CIDOS atau Curiculum Information Document Online System adalah sistem pengurusan pembelajaran secara digital yang diguna pakai di politeknik di Malaysia. CIDOS juga bertindak memudahkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
Sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik. Sistem CIDOS Learning management system versi 2.5 telah dinaiktaraf dari sistem CIDOS versi 1.8 untuk penambahbaikkan.
Sistem ini menggunakan rangkaian elektronik seperti internet, LAN atau Wan untuk membolehkan pensyarah menaympaikan maklumat berkaitan, kandungan pembelajaran juga sebagai untuk berinteraski dengan pelajar secara dua hala.
Sistem ini juga bertindak sebagai 1 sistem yang menguruskan dokumen yang bertindak sebagai platform untuk memudahkan penerbitan kurikulum berkaitan maklumat secara digital untuk pensyarah dan pelajar politeknik.
Penggunaan media dalam ePembelajaran atau pembelajaran digital dalam bidang pendidikan telah mula mendapat sambutan. Ini sejajar dengan teknologi yang semakin berkembang pesat dan sangat membantu memudahkan urusan seharian manusia.
Berikutan keadaan wabak Covid-19 di Malaysia berada ditahap yang membimbangkan. Maka pelaksanaan kaedah pembelajaran atas talian ini sangat membantu untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam mengikuti pelajaran.
CIDOS merupakan salah satu contoh kaedah pembelajaran teradun (Blended Learning) secara atas talian yang telah pun menjadi pendekatan pedagogi yang utama untuk semua IPTA dan kebanyakkan Politeknik. Ini sangat bertepatan dengan perkembangan teknologi abad 21.
Sistem ini berupaya menjadikan pensyarah dan pelajar untuk menjadi lebih kreaftif dalam menyebarkan ilmu selain hanya fokus kepada pembelajaran dalam bilik kuliah semata. Ini secara tidak langsung menjadikan pendidikan itu sesuatu yang menyeronokkan.
Kini, proses pembelajaran menjadi lebih fleksibel yang mana ia boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dan walau dimana jua.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan beberapa perkara berkaitan CIDOS untuk anda sebagai pembaca terokai. Ia satu bentuk pendedahan yang akan membuatkan anda lebih terbuka untuk menerima sistem ini dalam bidang pendidikan.
Fungsi CIDOS
Sistem CIDOS ini telah dinaiktaraf kepada sistem yang lebih baik lagi dibawah versi LMS 2.5. Sistem ini mempunyai fungsinya yang tersendiri bertujuan untuk memudahkan pensyarah dan pelajar bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran dan kokurikulum.
Berikut adalah beberapa fungsi CIDOS:
- Membolehkan dan memudahkan pelajar untuk memuatturun nota pelajaran
- menjawab dan menghantar kuiz secara online
- Membuat dan menghantar tugasan kerja secara online
- Membolehkan untuk berkomunikasi atau berinteraksi antara pensyarah dan pelajar secara online seperti forum, chat dan sebagainya
- Membolehkan para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara online walau dimana jua tanpa sempadan
- Membolehkan para pelajar dan pensyarah untuk membuat perbincangan tanpa batasan masa, jarak dan waktu.
- Boleh dijadikan sistem ini sebagai laman untuk menambahkan lagi informasi tambahan yang berkaitan dengan pembelajaran selain memudahkan proses pembelajaran mereka
- Diharapkan dapat membantu merangsang pelajar yang pasif kepada pelajar yang lebih aktif sepanjang menggunakan sistem ini
Cara login CIDOS
Bagi anda yang mahu daftar masuk atau login ke portal CIDOS anda boleh lah merujuk kepada cara-cara yang dinyatakan dibawah ini.
- Anda perlulah melayari laman web CIDOS di pautan ini untuk mengakses portal : http://cidos.edu.my/login/auth
- Kemudian klik pada ikon Pengguna untuk daftar/log masuk ke portal. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda dan kemudia klik “login”
- Seterusnya, klik pula pada ikon “Online Services” dan kemudia klik pada ikon “LMS’
- Akir sekali paparan akan menunjukkan Modul Dashboard
Cara menggunakan CIDOS
Bagi membolehkan anda menggunakan CIDOS ini, anda perlulah login CIDOS terlebih dahulu.
Berikut adalah langkah-langkah cara penggunaan CIDOS:
Menyemak Profil:
- Lihat pada profil anda disebelah kanan atas kemudian klik anak panah ke bawah
- Kemudian klik pada butang “PROFIL” dan “PREFERENCES”
- Anda akan nampak profil anda terpapar di skrin anda
Cara tambah kursus baru:
- Rujuk perkataan NAVIGATION > COURSES dan kemudian klik
- Kemudian pada “Manage Courses and Categories” senarai kursus akan tertera
- Klik pula pada ikon “Create New Course”, dan borang untuk membuat kursus baru akan dipaparkan
- Akhir sekali, isi borang yang anda perlukan dan kemudian klik pada ikon “Save and display”. Pada halaman ini, kursus anda akan dipaparkan
Terlupa kata laluan:
- Anda boleh menggunakan “password reset” sekiranya anda terlupa kata laluan anda.
- Klik butang login, kemudian pilih “Forgot Password” dan anda perlu ikuti sahaja pada arahan yang diberikan.
- Sekiranya tiada alamat emel yang didaftarkan anda boleh terus menghubungi pihak UICT (Admin CIDOS PKS) untuk reset password anda
Untuk makluman, sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut anda bolehlah layari pautan ini : http://cidos.edu.my/
Senarai Politeknik
Dibawah merupakan senarai politeknik yang menggunakan sistem ini, antaranya ialah:
- Politeknik Balik Pulau (PBU)
- Politeknik Mukah Serawak (PMU)
- Politeknik Merlimau Melaka (PMM)
- Politeknik Mersing Johor (PMJ)
- Politeknik Sultan Mizan Zinal Abidin (PSMZA)
- Politeknik Port Dickson (POLI PD)
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
- Politeknik Seberang Perai (PSP)
- Politeknik Kuching Sawarak (POLIKU)
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
- Politeknik Kota Kinabalu (POLIKK)
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
- Dan lain-lain lagi
Penutup
Sekian sahaja perkongsian kami untuk anda berkaitan CIDOS ini. Diharapan pendedahan ini dapat memberikan anda serba sedikit mengenai system CIDOS INI.
Moga pembelajaran secara atas talian ini dapat memudahkan pihak pengajar dan para pelajar selain sebagai untuk anda jadikan artikel ini sebagai panduan atau rujukan dimasa hadapan kelak.
SUMBER:
https://www.portalmalaysia.com/cidos/
https://kekandamemey.com/cidos.html
http://mekanikaldmp16.blogspot.com/2017/01/minggu-kedua-cara-penggunaan-cidos.html?m=1