Now Reading
Anda menghadapi masalah kulit kering? Dah penat dengan kulit menggelupas? Vitamin E “Embrace You” dan kulitmu selalu.

Anda menghadapi masalah kulit kering? Dah penat dengan kulit menggelupas? Vitamin E “Embrace You” dan kulitmu selalu.

Kulit kusam dan rasa kering? Dah minum banyak air tapi masih tak elok juga? Kelembapan kulit ini sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah usia, cuaca, dan juga keadaan kulit. Contohnya macam usia, apabila usia semakin bertambah, kulit kita menjadi semakin nipis dan kering disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Seterusnya, keadaan kulit kita juga sebenarnya berbeza. Mungkin, ada yang menghadapi eczema dan sebagainya. Namun, cara terbaik untuk melembapkan kulit ialah dengan menggunakan krim pelembap.

Kulit kering juga boleh menyebabkan rupa anda tidak bermaya dan kasar. Kekeringan juga boleh menyebabkan kulit menggelupas dan gatal. Jadi, jika kita ingin kelihatan cantik, kita perlulah sentiasa mengamalkan penjagaan yang ekstra sedikit dan sentiasa rajin untuk memastikan kulit kita dalam keadaan yang lembap untuk kulit kekal sihat.

Anda pernah dengar tentang Derma Healths SkinLabs?

Derma Health’s SkinLabs diciptakan dengan visi yang mudah dan cukup memenuhi permintaan pakar dermatologi tanpa kompromi kualiti dan tidak rumit untuk digunakan. Berdasarkan falsafah “Empower everyone with wellness and beauty through the healing properties of nature” Derma Health’s SkinLabs ini ialah jenama untuk penjagaan kulit yang baik.

Ditubuhkan pada tahun 2000, Derma Health’s SkinLabs adalah satu jenama yang berasal dari Australia. Visi Derma Health’s SkinLabs adalah untuk menghargai semua jenis kulit dan juga setiap sentuhan. Dua misi utama adalah untuk menggabungkan kedua-dua sains dan kesenian untuk mengeluarkan formulasi terbaik untuk membolehkan kulit sihat dari kepala hingga kaki dan menghargai semua jenis kulit.

Kulit ialah organ paling besar, dan selalunya hanya penjagaan muka mendapat fokus akan tetapi bahagian kulit seperti anggota badan yang lain diabaikan. Kulit badan perlu dimanjakan sama seperti wajah. Sudah tiba masanya untuk kita memecahkan prejudis dan meningkatkan keyakinan melalui kulit yang sihat dengan penjagaan yang menghargai semua jenis kulit dan warna. Semua orang sepatutnya berasa bangga dengan diri sendiri.

Ramai yang telah yakin dengan produk penjagaan kulit Derma Health’s SkinLabs sama ada untuk pemulihan ataupun terapeutik.

Masalah kulit kering tiada lagi dengan DermaHealths Skinlabs!

Krim Vitamin E Derma Healths SkinLabs (Derma Healths SkinLabs Concentrated Vitamin E Cream)

Krim Vitamin E Derma Health’s SkinLabs adalah krim vitamin E yang berfungsi sebagai pelembap kulit serta krim antioksidan membaikpulih kerosakan kulit dengan baik. Ianya mengandungi 10,000 I.U dan berkonsentrasi tinggi untuk melindungi kulit anda daripada radikal bebas secara terapeutik.

Krim ini juga menggunakan formula yang membuatkannya tidak berminyak, dan mudah untuk diserap oleh kulit. Krim Vitamin E Derma Health’s SkinLabs telah terbukti berkesan didalam kajian yang lebih mendalam. Ianya ideal untuk membantu mengurangkan parut jelas, mengurangkan kesan regangan kulit (stretch marks) di bahagian tertentu, dan juga memulihkan kulit yang dehidrasi serta memudarkan jerawat dan tanda cela.

Selain itu, ianya juga dapat melindungi anda daripada terdedah kepada sinaran UV dan melambatkan proses penuaan. Yang paling penting, produk ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan. Akhir sekali, ianya amatlah mudah untuk dapat di mana mana farmasi atau kedai penjagaan kulit. Jom tengok harganya pula!

Harga Krim Vitamin E Derma Health’s SkinLabs:

  • 100ml = RM27.15
  • 200ml = RM41.90.

Pembersih Lembut Vitamin E Muka & Badan Derma Healths SkinLabs (Derma Healths SkinLabs Gentle Vitamin E Face & Body Cleanser)

Seterusnya, Pembersih Lembut Vitamin E Muka & Badan Derma Health’s SkinLabs adalah pembersih yang tidak mengeringkan, hypoallergenik dan pH seimbang. Ianya juga dipertingkatkan dengan γ-Oryzanol, antioksidan yang kuat untuk memberi perlindungan dan meningkatkan kelembapan kulit.

Pembersih Lembut Vitamin E Muka & Badan Derma Health’s SkinLabs ini dirumuskan dengan Vitamin E dan γ-Oryzanol. γ-Oryzanol adalah antioksidan yang kuat untuk meningkatkan perlindungan dan kelembapan kulit. Selain itu, produk ini dirumuskan tanpa bahan kimia, dan sangat sesuai untuk kegunaan harian kerana ianya tidak mengeringkan, hypoallergenic dan pH seimbang.

Produk ini dirumuskan khas untuk membersihkan badan dan juga kulit muka tanpa menanggalkan minyak semulajadi. Akhir sekali, ianya amatlah sesuai untuk kulit kering, normal atau sensitif. Harganya juga berpatutan. Sebagai contoh:

Harga Pembersih Lembut Vitamin E Muka & Badan Derma Health’s SkinLabs

250ml = RM27.40

500ml = RM44.70

1000ml = RM71.90.

Minyak Terapi Derma Healths SkinLabs (Derma Healths SkinLabs Therapy Oil)

Minyak Terapi Derma Health’s SkinLabs sangat membantu wanita yang mempunyai masalah kulit kering, kulit tegang (stretch marks) dan parut. Ianya diformulasikan dengan gabungan Gold Tri-E dan minyak semula jadi lain. Produk ini amat berkesan untuk memudarkan kesan regangan (stretch marks) dan parut. Formulasi unik ini mempunyai kandungan minyak asli dan juga vitamin untuk melembapkan kulit kering yang merekah.

Kandungan minyak terapi ini dipertingkatkan lagi dengan Gold Tri-E (antioksidan yang kuat). Selain itu, ianya bebas dari wangian dan selamat digunakan setiap hari.

Tidak dilupakan juga, produk ini ideal dalam rawatan antipenuaan dan pencerahan kulit berpigmentasi. Ianya berkesan untuk melembutkan kulit yang kasar dan kering seperti lutut, siku dan termasuklah buku lali.

Harga Minyak Terapi DermaHealth’s Skinlabs:

100ml = RM46.05.

Cara Penggunaan Produk DermaHealths Skinlabs:

Anda tak tahu bagaimana ingin menggunakan ketiga-tiga produk ini mengikut turutan? Jom ikuti langkah-langkah dibawah!

Langkah 1: Bersihkan muka dan badan dengan Pembersih Lembut Vitamin E Muka & Badan Derma Health’s SkinLabs

Langkah 2: Sapukan Minyak Terapi DermaHealth’s Skinlabs di bahagian kulit kering pada anggota badan dan boleh disapu ke muka sekali. (untuk kulit kering yang melampau)

Langkah 3: Sapukan Krim Vitamin E Derma Health’s SkinLabs di badan

PERINGATAN: jika anda ingin menggunakan minyak terapi dan krim Vitamin E untuk muka, ianya disarankan untuk mencuba di kulit muka sedikit terlebih dahulu untuk melihat kesesuaian produk sebelum digunakan untuk seluruh muka.

Dah sedia untuk pergi cari produk Derma Health’s SkinLabs? Jangan tangguh, nanti ketinggalan pula. Untuk membeli produk Derma Health’s Skinlabs kegemaran anda, sila order di pautan ini > https://shopee.com.my/dhskinlabs.os atau dapatkan di farmasi Big, Guardian atau farmasi berhampiran anda.

error: Content is protected !!