Glucometer
Glucometer adalah peranti perubatan yang mengukur kepekatan gula (glukosa) di dalam darah manusia. Glucometer adalah alat untuk memantau gula dalam darah dari rumah oleh individu yang menghidapi Diabetes Melitus Jenis 1 atau Jenis 2.
Glucometer memberikan hasil yang cepat, membolehkan pesakit diabetik untuk mengetahui sama ada tahap glukosa adalah lebih tinggi daripada diperlukan, lebih rendah daripada disangka atau dalam tahap yang boleh diterima.
Terdapat banyak jenama dan model glucometer yang berbeza dalam saiz, fungsi dan kemudahan penggunaan yang berbeza. Untuk individu yang pertama kali menggunakannya, penting untuk menggunakannya dengan betul daripada kemudahan penggunaan. Hasil glukosa yang salah boleh jadi berbahaya untuk anda.
Siapa yang sepatutnya menggunakan glucometer?
Jika anda mempunyai diabetes jenis 1, jenis 2, diabetes autoimun terpendam di kalangan dewasa (LADA) atau didiagnosiskan dengan diabetes gestasi ketika hamil, rancangan rawatan selalunya memerlukan anda memeriksa tahap glukosa dalam darah dengan glucometer.
Penggunaan glucometer yang kerap boleh membantu anda :
- Memeriksa bagaimana anda mengawal gula dalam darah dan sama ada ia tinggi atau rendah
- Mengenali corak tahap bila anda mempunyai tahap glukosa yang tinggi atau rendah
- Melihat bagaimana tahap glukosa bertindak balas selepas bersenam atau ketika berada dalam keadaan tertekan
- Memerhati kesan ubat diabetes dan terapi lain
- Menilai seberapa jauh anda mencapai matlamat tertentu dalam rawatan anda
Prosedur untuk mengukur gula dalam darah
- Menyediakan bahan – bahan yang perlu sebelum bermula : Glucometer, jalur ujian, kapas kesat alkohol dan jarum lanset. Pastikan glucometer berfungsi dengan baik dengan bateri yang telah dipasang dan berada di permukaan yang rata.
- Buka bekas jalur ujian atau tanggalkan jalur daripada kepingan aluminium jika jalur dipaket secara individu. Masukkan strip baru ke dalam lubang unit.
- Pastikan kod kalibrasi pada jalur adalah sama dengan glucometer.
- Basuh tangan anda dulu atau gunakan kapas kesat alkohol untuk membersihkan jari anda. Jika anda menggunakan alkohol, biarkan ia kering dahulu sebelum anda mencucuk jari anda.
- Gunakan jarum lanset yang baru untuk mencucuk pada bahagian sisi hujung jari anda untuk rasa yang kurang sakit.
- Hidupkan glucometer (sesetengah model hidup dengan sendiri secara automatik sebaik sahaja jalur ujian dimasukkan). Pastikan nombor kod ujian kelihatan pada paparan sama seperti kod pada bungkusan jalur ujian anda yang terkini.
- Letakkan sedikit darah pada jalur ujian (Sila rujuk pada panduan glucometer yang disediakan tentang seberapa banyak darah yang diperlukan)
- Glucometer membaca tahap gula dalam darah anda dalam masa beberapa saat
- Simpan bacaan gula dalam darah anda di dalam buku sebagai rujukan untuk doktor dan diri anda sendiri. Sesetengah glucometer mempunyai memori yang besar untuk menyimpan bacaan gula dalam darah.
Vivachek Eco Glucometer
RM 50.00
- Tanpa pengekodan
- Darah 0.5 mikroliter diperlukan
- Mudah dan tepat
- Masa ujian 5 saat
MEDISANA MEDITOUCH BLOOD GLUCOSE MONITOR (MACHINE ONLY)
RM 38.00
Sistem monitor glukosa darah MediTouch, sesuai untuk kegunaan peribadi.
Untuk menentukan tahap glukosa dalam darah kapilari.
Sila rujuk manual pengguna yang dilampirkan untuk penerangan terperinci mengenai ujian glukosa darah.
- Mudah dan selamat digunakan
- Hanya masa pengukuran lebih kurang 5 saat
- Hanya 0.6 liter mikro darah yang diperlukan
- Reka bentuk ultra tipis 75 x 44 x 10mm
- Paparan LCD besar 32 x 42 mm
- Ingatan: 360 ukuran
- Paparan pengukuran purata selama 7/14/30/60/90 hari
- Navigasi menu ringkas menggunakan simbol
- Tanpa pengekodan
Bila untuk diuji?
Berbincanglah dengan doktor anda seberapa kerap dan berapa kali dalam sehari anda perlu menguji dan apa yang perlu dilakukan jika hasil ujian anda tinggi atau rendah. Kekerapan ujian anda bergantung pada jenis tertentu diabetes dan rancangan rawatan anda.
– Jenis 1
Jika anda mempunyai diabetes jenis 1, anda mungkin perlu memeriksa tahap glukosa sebanyak 4 hingga 10 kali sehari. Anda perlu menguji sebelum mengambil sebarang makanan sama ada hidangan atau snek, sebelum dan selepas bersenam, sebelum tidur dan mungkin pada waktu malam.
Sebelum keadaan anda disahkan sebagai ketidakmampuan untuk menghasilkan insulin yang mencukupi, anda perlu memeriksa dengan lebih kerap untuk memastikan anda mempunyai insulin yang cukup untuk memastikan gula dalam darah anda stabil.
Jika rutin anda berubah atau jika anda jatuh sakit, anda mungkin perlu membuat ujian banyak kali pada waktu siang / malam.
– Jenis 2
Jika diabetes jenis 2 atau gestasi, anda mungkin hanya perlu menguji sebanyak 2 hingga 4 kali sehari bergantung pada sama ada anda mengambil insulin atau tidak.
Secara umumnya, anda perlu menguji sebelum makan dan pada waktu tidur. Jika anda menguruskan diabetes anda dengan ubat bukan insulin, anda mungkin tidak perlu menguji darah anda sekali sehari sebaik sahaja anda mengenali corak anda.
Faktor yang mempengaruhi bacaan glukosa
Ketepatan hasil ujian bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah kualiti glucometer dan jalur ujian, serta seberapa mahir anda yang menggunakan peranti tersebut. Ini merupakan faktor yang mempengaruhi bacaan glukosa anda :
– Teknik yang digunakan pengguna
Ralat pengguna adalah punca nombor satu untuk ralat bacaan glukosa. Pastikan anda melihat panduan penggunaan glucometer dan praktis cara menguji gula dalam darah anda dengan doktor anda.
– Jari kotor
Makanan, minuman atau baki losyen pada tangan anda boleh mempengaruhi bacaan glukosa anda. Pastikan anda membasuh dan mengeringkan tangan anda sebelum melakukan ujian.
Jika anda menggunakan kapas kesat alkohol, pastikan jari anda kering sepenuhnya sebelum menguji dan gunakan titisan darah kedua, bukannya yang pertama.
– Persekitaran
Altitud, humiditi dan suhu bilik boleh mempengaruhi bacaan glukosa darah anda dengan mengubah tubuh badan anda atau ujian yang digunakan. Sesetengah glucometer dipek bersama dengan arahan penggunaan tentang bagaimana untuk mendapatkan bacaan yang betul di dalam keadaan tertentu.
– Jalur ujian yang tidak sepadan
Jalur ujian agak mahal, anda mungkn ingin membeli jalur ujian biasa atau berbeza untuk menjimatkan wang. Namun begitu, jika glucometer anda tidak direka untuk menggunakan jalur tersebut, bacaan anda akan terjejas.
Pastikan jalur ujian yang anda beli bersesuaian dengan mesin anda. Selain itu, periksa tarikh luput pada jalur ujian anda kerana jalur yang telah tamat tempoh boleh memberikan hasil yang salah.
– Perubahan pada meter dan jalur ujian
Pengeluar mungkin mengubah mesin atau jalur ujian mereka. Pengeluar jalur ujian biasa atau pihak ketiga mungkin tidak maklum mengenai hal ini. Dalam keadaan ini jalur ujian anda mungkin tidak bersesuaian dengan meter anda.
Jika anda tidak pasti sama ada jalur ujian anda akan berfungsi dengan meter glukosa darah anda, hubungi pengeluar meter tersebut.
Penjagaan dan Pengendalian Glucometer
Pengendalian rutin glucometer adalah kunci untuk memastikan nilai glukosa dalam darah anda adalah tepat, supaya rawatan anda sewajarnya. Ini merupakan tips penting untuk memastikan glucometer anda dalam keadaan terbaik :
- Buat persediaan yang diperlukan untuk penetapan glucometer seperti : nombor lot jalur ujian, ujian kawalan mutu dan kalibrasi apabila diperlukan
- Mengikut galakan pengeluar yang sepatutnya
- Menggunakannya dengan betul
- Membersihkannya seperti yang diarahkan oleh pengeluar
- Tidak membiarkan ia terdedah dengan haba, kelembapan, kesejukan, habuk atau kotoran melampau
- Simpan glucometer di dalam bekas yang disediakan oleh pengeluar
- Setiap glucometer mestilah dibungkus bersama panduan penggunaan untuk kod ralat dan cara penyelesaian masalah atau anda boleh hubungi bantuan sokongan pengeluar
- Kawalan kualiti
ACCU-CHEK GUIDE WIRELESS BLOOD GLUCOSE MONITORING SYSTEM WITH STRIP 50S
RM 154.00
Sistem Accu-Chek Guide dirancang untuk mengurangkan kerumitan ujian glukosa darah setiap hari.
- Botol jalur uji tahan tumpahan yang menahan jalur ujian di tempatnya sehingga lebih mudah meluncur keluar hanya satu jalur pada satu masa dan tidak menumpahkannya.
- Aplikasi darah yang mudah. Sampel darah kecil boleh digunakan di mana sahaja di pinggir kuning yang luas di kawasan aplikasi darah jalur ujian.
- Lampu jalur jalur terang dan paparan lampu latar menjadikan pengujian dalam gelap lebih mudah
- Dengan butang ejektor jalur uji, satu klik sahaja yang diperlukan untuk penyingkiran jalur terpakai yang bersih dan mudah dari meter
- Sambungan tanpa wayar ke telefon pintar yang serasi – menghilangkan keperluan untuk buku harian kertas.
- Dilengkapi dengan alat lancing Accu-Chek FastClix yang memberikan lancing lembut. Peranti lancing Accu-Chek FastClix ditujukan untuk kegunaan peribadi sahaja.
- Memenuhi syarat ISO 15197: 2013 dan memberikan ketepatan yang lebih ketat * untuk hasil yang boleh dipercayai yang boleh anda percayai.
ABBOTT FREESTYLE LITE BLOOD GLUCOSE TEST STRIP 50S
RM 80.90
Jalur ujian gaya bebas telah diperbaharui untuk memasukkan tab zipwik baru. Tab zipwik lebih mudah, penggunaan dan pengambilan darah lebih cepat *. hanya memerlukan sampel darah kecil hanya 0.3 l. tiada pengekodan untuk eas
SUMBER
https://www.healthline.com/health/type-2-diabetes/choosing-glucose-meter#getting-accurate-readings
https://www.verywellhealth.com/how-to-use-a-glucometer-1087304