Tidak semua pemilik peduli tentang pengurusan pest control sehingga ia berlaku di depan mata. Serangan makhluk perosak boleh menyebabkan kesan negatif pada kesihatan dan keselamatan seseorang kerana lipas, lalat, tikus dan sebagainya boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Tapi tunggu! Sebelum memikirkan strategi untuk mengawal makhluk perosak, anda perlu mengenal pasti jenis makhluk perosak yang anda sedang berdepan serta gaya hidup mereka.
Dengan itu membolehkan anda memilih langkah yang tepat dan menghapuskannya dengan mudah. Jika anda tidak pasti, lebih baik untuk dapatkan nasihat daripada syarikat pest control.
Jenis Pest Control
Ini antara jenis pest control berbeza yang boleh anda dapati:
– Pest Control Organik
Langkah organik atau semulajadi selalunya diinginkan oleh mereka yang ingin mengelakkan kerosakan disebabkan oleh binatang kecil atau serangga di samping ingin memastikan keselamatan anak-anak, binatang peliharaan dan tumbuhan. Bagi keadaan ini, anda mungkin memerlukan umpan, perangkap atau semburan.
– Pest Control Kimia
Sesetengah rawatan organik tidak menghasilkan kesan yang berkesan, jadi dengan itu memerlukan pilihan pest control kimia. Anda boleh dapatkan ribuan produk kimia yang boleh didapati untuk hartanah kediaman atau komersial.
Ia boleh jadi dalam bentuk pepejal, cecair atau aerosol. Namun begitu, anda perlu maklum bahawa produk kimia ini adalah berbahaya kepada manusia dan organisma hidup yang lain.
– Pest Control Biologi
Biologikal adalah kaedah yang menggunakan organisma hidup untuk tujuan mengawal populasi haiwan. Apa yang membuatkannya popular adalah kaedah pest control biologi ini bebas daripada bahan kimia dan sangat bermanfaat. Ia dapat mengawal populasi tikus dengan menggunakan kucing, contohnya.
– Pest Controk Elektronik
Dengan adanya perkembangan teknologi, mendapatkan dan menghapuskannya selama-lamanya lebih mudah. Kaedah pest control elektronik adalah dengan penggunaan elektromagnetik dan ultrasonik.
- Elektromagnetik – memberi kesan pada sistem saraf sesetengah makhluk perosak seperti tikus. Namun begitu, ia hanya mampu menghalang serangga dan tikus.
- Ultrasonik – berfungsi dengan frekunsi tinggi, gelombang pendek berbunyi.
Kawalan Kebersihan
Dengan erti kata mudah, tempat yang bersih tidak akan menarik makhluk perosak. Jangan biarkan makanan atau tempat anda daripada bersepah untuk mengelakkan makhluk perosak daripada membiak.
Kekalkan kebersihan rumah atau tempat kerja dengan baik. Selepas makan sentiasa bersihkan, buang sisa dengan betul ke dalam tong sampah. Basuh pinggan dan pastikan kawasan sekeliling rumah bersih.
Kebaikan Pest Control
– Elakkan penyakit
Makhluk perosak rumah seperti lalat, lipas dan nyamuk boleh membawa penyakit yang boleh menyebabkan maut pada manusia seperti malaria, wabak, denggi dan juga asma! Ya, anda membacanya dengan betul.
Lipas boleh menyebabkan asma di kalangan kanak-kanak, ia juga membawa berjuta-juta patogen dan sel bakteria bersama dengannya. Jadi, pastikan makhluk perosak ini keluar daripada rumah anda
– Mengurangkan risiko penyakit
Individu yang bekerja di perkhidmatan pest control telah terlatih dan mereka pakar menghapuskan makhluk perosak dan pengendalian bahan kimia beracun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak.
Kaedah penghapusan yang salah yang dilakukan sendiri boleh menyebabkan kemalangan yang besar yang boleh merisikokan nyawa ahli keluarga anda.
Dengan mendapatkan servis mereka yang berkemahiran untuk menggunakan produk berbahaya tersebut, mereka boleh memastikan keselamatan anda sekeluarga.
– Mengurangkan masalah alergik dan gatal-gatal
Kebanyakan gigitan makhluk perosak menyebabkan anda mengalami alergik yang teruk dan gatal-gatal pada badan. Alergik dan rasa gatal disebabkan oleh serangga, kutu, labah-labah, nyamuk dan pelbagai lagi.
Namun begitu, dengan mendapatkan khidmat pest control boleh mengurangkan gigitan makhluk perosak dan dapat menghalang keluarga anda daripada diserang makhluk perosak.
– Penjagaan kesihatan jangka panjang
Apabila anda mendapatkan khidmat pest control, mereka tidak menawarkan servis sekali penggunaan, tetapi pakej yang mengandungi beberapa servis yang dibahagikan dengan beberapa tempoh atau selang masa tertentu.
Perkhidmatan berterusan seperti ini memastikan penghapusan makhluk perosak berpanjangan, mengelakkan masalah makhluk perosak daripada berulang.
Jadi, jaranglah anda berjumpa dengan doktor disebabkan penyakit yang dibawa oleh makhluk perosak.
Keburukan Pest Control Terhadap Kesihatan
– Kesan sampingan terhadap haiwan peliharaan
Haiwan peliharaan anda mungkin terdedah pada bahan kimia berbahaya pest control dalam pelbagai cara. Contohnya, kesayangan anda ke sana sini, berbaring pada tempat yang dirawat kemudian menjilat bahan kimia yang melekat pada bulu mereka.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk memastikan keselamatan haiwan peliharaan anda. Mereka juga mungkin menghidu atau sensitif terhadap bahan kimia yang digunakan.
Anda mungkin juga menggunakan bahan kimia pada bulu mereka untuk merawat masalah kutu dan sebagainya. Haiwan peliharaan anda terdedah pada bahan kimia ini dalam pelbagai keadaan.
Antara kesan sampingan yang mungkin dialami oleh haiwan peliharaan anda seperti:
- Kurang selera makan
- Demam
- Kadar jantung yang tinggi
- Muntah
- Pengeluaran air liur yang banyak
- Cirit birit
- Sawan
- Depresi
- Gegaran otot
- Rasa lemah
- Sukar bernafas
- Hilang keseimbangan
Haiwan peliharaan mungkin mengalami kesan sampingan ini. Mereka juga mungkin menjadi terlebih aktif atau berperangai pelik.
Tingkah laku ini mungkin dapat dilihat selepas beberapa hari terdedah padanya atau mengambil masa beberapa hari sehingga dapat dikesan. Jika haiwan peliharaan anda terdedah kepada keadaan ini, mereka mungkin memerlukan rawatan veterinar.
Sangat penting untuk ambil peduli sebarang pendedahan berterusan terhadap bahan kimia ini kerana ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain. Kadang-kadang ia juga boleh menyebabkan kematiaan. Jadi berhati-hati.
– Kesan Sampingan terhadap Manusia
Penggunaan pest control di rumah atau di laman atau di padang atau di kebun atau pada haiwan peliharaan melibatkan penglibatan manusia, jadi manusia juga terdedah pada bahan kimia tersebut.
Ini merupakan kesan sampingan yang mungkin berlaku sebaik sahaja manusia terdedah pada bahan kimia pest control. Pastinya simptom ini berbeza antara manusia. Sesetengah kesan sampingan yang berlaku seperti:
- Iritasi kulit (terbakar, gatal-gatal, dan/atau ruam)
- Iritasi mulut
- Sakit tekak
- Sakit dada
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Kejang perut
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Iritasi mata atau berair
- Penglihatan kabur
Ingatlah bahawa dosnya adalah berbeza. Seseorang mungkin terdedah pada dos yang sedikit manakala sesetengah individu mungkin terdedah pada dos yang tinggi jadi terhadap bahan kimia.
Kesan sampingan yang dialami adalah berbeza bagi keduanya dan tidak akan sama. Selepas terdedah pada bahan kimia tersebut, anda mungkin mengalami rasa sesak pada dada dan perubahan kadar jantung.
Masalah pernafasan juga boleh berlaku, begitu juga berdehit dan / atau masalah berjalan dengan seimbang. Terdedah padanya boleh menyebabkan pupil menjadi kecil atau hilang kawalan pundi kencing.
Sekiranya simptom menjadi teruk, individu tersebut boleh hilang kesedaran atau mengalami sawan.
SUMBER
https://go-forth.com/news/different-types-of-pest-control-methods
https://www.handymanreviewed.com/best-pest-control-malaysia/
https://www.servicesutra.com/blog/benefits-of-pest-control/
https://insectcop.net/side-effects-of-pest-control-chemicals/