Now Reading
Apa yang Anda Boleh Jumpa di Portal MKN?

Apa yang Anda Boleh Jumpa di Portal MKN?

mkn

MKN atau Majlis Keselamatan Negara adalah sebuah agensi peneraju menyelaras dasar berkaitan keselamatan sedari penubuhannya pada 1971. Punca kuasa MKN adalah Arahan MKN No. 1.

Ia bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menerangkan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara.

Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berhubung-kait dengan keselamatan negara dan hala tuju hal-hal keselamatan. Struktur dan mekanisme keselamatan ini juga diaplikasikan di peringkat negeri, daerah dan kampung.

Pada 11 Mac 1982, Arahan MKN No 12: Pemerintahan dan Kawalan Perkara-Perkara Keselamatan iumumkan bagi menggantikan Arahan No.9 dan Arahan MKN No 1: Mengenai Penubuhan Majlis Keselamatan Negara.

Arahan MKN No. 12 ini adalah Arahan utama terpakai sehingga sekarang dengan ditunjang oleh beberapa arahan lain bersandarkan kepada keperluan semasa.

Majlis Keselamatan Negara(MKN)

KORPORAT

Visi dan Misi MKN

  • Visi: Malaysia Sebagai Negara yang Aman Sejahtera dan Berdaulat
  • Misi: Meneraju Penggubalan Dasar dan Pengurusan Keselamatan Negara Secara Komprehensif, Bersepadu dan Berkesan

Pengurusan Tertinggi MKN

KPKN – Ketua Pengarah Keselamatan Negara

TKPKN –Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan)

TKPKN (KS) – Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik)

Objektif Strategik MKN

  1. Peneraju pengurusan keselamatan negara
  2. Pemeliharaan hak-hak kedaulatan dan kepentingan strategik negara
  3. Pemeriksaan Ketahanan Nasional
  4. Penggerak Utama Komuniti Keselamatan Negara
  5. Peningkatan Kolaborasi dan Perkongsian Siber
  6. Pemantapan Kapasiti dan Kompetensi Organisasi

Nilas Teras MKN

  • Kepemimpinan strategik
  • Profesionalisme
  • Kesiapsiagaan
  • Semangat berpasukan
  • Beriltizam
  • Intergriti

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) MKN

Berikut merupakan tugas-tugas sebagai seorang Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik):

  • Membantu Ketua Pengarah Keselamatan Negara MKN dalam menjalankan tugas-tugas membabitkan keselamatan termasuk keselamatan ICT.
  • Menyelaras logistik DKICT MKN, pengurusan risiko dan pengauditan.
  • Menentukan keperluan keselamatan ICT.
  • Mengetuai Mesyuarat JPICT MKN.
  • Memberi komitmen ke atas perkara-perkara yang berhubung-kait dengan keselamatan ICT MKN.
  • Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program keselamatan ICT.

MKN DAN COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan

Langkah-langkah khas yang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan diteruskan.

SOP Perintah Kawalan Pergerakan

Soalan Lazim Mengenai PKP

Talian Hotline COVID-19 Agensi Kerajaan

Talian Hotline COVID-19 Agensi Kerajaan - Laman Web MKN

10 Langkah Mudah Kesedaran Siber

Akta Majlis Keselamatan 2016

Penyelidikan Saintifik Marin

Semua pemohon yang ingin menjalankan aktiviti penyelidikan di Zon Ekonomi Eksklusif perlu menbuat permohonan terus ke Majlis Keselamatan Negara untuk penelitian mereka. Permohonan ini perlulah dihantar sekurang-kurangnya enam (6) sebelum penyelidikan dijalankan.

Rujukan-rujukan berkaitan kepada Penyelidikan Saintifik Marin:

  1. Definisi Zon Ekonomi Eksklusif
  2. Akta Ekonomi Eksklusif 1984
  3. United Nation Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS 1982)

Klik di sini untuk memuat turun borang permohonan. Sila emel borang yang lengkap kepada bkkm@www.mkn.gov.my.

Prosedur Tapisan Keselamatan Perunding Asing

Surat rasmi berhubung kait dengan Jabatan/Agensi permohonan untuk prosedur tapisan keselamatan perunding asing dan dihantar kepada:

Setiausaha,

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Aras LG, Blok Barat

Bangunan Perdana Putra

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 W.P. Putrajaya

  1. Satu salinan passport perunding asing (individu yang dilantik); dan
  2. Curriculum Vitae (C.V) perunding asing

Makluman: setiap permohonan prosedur tapisan keselamatan perunding asing mengambil masa sekitar dua (2) minggu hingga empat (4) minggu untuk diproses.

Dasar Keselamatan Negara

Sila klik pautan di bawah:

  1. Dasar Keselamatan Negara
  2. National Security Policy

Muat Turun Dokumen

Sila klik pautan di bawah:

Buku Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Akta MKN

Dasar Keselamatan Negara

APLIKASI MYSEJAHTERA

Apakah itu Aplikasi MySejahtera?

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menumbang bantuan dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membenarkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Di samping itu, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperoleh maklumat awal untuk mengambil tindakan segera dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan akses untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan lantas  menangani wabak COVID-19;
  • Membantu individu memahami tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
  • Membantu individu memperoleh bantuan kesihatan dan tindakan yang harus diambil jika dijangkiti COVID-19; dan
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?

Terdapat dua kategori pengguna bagi aplikasi ini, iaitu:

  1. Pentadbir aplikasi di KKM; dan
  2. Rakyat Malaysia dan semua warga asing yang tinggal di Malaysia.

MySejahtera dan MKN

mkn

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan gambaran jelas terhadap undang-undang untuk fasa yang seterusnya di dalam Pelan Pemulihan Negara berkenaan isu COVID-19.

Pihak kerajaan berkata bahawasanya perintah berkurung Fasa 1 bakal disambung sehingga standard Fasa 2 selesai dibentuk.

“Fasa terakhir akan membenarkaan kita semua untuk kembali ke norma kehidupan seharian, di mana hampir kesemua sektor akan dibenarkan untuk beroperasi semula dan tertakluk kepada SOP yang ada” kata Ismail Sabri Yaakob, mentrei kanan pertahanan di sidang media baru-baru ini.

KEMASKINI 31 JAN 2022: TALIAN HOTLINE & WAKTU OPERASI BAHARU CPRC KKM -  Laman Web MKN

Oleh itu, sama-samalah kita terus patuh kepada SOP dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial. Kita jaga kita, bersama untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Sumber:

https://www.mkn.gov.my/?v=1

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/06/27/lockdown-rules-for-phases-2-and-3/

error: Content is protected !!