Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau leboh dikenali sebagai KWSP telah memperkenalkan i-Akaun bagi memudahkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian(online) tanpa perlu pergi ke pejabat mereka. Aplikasi mudah alih di telefon pintar ‘i-Akaun’ juga telah diperkenalkan pada tahun 2014
Jika anda Ahli KWSP anda disarankan untuk memiliki i-Akaun bagi mendapatkan akaun KWSP online pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan ini. Jika anda pertama kali, anda perlu mendaftar di cawangan KWSP ataupun Kiosk KWSP yang berhampiran untuk membuat permohonan dan mengaktifkan i-akaun. Jika selesai membuat pendaftaran, anda perlu mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari.
Apa itu i-Akaun?
IAkaun ini merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Jika anda memiliki akaun ini, anda serta majikan boleh menggunakan perkhidmatan atas talian yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Ahli atau Majikan boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet samaada peranti telefon bimbit atau di komputer.
Syarat untuk mendaftar I-Akaun.
Anda layak untuk mendaftar jika anda ialah Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah serta Majikan yang mempunyai nombor KWSP(i-akaun Majikan) yang sah.
Cara daftar sebagai Ahli.
- Daftar melalui pejabat atau kiosk KWSP.
- Dapatkan ID dan Kata Laluan sementara di pejabat mereka, selepas pendaftaran ahli akan menerima kata laluan melalui sms untuk pengaktifan i-Akaun.
- Layari laman web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun( muat turun dahulu)
- Log Masuk di tab menu dan pilih i-Akaun (Ahli)
- Masukkan No Ahli yang anda terima di ruangan ID pengguna dan tekan Teruskan
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang diberi menerusi SMS dan Log Masuk
*NOTA: Pengaktifan wajib dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada checkbox dan tekan Seterusnya
- Buat ID pengguna yang baru di ruangan ID Pengguna
- Buat juga kata laluan yang baru
- Jika selesai kemaskini ID dan Kata laluan, pilih imej Online
- Sila isi Frasa Rahsia selepas itu tekan Seterusnya
- Jika berjaya skrin pengaktifan akan ditunjukkan sebagai paparan. Pengguna boleh terus login ke i-Akaun, sama ada di web mereka atau applikasi i-Akaun.
- Pendaftran melalui emel, telah diperkenalkan ketika PKP.
Alamat emel mereka ialah: iakaundaftar@epf.gov.my
- Muat turun borang pendaftaran i-Akaun KWSP (Ahli).
- Lampiran Kad Pengenalan depan dan belakang; dan
- Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad anda; dan
Bukti pemilikan nombor telefon Ahli anda (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
Screenshot penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar
- Salinan buku Penyata Akaun Bank Simpanan semasa(ahli) anda yang masih aktif.
- Sekiranya pengesahan berjaya, anda akan:
Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara yang diberi menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli),
Langkah seterusnya anda(ahli) perlulah mengemaskini kata laluan yang baru.
Lupa kata laluan? Jangan risau.
Sekiranya anda terlupa kata laluan i-akaun KWSP, sila ikuti panduan yang kami disediakan dibawah:
- Layari Laman Web rasmi KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Log masuk dan pilih i-Akaun (Ahli)
- Sila tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?
- Kemudian, tekan bantuan yang anda perlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau Nombor KWSP
- Seterusnya tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC anda
- Nombor TAC anda akan diberi melalui SMS, kemudian masukkan saja Nombor TAC itu ke ruang yang disediakan.
- Buat Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad dan nombor (contoh: qwert123)
- Seterusnya Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar dan selesai.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun KWSP ini, sila rujuk pautan di bawah atau hubungi KWSP di talian berikut:
No Telefon: 03-8922 6000
FB: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Laman Web Rasmi: Portal Rasmi KWSP atau; https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Jadi sekiranya anda belum mendaftarkan i-Akaun KWSP anda, bolehlah anda mengikuti cara yang telah kami kongsikan. Semoga bermanfaat!
SUMBER :