Now Reading
Anda sedang berdiet? Jangan hentikan pengambilan ubat tekanan darah tanpa arahan doktor

Anda sedang berdiet? Jangan hentikan pengambilan ubat tekanan darah tanpa arahan doktor

ubat tekanan darah

Bersenam, menurunkan berat badan, makan secara sihat dan berhenti merokok semuanya dapat membantu anda mengawal tekanan darah tinggi (hipertensi) dan meningkatkan kesihatan keseluruhan anda. Namun, terdapat juga individu yang berasakan  bahawa setelah melakukan perubahan gaya hidup sebegini, mereka tidak lagi memerlukan ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.

Walau bagaimanapun, sebelum berhenti mengambil ubat tekanan darah, anda perlu bekerjasama dengan doktor anda untuk menilai risiko dan faedahnya. Menghentikan beberapa ubat boleh menyebabkan gejala penarikan yang tidak menyenangkan, atau yang paling buruk, boleh menyebabkan serangan jantung.

Tahap keparahan dan tempoh penarikan diri yang boleh berlaku bergantung kepada banyak faktor, termasuk jumlah ubat yang digunakan seseorang dan seberapa kerap mereka menggunakannya.

Bolehkah penurunan berat badan mengurangkan keperluan ubat tekanan darah?

Sambil anda mengalami penurunan berat badan, ada kemungkinan bahawa dos ubat tekanan darah anda boleh dikurangkan atau dihentikan sepenuhnya. Namun, jangan buat perubahan pada dos atau pengambilan ubat tekanan darah anda sendiri.

Ingat bahawa tekanan darah tinggi bukanlah satu masalah yang boleh anda atasi dan kemudian abaikan. Walaupun anda boleh berhenti mengambil ubat tekanan darah, ianya masih penting untuk mengekalkan tabiat yang sihat.

Jadi, walaupun anda telah mengambil ubat, ketahui bahawa anda masih mempunyai keadaan perubatan kronik yang perlu dikesan dan dikendalikan dengan betul.

Apakah kesan sampingan bagi tindakan sebegini?

Ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi hanya berfungsi jika anda mengambilnya. Sekiranya anda berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor dahulu, anda berisiko untuk mendapat strok.

Banyak ubat yang disalahgunakan dikaitkan dengan perkembangan kebergantungan fisiologi yang ketara – terutamanya apabila diambil dalam jumlah besar dan untuk jangka masa yang konsisten. Apabila seseorang bergantung pada satu bahan, mereka mungkin berisiko untuk mengalami gejala penarikan yang tidak menyenangkan ketika cuba berhenti menggunakan ubatan tersebut.

Penyalahgunaan dadah atau alkohol yang berterusan boleh mengganggu motivasi dan ganjaran kimia dan litar, mengakibatkan keinginan dan kebergantungan terhadap ubat.

Jadi, sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang tidak menyenangkan, bincangkannya dengan doktor anda. Doktor anda mungkin dapat menukarkan ubat sedia anda dengan ubatan lain. Malah, ianya adalah penting bagi anda untuk memahami bahawa terdapat banyak jenis atau kelas ubat antihipertensi yang boleh dipilih dan penyedia perkhidmatan kesihatan anda akan dapat mencari ubat atau kombinasi ubat-ubatan dengan sedikit kesan sampingan yang sesuai untuk anda.

Sekarang, mari kita lihat 9 ubat yang tidak boleh berhenti dihentikan pengambilannya secara tiba-tiba

1. Ubat tekanan darah

Ubat tekanan darah seperti beta-blocker digunakan untuk memastikan jantung berdegup dengan baik dan lambat. Sekiranya anda berhenti mengambilnya secara tiba-tiba, ia boleh memberi kesan pemulihan seperti jantung yang berdebar. Sebenarnya, episod pemulihan boleh mengakibatkan iskemia jantung dan berlakunya peningkatan tekanan darah dan degupan jantung secara dramatik.

2. Ubat penipis darah

Antikoagulan seperti Coumadin, sejenis penipis darah harus selalu diambil seperti yang diarahkan dan tidak boleh dihentikan tanpa pengetahuan doktor anda. Individu yang memutuskan bahawa mereka tidak mahu mengambilnya (antikoagulan mereka) lagi boleh mengalami strok disebabkan itu.

3. Ubat anti-kegelisahan

Benzodiazepin adalah kelas ubat-ubatan anti-kegelisahan yang paling terkenal. Memberhentikan pengambilannya secara tiba-tiba boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti gejala penarikan yang serupa dengan pengambilan alkohol dan juga sawan. Anda juga berisiko besar untuk mengalami sawan dalam tempoh 24 hingga 72 jam pertama selepas anda berhenti.

4. Ubat anti-depresan

Gejala pengeluaran disebabkan ubatan ini tidaklah begitu berbahaya jika dibandingkan dengan ubat anti-kegelisahan, tetapi mereka masih menyebabkan kesan yang sangat tidak selesa. Anda mungkin mengalami sakit kepala, pening, mual, dan berpeluh. Malah, risiko keadaan yang berulang adalah satu kebimbangan besar.

5. Ubat steroid

Sekiranya anda berhenti mengambil steroid secara tiba-tiba, kelenjar adrenal badan akan memerlukan sekitar satu atau dua minggu untuk bangun dan mula menghasilkan kortisol lagi. Justeru itu, kesan seperti kelemahan, mual, muntah, cirit-birit dan sakit perut mungkin berlaku disebabkan tahap kortisol yang rendah dalam sistem anda.

6. Ubat sakit opioid

Codeine, morphine dan hydrocodone adalah ubat opioid yang dipreskripsikan oleh doktor untuk merawat kesakitan. Kegelisahan, cirit-birit dan kesakitan umum adalah beberapa gejala penarikan diri yang mungkin dialami seseorang jika mereka berhenti mengambil ubat opioid. Sekali lagi, doktor anda dapat mengurangkan dosnya agar anda tidak perlu menggunakan ubat sepenuhnya dan membantu anda mengelakkan gejala penarikan yang tidak menyenangkan jika anda berbincang dengan mereka terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang melulu.

7. Ubat titisan mata untuk masalah glaukoma

Glaukoma adalah penyakit mata yang terjadi disebabkan penumpukan cecair di bahagian depan mata anda. Ini  boleh merosakkan saraf optik mata yang diperlukan untuk tujuan penglihatan. Justeru itu, ubat titisan mata membantu mengurangkan tekanan pada mata, tetapi beberapa individu mula bosan dengan meletakkan titisan tersebut di mata mereka. Ini justeru menyebabkan tekanan mata meningkat kembali seperti biasa. Sekiranya tekanan dari penumpukan cecair terus berlanjutan, ia boleh merosakkan saraf optik mata dan berpotensi menyebabkan buta pada masa akan datang.

8. Ubat anti-sawan

Individu yang mengambil ubat anti-sawan tidak boleh menghentikannya secara tiba-tiba kerana ia juga boleh menimbulkan kesan pemulihan dan meningkatkan frekuensi berlakunya episod sawan anda. Untuk beberapa ubat anti-sawan lain, anda mungkin mengalami gejala penarikan dalam tempoh 24 hingga 48 jam ke depan. Pergolakan, kekeliruan, dan disorientasi adalah beberapa gejala penarikan yang paling biasa dilaporkan.

9. Ubat tiroid

Individu dengan masalah hipertiroid dan berhenti mengambil ubatan mereka boleh mencetuskan keadaan yang dikenali sebagai “ribut tiroid”. Keadaan yang mengancam nyawa ini disertai dengan degupan jantung yang cepat, demam, pengsan, dan jika ia tidak dirawat, individu boleh masuk ke dalam fasa koma.

JADI,

Pastikan anda berbincang dahulu dengan doktor dan dapatkan pandangan mereka sebelum menukar dos atau memberhentikan pengambilan ubat tertentu. Janganlah meletakkan nyawa anda dalam bahaya disebabkan perkara yang boleh dilakukan dengan betul ini.

Setiap ubat yang dipreskripsikan itu mempunyai tujuan jadi gunakanlah mereka dengan betul seperti yang ditetapkan.

SUMBER

https://americanaddictioncenters.org/withdrawal-timelines-treatments

https://www.rd.com/list/medications-never-stop-abruptly/

https://www.columbianeurology.org/neurology/staywell/stopping-blood-pressure-drugs-risks-stroke

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/expert-answers/blood-pressure-medication/faq-20058056

https://www.verywellhealth.com/when-can-i-stop-my-meds-high-blood-pressure-1763996

error: Content is protected !!