Sekiranya anda pengguna sosial media yang kerap, anda pasti pernah dengar tentang ASMR kan? Tetapi tahukah anda sebenarnya apa itu ASMR?
ASMR (autonomous sensory meridian response) ialah sensasi yang menenangkan dan perasaan ini bermula di kulit kepala dan bergerak ke bawah badan. Juga dikenali sebagai “urut otak” kerana pemandangan dan suara yang tenang seperti bisikan dan aksen yang digunakan.
Ada beberapa Youtuber yang kini menjadi semakin femes dengan ASMR dan anda boleh ketahui siapa mereka ini. Antaranya adalah Syedot ASMR dan ramai lagi.
ASMR menandakan pengalaman subjektif “euforia kelas rendah” yang dicirikan oleh “gabungan perasaan positif dan sensasi keseronokan statik yang serupa pada kulit”. Ia biasanya dicetuskan oleh rangsangan auditori atau visual tertentu, dan kebiasaanya berlaku dalam keadaan yang amat spontan.
YouTube dan Tiktok adalah platform media sosial untuk banyak trend internet yang tidak jelas. Terdapat saluran yang dikhaskan untuk menghancurkan pelbagai barangan dengan mesin hidraulik, menilai tombol pada alat elektronik, mencampur warna-warna cat untuk melihat apakah yang akan terjadi,dan banyak lagi. Seperti yang disenaraikan di atas, ASMR adalah satu komuniti khusus yang telah menemui tempatnya di YouTube.
Tahukah anda, ASMR juga memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi untuk menghasilkan muzik? Contoh yang paling mudah, pemenang Kategori Artis Terbaik di Anugerah Grammy baru-baru ini, Billie Eilish mempunyai pelbagai bunyi ASMR yang didapati dari keadaan sekeliling dalam lagu terkenalnya, “Bad Guy”. Anda boleh lihat sendiri penjelasan bagaimana Billie Eilish dan abangnya Finneas menceritakan bagaimana mereka menghasilkan lagu tersebut dengan menggunakan pelbagai jenis bunyi untuk menambahkan lagi kesan pada lagu itu sehingga membuatkan ia menjadi lagu nombor 1 di carta Billboard.
Jika anda ingin mencuba untuk membuat asmr ini, anda memerlukan rakaman ASMR yang berkualiti tinggi. Jadi, anda perlu menggunakan mikrofon ASMR sebaik mungkin kerana ia akan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi kerana suara video ASMR adalah elemen penting untuk pengalaman pendengar yang baik. Jadi, apa tunggu lagi? Anda boleh cuba untuk membuat video asmr sekarang!