Anorexia nervosa adalah gangguan pemakanan yang dikenalpasti dengan berat badan yang terlalu rendah, ketakutan yang ketara akan penambahan berat badan dan persepsi imej diri yang salah. Mereka yang mempunyai anoreksia mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengawal berat dan bentuk badan mereka, dan menggunakan usaha melampau yang cenderung mengganggu kehidupan mereka.
Untuk mencegah penambahan berat badan atau untuk terus menurunkan berat badan, seseorang yang mempunyai anoreksia biasanya menghadkan jumlah makanan mereka. Mereka boleh mengawal pengambilan kalori dengan cara muntah selepas makan atau dengan menyalahgunakan julap, bantuan diet, diuretik atau enema. Mereka juga cenderung mengurangkan berat badan secara berlebihan. Tidak peduli berapa banyak berat badan yang hilang, pesakit tersebut terus takut kenaikan berat badan.
Anorexia menjejaskan kesihatan dan kadang-kadang mengancam jiwa dan memberikan masalah emosi. Apabila anda mempunyai anoreksia, anda sering menyamakan keadaan bentuk badan kurus dengan keyakinan diri.
Anorexia Nervosa seperti gangguan pemakanan yang lain, boleh memberi kesan kepada kehidupan anda dan agak sukar untuk diatasi. Tetapi dengan rawatan, anda boleh mengembalikan rasa tenang mengenai identiti diri anda, kembali kepada tabiat pemakanan yang sihat dan menterbalikkan komplikasi serius anoreksia.
Simptom Anorexia Nervosa
Kelaparan bukan satu-satunya tanda Anorexia Nervosa. Hubungi doktor segera jika anda mempunyai beberapa gejala yang disenaraikan di bawah. Doktor boleh membantu anda kembali ke jalan yang betul dengan rancangan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
• Anda tidak cukup makan, jadi anda kurang berat badan
• Keyakinan diri anda berdasarkan penampilan badan anda
• Anda obses dan risau atas peningkatan berat badan
• Sukar tidur sepanjang malam
• Pening atau pengsan
• Anda tidak lagi mendapat haid anda
• Sembelit
• Jantung anda berdebar-debar secara pelik
• Dehidrasi
• Lengan atau kaki anda bengkak
Tanda Amaran Anorexia Nervosa
Walaupun sebelum anda mengalami gejala Anorexia Nervosa,anda mungkin akan mula menyedari beberapa tanda amaran yang membawa anda ke gejala tersebut termasuk:
• Sentiasa bimbang tentang diet, makanan, kalori dan berat badan
• Anda banyak merungut tentang kegemukkan
• Anda menolak untuk memakan kumpulan makanan seperti karbohidrat
• Anda berpura-pura tidak lapar padahal anda lapar
• Anda masih kekal pada jadual senaman yang rumit
• Anda mengelak dari berkawan dan tidak berminat dalam aktiviti kebiasaan
• Anda menipu tentang jumlah makanan anda
• Anda sentiasa meneliti diri anda di hadapan cermin
• Tidak berkemahuan untuk makan di tempat awam
• Anda memakai pakaian berlapis agar orang tidak nampak keadaan sebenar badan anda
Punca Anorexia Nervosa
Punca sebenar terjadinya Anorexia Nervosa tidak diketahui. Sepertimana kebanyakan ancaman, ia berkemungkinan berpunca dari gabungan factor biologi, fizikal dan persekitaran.
Biologi: Walaupun ianya masih lagi tidak dapat dikenalpasti genetik mana yang telibat, ia mungkin melibatkan perubahan genetik yang membuatkan sesetengah orang berada dalam risiko yang tinggi untuk mengalami Anorexia. Sesetengah orang mungkin mempunyai kecenderungan genetik ke arah kesempurnaan, kepekaan dan ketabahan – semua sifat yang berkaitan dengan anoreksia.
Psikologi: Sesetengah orang dengan anoreksia mungkin mempunyai sifat keperibadian yang obsesif-kompulsif yang menjadikannya lebih tegas untuk mengekalkan diet dan melepaskan makanan walaupun lapar. Mereka mungkin mempunyai kepekaan yang melampau untuk kesempurnaan, yang menyebabkan mereka berfikir mereka tidak menarik. Mereka juga mungkin mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dan melibatkan diri dalam pemakanan yang terhad untuk mengurangkan kebimbangan tersebut.
Kini, persekitaran serta budaya moden barat menekankan p enampilan yang kurus. Kejayaan dan nilai seseorang sering dikaitkan dengan penampilan yang langsing. Tekanan rakan sekerja dapat membantu menambah keinginan untuk menjadi kurus, terutamanya di kalangan gadis muda.
Faktor Risiko Anorexia Nervosa
Anorexia Nervosa lebih biasa di kalangan gadis dan wanita. Walau bagaimanapun, gangguan pemakanan ini di kalangan lelaki muda dan lelaki dewasa semakin meningkat, mungkin berkaitan dengan tekanan sosial.
Anorexia juga lebih menjadi kebiasaan di kalangan remaja. Namun, sesiapapun dan tidak mengira umur boleh mengalami gangguan pemakanan ini, walaupun jarang berlaku pada mereka yang berusia lebih dari 40 tahun. Remaja mungkin lebih berisiko kerana semua perubahan tubuh mereka bermula semasa akil baligh. Mereka juga mungkin menghadapi tekanan rakan sebaya dan menjadi lebih sensitif terhadap kritikan atau komen santai tentang berat badan atau bentuk badan.
Faktor tertentu meningkatkan risiko anorexia nervosa, termasuk:
Genetik. Perubahan dalam genetik tertentu boleh meletakkan orang tertentu pada risiko anorexia yang lebih tinggi. Mereka yang mempunyai saudara terdekat – ibu bapa, adik-beradik atau anak-anak – yang mempunyai masalah ini mempunyai risiko anoreksia yang lebih tinggi.
Diet dan kelaparan. Diet adalah faktor risiko yang boleh menyebabkan gangguan pemakanan. Terdapat bukti yang kuat bahawa banyak gejala anorexia nervosa sebenarnya gejala kelaparan. Kelaparan menjejaskan otak dan mempengaruhi perubahan jiwa, ketegaran dalam pemikiran, kebimbangan dan kurang selera makan. Kelaparan dan penurunan berat badan mungkin mengubah aktiviti otak individu yang lemah, yang mungkin mengekalkan tingkah laku pemakanan yang ketat dan menjadikannya sukar untuk kembali kepada tabiat makan biasa.
Perubahan. Sama ada sekolah baru, rumah atau pekerjaan; perpecahan hubungan; kematian atau penyakit yang dialami oleh orang yang disayangi, perubahan boleh membawa tekanan emosi dan meningkatkan risiko anorexia nervosa.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anorexia-nervosa/symptoms-causes/syc-20353591
https://www.myhealth.gov.my/en/eating-disorders/
https://www.healthline.com/health/anorexia-nervosa
https://www.nationaleatingdisorders.org/learn/by-eating-disorder/anorexia