Ia adalah sejenis kanser yang bermula daripada sel-sel yang melawan penyakit dalam sistem imun badan, dipanggil lymphocytes. Sel-sel ini boleh didapati pada kelenjar limfa, limpa, timus, sum-sum tulang dan bahagian lain dalam badan. Apabila seseorang itu mengidap kanser limfoma, sel-sel lymphocytes menghadapi perubahan dan berkembang tanpa kawalan.
Terdapat dua kategori kanser limfoma. Kanser limfoma Hodgkin dan kanser limfoma bukan-Hodgkin melibatkan jenis sel-sel lymphocyte yang berbeza. Setiap sel lymphoma berkembang pada kadar yang berbeza, begitu juga tindakbalas yang berbeza pada rawatan yang dilakukan. Kebanyakan mereka yang mengidap kanser limfoma ini terdiri dalam kategori Non-Hodgkin.
Barah jenis ini bagaimanapun boleh dirawat, dan hasil keberkesanannya bergantung pada kategori kanser limfoma dan tahap yang dihidap. Doktor akan membantu mendapatkan rawatan yang sebaiknya untuk pesakit, bergantung kepada kategori barah yang dihidap dan tahap kanser itu.
- Kanser limfoma berbeza dengan kanser darah. Kedua-dua kanser ini disebabkan oleh sel-sel yang berlainan.
- Kanser limfoma bermula daripada sel yang menyerang penyakit lymphocytes
- Kanser darah pula bermula daripada sel pembentukan darah yang terdapat dalam sumsum tulang.
- Kanser limfoma juga tidak sama seperti lymphedema, iaitu pengumpulan cecair yang terhasil dalam tisu badan apabila sistem limfa terjejas atau tersumbat.
Punca Limfoma (Lymphoma)
Ramai saintis masih tidak mengenalpasti akan punca barah limfoma dalam kebanyakan kes perubatan. Namun, anda berisiko menghidap barah ini jika:
- Anda berada dalam lingkungan usia 60 dan ke atas untuk kanser limfoma non-Hodgkin
- Anda berada antara usia 15 hingga 40 atau lebih 55 tahun untuk kanser limfoma Hodgkin
- Anda adalah golongan lelaki, meskipun jenis kanser limfoma sekunder lebih dihidapi oleh kaum wanita
- Mempunyai sistem imun badan yang lemah akibat kesan daripada penyakit HIV/AIDS, pemindahan organ, ataupun anda dilahirkan dengan penyakit imun
- Mengidap penyakit autoimun sistemik seperti Artritis Rheumatoid, sindrom Sjogren, Lupus atau penyakit seliak (Celiac disease)
- Pernah dijangkiti virus seperti Epstein-Barr, hepatitis C, barah darah human T-cell/lymphoma (HTLV-1)
- Mempunyai keluarga yang mengidap kanser limfoma
- Terdedah pada benzene atau bahan kimia yang digunakan dalam racun serangga
- Pernah menerima rawatan perubatan yang disebabkan oleh kanser limfoma Hodgkin atau non-Hodgkin
- Pernah menerima rawatan perubatan akibat terdedah pada radiasi
Tanda-tanda amaran simptom kanser limfoma termasuk:
Bengkak pada kelenjar (nod limfa), selalunya pada bahagian leher, ketiak, atau pangkal paha yang biasanya tidak mempunyai rasa sakit
- Batuk
- Sukar bernafas
- Demam
- Berpeluh pada waktu malam
- Keletihan
- Hilang berat badan
- Kegatalan
Bagaimanapun, kehadiran simtom-simtom ini juga berkemungkinan anda mengidap penyakit yang lain. Oleh itu, sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sama ada menghidap kanser limfoma ataupun penyakit lain.
Diagnosis Limfoma
Sebelum membuat sebarang ujian, doktor akan mendapatkan maklumat seperti:
- Bagaimanakah tahap kesihatan anda sekarang?
- Bilakah anda mula mengesan perubahan pada tubuh badan?
- Adakah anda merasa sakit? Jika ya, di bahagian mana?
- Bagaimana dengan selera makan anda?
- Adakah anda hilang berat badan?
- Anda ada sering rasa penat dan lemah tubuh badan?
- Apakah masalah perubatan yang anda hadapi sekarang dan rawatan yang dilakukan?
- Apakah sejarah penyakit yang pernah dihidapi termasuk keadaan sakit serta rawatan perubatan yang dilakukan?
- Apakah sejarah penyakit yang pernah dihidapi oleh generasi keluarga yang terdahulu?
Doktor akan melakukan pemeriksaan fisikal, termasuk memeriksa jika adanya bengkak pada nod limfa. Simtom yang dihadapi tidak bermaksud anda menghidap kanser. Kebanyakan yang dihadapi adalah jangkitan-yang tidak berkaitan dengan barah-yang menyebabkan kebengkakkan pada nod limfa.
Anda juga boleh melakukan biopsi pada nod limfa untuk mengesan jika adanya sel kanser. Untuk melakukan pemeriksaan biopsi, doktor akan memindah semua atau sebahagian nod limfa, atau mengguna jarum untuk mengambil sedikit tisu pada bahagian yang terkesan pada nod limfa.
Anda juga boleh melakukan salah satu daripada pemeriksaan di bawah untuk membuat diagnosis, mengesan tahap atau mengurus kanser limfoma:
-
Pengambilan sumsum tulang atau biopsi
Dengan menggunakan jarum, doktor akan mengambil cecair atau tisu dalam sumsum tulang-iaitu bahagian yang mampung dalam tulang yang menghasilkan sel darah merah untuk mencari kehadiran sel limfoma.
-
X-ray dada
Menggunakan radiasi pada tahap rendah, ia akan menghasilkan imej bahagian dalam dada.
-
MRI
Menggunakan magnet berkuasa tinggi dan gelombang radio untuk menghasilkan imej organ dan struktur dalam tubuh badan.
-
Imbasan PET
Mengguna bahan radioaktif untuk mencari sel barah dalam badan.
-
Ujian Molekul
Ujian ini akan mengesan sebarang perubahan pada gen, protein dan bahan yang terkandung dalam sel barah untuk memudahkan doktor membuat pengesahan kategori kanser limfoma yang anda hidapi.
-
Ujian darah
Ia akan mengesan sejumlah sel tertentu, tahap atau kehadiran bahan dalam sel, atau bukti kehadiran jangkitan dalam darah.
– Soalan-soalan yang boleh ditanyakan pada doktor jika anda menghidap kanser limfoma:
- Apakah kategori kanser limfoma yang dihidapi?
- Pada tahap berapakah kanser yang dihidapi?
- Pernahkah doktor mempunyai pengalaman merawat pesakit kanser limfoma?
- Apakah rawatan yang sesuai untuk dilakukan?
- Bagaimanakah kesan yang bakal dihadapi dengan rawatan yang dilakukan?
- Apakah yang dapat membantu sepanjang mendapatkan rawatan perubatan?
- Adakah terdapat rawatan percuma yang boleh diambil bersama rawatan sedia ada?
- Apakah perkara yang perlu dielakkan?
Rawatan Limfoma
Rawatan perubatan yang perlu diambil bergantung pada kategori kanser limfoma dan tahapnya.
Rawatan perubatan yang paling utama untuk kanser limfoma non-Hodgkin adalah:
- Kemoterapi, yang mengguna ubat dadah untuk membunuh sel-sel barah
- Terapi radiasi, yang mengguna sinar tenaga-berkuasa tinggi untuk membunuh sel-sel barah
- Imunoterapi, yang mengguna sistem imun badan untuk menyerang sel-sel barah
- Sasaranterapi, yang menyasarkan sel limfoma untuk emngelakkan tumbesaran sel-sel barah
Rawatan perubatan utama untuk kanser limfoma Hodgkin adalah:
- Kemoterapi
- Terapi radiasi
- Imunoterapi
Jika kesemua rawatan perubatan ini tidak berkesan, anda boleh membuat pemindahan sel stem. Langkah pertama adalah anda akan diberikan dos tinggi sewaktu kemoterapi. Rawatan ini membantu membunuh sel-sel barah tetapi dalam masa sama menjejaskan sel stem dalam sumsum tulang yang membentuk sel darah baru. Selepas kemoterapi, barulah jalani pemindahan sel stem untuk menggantikan sel-sel yang telah hilang.
Terdapat dua jenis pemindahan sel stem yang boleh dilakukan:
- Pemindahan autologous mengguna sel stem sendiri
- Pemindahan allogeneic mengguna sel stem daripada penderma
Bagaimana untuk menjaga diri sendiri?
Rawatan perubatan kanser limfoma boleh menyebabkan kesan sampingan. Bincang dengan pegawai perubatan yang merawat anda tentang cara-cara melegakan simtom-simtom kesan sampingan ini.
Juga bertanyakan kepada doktor anda mengenai perubahan yang perlu dilakukan pada diet harian dan pergerakan senaman yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit sewaktu menjalani rawatan perubatan. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar diet jika mempunyai masalah dalam pengambilan makanan yang sesuai untuk anda.
Aktiviti senaman seperti berjalan atau berenang mampu menghilangkan rasa letih dan membantu mendapatkan rasa tenang sewaktu menjalani rawatan perubatan seperti kemoterapi dan radiasi. Anda juga boleh mencuba terapi sebagai sebahagian aktiviti harian seperti berehat, biofeedback atau imaginasi dalam kawalan yang membantu menghilangkan rasa sakit.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lymphoma/symptoms-causes/syc-20352638
https://www.medicalnewstoday.com/articles/146136