Now Reading
Angular Cheilitis – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Angular Cheilitis – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Angular cheilitis

Angular Cheilitis adalah keadaan yang menyebabkan tompok merah dan bengkak di sudut mulut di mana bibir anda bertemu pada hujungnya.

Simptom Angular Cheilitis

Perkara utama yang anda akan perasan adalah keradangan dan sakit pada sudut mulut anda. Salah satu atau kedua-dua sudut mulut anda mungkin juga mengalami simptom seperti:

  • Berdarah
  • Melepuh
  • Pecah
  • Kering
  • Gatal
  • Menyakitkan
  • Merah
  • Bersisik
  • Bengkak

Bibir anda juga boleh terasa kering dan tidak selesa. Kadangkala, bibir dan mulut anda boleh terasa seperti terbakar. Anda juga mungkin terasa pelik di dalam mulut anda.

Sekiranya keradangan adalah teruk, ia boleh menyukarkan anda untuk makan. Ini mungkin menyebabkan anda tidak mendapat nutrien yang mencukupi atau berat badan anda mungkin menurun.

Punca Angular Cheilitis

Terdapat beberapa penyebab Angular Cheilitis. Punca yang paling biasa adalah jangkitan yis akibat air liur. Air liur boleh berkumpul dan terperangkap di sudut bibir, kemudian menyebabkan bibir pecah.

Seseorang mungkin akan menjilat bibir dengan kerap untuk mengurangkan kesakitan atau kekeringan bibir mereka.

Air liur yang berlebihan ini akan terkumpul di sudut mulut, yang bertindak sebagai persekitaran hangat yang sempurna bagi pembiakan kulat seperti ragi. Virus dan bakteria juga boleh menyebabkannya bertambah teruk.

Faktor Risiko Angular Cheilitis

Keadaan ini mungkin berlaku kerana pelbagai sebab, seperti:

  • Memakai pendakap gigi.
  • Memakai gigi palsu yang tidak sesuai.
  • Kerap menjilat bibir.
  • Mempunyai banyak air liur.
  • Gigi bengkok, atau tidak sebaris dengan betul.
  • Mempunyai kulit yang kendur di sekitar mulut disebabkan penurunan berat badan atau peningkatan usia.
  • Menghisap ibu jari anda.
  • Merokok.
  • Tidak mendapat nutrien yang mencukupi, seperti vitamin B atau zat besi.

Menghidap penyakit tertentu juga boleh meningkatkan risiko anda, seperti:

  • Anemia
  • Kanser darah
  • Diabetes
  • Sindrom Down
  • Gangguan imun, seperti HIV
  • Kanser buah pinggang, hati, paru-paru atau pankreas

Diagnosis Angular Cheilitis

Untuk mengetahui sama ada anda menghidap Angular Cheilitis atau tidak, doktor akan memeriksa mulut anda dengan teliti untuk melihat jika terdapat simptom mulut yang pecah, kemerahan, bengkak, atau lepuh.

Beliau juga akan bertanya kepada anda tentang tabiat yang mungkin memberi kesan buruk pada bibir anda.

Keadaan lain (seperti herpes labialis dan erosive lichen planus) boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan Angular Cheilitis.

Untuk memastikan puncanya, doktor mungkin akan mendapatkan sampel daripada sudut mulut dan hidung anda kemudian menghantarnya ke makmal untuk melihat jenis bakteria atau kulat yang membiak di sudut mulut anda.

Rawatan Angular Cheilitis

Ahli dermatologi mungkin dapat memberikan rawatan terbaik bagi masalah ini. Matlamatnya adalah untuk membersihkan jangkitan dan memastikan  kawasan tersebut kering agar kulit anda tidak dijangkiti lagi.

Jangkitan kulat

Doktor akan mengesyorkan krim antikulat seperti:

  • nystatin (Mycostatin)
  • ketoconazole (Extina)
  • clotrimazole (Lotrimin)
  • miconazole (Lotrimin AF, Micatin, Monistat Derm)

Jangkitan bakteria

Doktor akan mempreskripkan ubat anti-bakteria, seperti:

  • mupirocin (Bactroban)
  • asid fusidic (Fucidin, Fucithalmic)

Sekiranya Angular Cheilitis anda tidak terjadi disebabkan jangkitan kulat atau bakteria, doktor anda mungkin mencadangkan anda untuk menggunakan petroleum jelly di kawasan yang terjejas. Ini diperlukan untuk melindungi mulut anda daripada kelembapan sehinggalah luka tersebut dapat sembuh dengan baik.

Sumber:

error: Content is protected !!