Terdapat banyak perbincangan tentang bagaimana untuk mencegah pendedahan kepada hepatitis C dengan alasan yang baik. Terdapat 170 juta kes di seluruh dunia dan hampir 4 juta di Amerika Syarikat. Tetapi, banyak yang anda boleh lakukan tanpa rasa bimbang tentang pendedahan terhadap virus hepatitis C. Berikut adalah beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan tanpa terdedah terhadap jangkitan hepatitis C.
1. Berkongsi garfu, sudu dan gelas
Anda berada di restoran dan seseorang di meja anda menawarkan anda untuk merasa kek keju yang lazat. Adakah anda perlu menolak dengan sopan? Jika anda tidak bimbang untuk mendapat jangkitan hepatitis C. Teruskan dan merasa pencuci mulut dengan berkongsi perkakas makanan tidak menyebarkan virus. Begitu juga, jika berkongsi minuman. Ingatlah, penyebaran jangkitan hepatitis C memerlukan hubungan langsung dengan darah yang dijangkiti, bukan air liur.
2. Memberi (dan menerima) ciuman
Ciuman bukan satu cara untuk menyebarkan virus hepatitis C. Ini kerana air liur bukanlah cara berkesan menyebarkan virus. Malah, ada beberapa sumber menyatakan sebaliknya, ciuman tidak berisiko tinggi untuk hepatitis C.
3. Memeluk rakan
Hubungan kasual bukanlah cara yang berisiko tinggi untuk menyebarkan jangkitan hepatitis C kerana anda tidak mendapat hubungan langsung melalui darah yang dijangkiti. Oleh itu, jangan biarkan ketakutan anda terhadap hepatitis C membuatkan anda tidak mahu memeluk rakan anda. Ini berlaku untuk semua jenis hubungan kasual: Semuanya berisiko rendah.
4. Memegang tangan
Hepatitis A diketahui boleh disebarkan melalui pegangan tangan dan ia dicegah dengan amalan mencuci tangan yang baik. Walau bagaimanapun, jangkitan hepatitis C tidak tersebar dengan cara ini. Oleh itu, teruskanlah bersiar-siar dan berpegangan tangan.
5. Dikelilingi orang yang batuk dan bersin
Berada berhampiran dengan seseorang yabng batuk dan bersin mungkin boleh menyebabkan i anda dijangkiti selsema atau penyakit pernafasan yang lain, tetapi ia tidak akan memberi anda hepatitis C. Ini kerana batuk dan bersin tidak mempunyai sentuhan langsung darah ke darah. Jangkitan batuk dan selsema sangan menjelikkan, tetapi ia tidak akan memberi anda hepatitis C.
6. Pengambilan makanan atau minuman
Sesetengah virus hepatitis disebarkan melalui makanan dan air, tetapi bukan hepatitis C. Hepatitis A terkenal dengan penyebaran melalui kerang-kerangan, air kotor serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibasuh dengannya.
7. Mempraktikkan seks secara selamat
Jangkitan hepatitis C boleh disebarkan melalui hubungan seksual, terutama seks kasar (ketika vagina atau mukosa dubur berisiko untuk cedera atau tercalar), tetapi risikonya sangat rendah. Dengan mengamalkan seks yang lebih selamat dan memakai kondom dengan betul, risiko jangkitan hepatitis C dari aktiviti seksual adalah sangat rendah.
8. Bersiar-siar menikmati alam semula jadi
Sesetengah orang berfikir sejak nyamuk boleh menghantar malaria dan demam kuning, mereka mungkin boleh menyebarkan HIV dan hepatitis C. Tetapi nyamuk tidak dapat menyebarkan penyakit bawaan darah. Oleh itu, teruskanlah dan jalankan alam semula jadi itu.
9. Menyusukan bayi
Walaupun terdapat sedikit risiko penyebaran hepatitis C kepada bayi semasa hamil, penyusuan susu ibu tidak menyebarkan hepatitis C. Bagaimanapun, anda harus berhenti menyusu sekiranya terdapat luka atau pendarahan puting.
SUMBER
https://www.webmd.com/hepatitis/understanding-hepatitis-prevention
https://www.everydayhealth.com/hepatitis-c/prevention/
https://nyulangone.org/conditions/hepatitis-a-b-c/prevention