lada hitam, anda boleh membuat teh herba daripada biji jintan untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Jintan mempunyai kesan yang menenangkan, dan ciri-ciri anti-spasmodis serta anti-radangnya adalah bagus untuk menghilangkan kekejangan sewaktu senggugut.
7. Teh chamomile
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agriculture and Chemistry, teh Chamomile mempunyai sifat melegakan kesakitan. Ia membantu melegakan rahim anda dan mengurangkan pengeluaran prostaglandin, sekaligus mengurangkan kesakitan senggugut yang dialami.
Peringatan!
Sedikit peringatan, sekiranya anda mengalami kesakitan senggugut yang sangat parah sehingga membataskan aktiviti harian biasa anda, berundinglah dengan doktor untuk memastikan anda tidak mengalami sebrarang komplikasi serius lain yang membimbangkan.
Selamat mencuba!
Sumber
https://www.healthline.com/health/womens-health/menstrual-cramp-remedies
https://www.onhealth.com/content/1/menstrual_period_cramps
https://www.medicalnewstoday.com/articles/324484
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menstrual-cramps/diagnosis-treatment/drc-20374944