Kapas muka atau cotton pad adalah sejenis pad yang diperbuat daripada kapas digunakan untuk tujuan kosmetik. Ia digunakan semasa menggunakan toner atau menanggalkan sebarang solekan di muka.
Adakah anda tahu bahawa semua kapas muka adalah tidak sama? Kapas muka yang digunakan untuk menghidratkan kulit seperti toner dan essence perlu dipilih dengan betul agar kulit mendapat hasil seperti yang kita inginkan.
Ini kerana, sesetengah kapas muka yang tidak berkualiti akan hancur ketika digunakan bersama cecair. Boleh jadi toner lebih menyerap ke dalam kapas muka berbanding meresap dengan baik ke dalam kulit muka.
Ada juga sesetengah kapas muka yang memiliki tekstur kasar dan diperbuat dari bahan kimia berbahaya yang boleh merengsakan kulit terutamanya kulit sensitif. Jika anda menginginkan kapas muka, sebaiknya pilih kapas muka yang terbaik.Kita semua bersetuju bahawa penjagaan kulit meliputi pelbagai aspek dan ianya sangat kompleks.
Ia bukan sahaja bergantung kepada produk apa yang kita pilih, malah boleh memberikan impak yang besar terhadap kulit sekiranya kita menitikberatkan sekecil-kecil perkara dalam penjagaan kulit.
Yang paling penting adalah kita perlu mengikut turutan produk dengan cara penggunaan yang betul. Ia sekaligus dapat membantu memperbaiki tekstur kulit dengan lebih baik dari semasa ke semasa.
Ramai orang tidak teragak-agak untuk membeli produk yang terbaik dan peralatan alat seperti berus alat solek atau alat urut muka dengan harga yang mahal, tetapi ramai tidak sedar bahawa salah satu objek yang paling banyak digunakan untuk penjagaan kulit adalah kapas muka.
Kapas muka boleh jadi perkara yang agak melecehkan sekiranya kita masih tidak faham konsep dan bagaimana ia berfungsi. Tetapi, perlu ditekankan bahawa pilihan yang tepat, penggunaan yang betul dan kualiti kapas muka sangat memberikan kesan yang ketara pada kulit anda.
FUNGSI KAPAS MUKA YANG SESUAI DENGAN KEGUNAANNYA
Kapas muka yang terbaik adalah kapas muka yang dapat membantu dalam proses penggelupasan dengan lembut dan membersihkan muka dari sebarang kotoran. Oleh itu terdapat beberapa fungsi dan bentuk kapas muka yang sesuai untuk boleh digunakan.
1. Membuang kotoran di muka
Kapas muka boleh digunakan dengan cecair penanggal solekan seperti micellar water. Ada 2 jenis kotoran iaitu kotoran yang berasaskan minyak seperti makeup, sunscreen & sel-sel kulit mati yang terkumpul dan kotoran yang berasaskan air seperti peluh, kotoran dan debu.
Bentuk kapas muka yang sesuai digunakan adalah jenis empat segi dan berbentuk bulat. Ia bertekstur lembut, bebas serat dan berkualiti tinggi untuk digunakan ketika membuang sisa kotoran terutama di bahagian mata.
2. Pengganti botol toner yang besar
Jika kulit sensitif, anda boleh cuba merendam beberapa kapas muka ke dalam toner dan diletakkan di dalam ziplock dan anda boleh menggunakannya bila-bila masa tanpa perlu membawa botol toner kemana-mana. Lebih ringan dan efektif.
Sama juga keadaannya sekiranya ada ingin membuang solekan, anda boleh merendamkannya ke dalam micellar water. Jadi, selepas ini tidak perlulah bawa botol yang berat lagi!
Bentuk kapas muka yang dicadangkan adalah jenis empat segi kerana ia lebih meresap dengan baik.
3. Dijadikan sebagai topeng muka dan mata
Anda boleh jadi kreatif dengan membuat topeng muka DIY. Caranya, hanya rendamkan kapas muka ke dalam toner atau essence, kemudian tepekkan sahaja kapas muka di setiap bahagian muka seperti pipi, dahi, hidung dan dagu.
Oh ya, jangan lupa letakkan juga di bawah mata ya. Ini dapat membantu penyerapan produk dengan lebih baik. Biarkan sahaja selama 10- 15 minit.
4. Membantu membuang blackheads, whiteheads dan sel kulit mati
Kapas muka tidak boleh berfungsi dengan sendirinya, namun jika anda pandai memadankan dengan produk yang lain ianya boleh jadi yang terbaik. Jika anda melakukan teknik ‘Double-Cleansing’ menggunakan Cleansing Oil.
Selepas mengurut muka selama 15 minit, ambill beberapa helai kapas muka dan sapu ke arah bahagian muka yang mempunyai whiteheads. Cuba lihat di kapas muka, hasilnya sangat memuaskan kerana ia membantu mengeluarkan whiteheads dan blackheads yang degil!
Kesemua di atas ini adalah antara sebab kenapa kapas muka memainkan peranan sangat penting dalam penjagaan kulit.
Guna toner dengan tangan sahaja tidak cukup, kita perlu juga menggunakan kapas muka supaya kulit betul-betul berada dalam keadaan yang bersih dan memuaskan.
Jadi, jangan ragu-ragu untuk memasukkan kapas muka sebagai salah satu alat ke dalam keperluan kulit anda. Okay?
TIPS UNTUK MEMILIH KAPAS MUKA DENGAN BETUL
- Elakkan membuat pembelian di kedai yang murah kerana besar kemungkinan teksturnya terlalu nipis dan kasar yang boleh merosakkan kulit anda atau tebal sehingga menyerap keseluruhan toner. Jadi, membazir!
- Kapas muka terbaik mempunyai tekstur yang lembut untuk membuang sel-sel kulit mati dengan baik, tebal dan mempunyai lapisan yang cukup supaya boleh dijadikan sebagai topeng muka DIY dan cukup lembut untuk menghilangkan solekan ketika direndam dengan micellar water.
CARA MENGGUNAKAN KAPAS MUKA
Rutin penjagaan kulit dalam masa 30 saat:
- Cuci muka seperti biasa.
- Ambil kapas muka dan rendam dalam toner atau tuang toner dalam kuantiti yang sedikit pada kapas muka.
- Sapu dengan lembut pada wajah anda. Pastikan anda tidak menyapu dengan kasar ketika menyentuh muka.
- Luangkan sedikit masa di kawasan yang tertentu iaitu bahagian yang mempunyai jerawat, gosokkan dengan gerakan bulat.
- Buang kapas muka jika mulai mengembang dan ikuti dengan rutin yang seterusnya.
- Kadang-kadang rutin sabun dan air yang sederhana tidak mencukupi untuk mengatasi semua kotoran yang kotor. Di situlah pentingnya kombinasi antara toner dan kapas muka untuk membersihkan kulit.
TIPS EKSTRA
Peringatan: Kita tak akan mendapat hasil yang cepat hanya dalam satu malam, tetapi anda akan mendapati serum dapat menyerap dengan lebih baik, kulit tidak lagi kusam dan tona kulit lebih cerah dan sekata.
Jika anda mendapati kulit berada dalam keadaan kemerah-merahan atau iritasi, ia menunjukkan tanda-tanda over-exfoliate.
Sekiranya ini berlaku, cuba semak semula berapa kerap anda menggunakan produk penggelupasan dalam tempoh seminggu dan berhenti sekiranya perlu sehingga kulit kembali pulih seperti sedia kala.
5 KAPAS MUKA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
Ini adalah antara senarai kapas muka yang terbaik yang boleh dicari sebelum membeli kapas muka.
1. Shiseido Facial Cotton
Kapas muka ini adalah sangat lembut dan ia berkesan dengan mengekalkan kepekatan toner menembusi ke dalam kulit anda. Kapas muka jenama ini juga tidak senang dikoyak dan sangat mudah digunakan.
2. Muji Cotton (bersifat Organik & Bebas bahan kimia)
Ia tidak mudah terlerai kerana diperbuat dari gentian kapas yang lembut dan panjang. Sangat mudah dicerakinkan mengikut lapisan demi lapisan.
3. Daiso Cotton Puff
Kapas muka Daiso 100% diperbuat dari kapas tulen yang benar-benar neutral. Kapas muka ini mempunyai 2 bahagian yang lembut dan meresap dengan baik.
Boleh digunakan untuk menghilangkan cat pada kuku atau menggunakannya dengan toner atau membersihkan muka.
4. Watsons Non-Woven Facial Puffs
Diperbuat 100% daripada kapas dan sesuai untuk semua jenis kulit. Mempunyai lapisan yang baik.
Terbaik ketika menggunakannya ketika membuang solekan, sel-sel kulit mati dan menggunakannya dengan toner.
5. Naruko Facial White Iluminating Cotton Pads
Kapas muka ini mempunyai dua lapisan yang bertekstur lembut dan membantu dalam prose penggelupasan kulit. Ia sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan penggunaan harian.
Sesuai digunakan ketika melakukan kaedah penggelupasan sel kulit mati atau ketika membuang blackheads, whiteheads untuk produk rawatan kecantikan.
Sekarang anda sudah jelas tentang apa itu kapas muka, fungsi dan penggunaannya. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh memilih jenis kapas muka seperti yang kulit anda mahukan.
Sumber:
https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/cotton-pads-for-face#The-30-second-beauty-routine
https://www.wishtrend.com/glam/why-use-cotton-pad-for-toner-application
http://(3) https://teddychua.com/2018/01/06/top-5-facial-cotton-pads/