Pencuci muka terbaik merupakan keperluan penting dalam kebersihan diri seseorang. Ia merupakan produk yang perlu dimiliki oleh semua.
Namun, isu yang sentiasa menganggu pengguna adalah dalam menentukan pencuci muka yang terbaik dan sesuai untuk mereka. Ini merupakan senarai pencuci muka terbaik untuk anda.
Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
RM11.90
Cosmoderm merupakan produk buatan Malaysia yang diformulasikan tanpa sodium lauril sulfat dan paraben. Dengan tea tree oil sebagai bahan utama, ianya sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.
Senka Perfect White Clay
RM17.52
Senka Perfect White Clay menjadi pilihan untuk mencerahkan kulit dan sesuai untuk kulit kombinasi. Ia diperbuat daripada tanah liat putih yang kaya dengan bahan mineral yang membantu membersihkan kotoran dan juga menghapuskan kulit mati.
Berdasarkan harganya, pencuci muka ini memang murah kerana mempunyai kegunaan 2-dalam-1 pembersih dan juga skrub.
Hada Labo AHA/BHA Face Wash – Acne Control
RM26.90
Hada Labo Face Wash ini mampu mencegah dan melawan jerawat kerana diperkaya dengan kombinasi ekstrak bunga Pansy liar dan tanah liat bentonit.
Ia mempunyai formula pengelupasan berganda yang mampu menghapuskan sel kulit mati dan kulit kusam serta kasar. Ia juga membersih ke dalam pori tersumbat dan menyingkirkan bintik hitam.
Himalaya Moisturizing Aloe Vera Face Wash
RM22.80
Pencuci muka bebas sabun ini sesuai untuk kulit kering. Himalaya Moisturizing Aloe Vera Face Wash melembapkan kulit dengan serta merta dan membuatkan kulit anda terasa lembap dan lembut.
Produk ini berasaskan timun sebagai penyegar semula jadi yang membantu mengecilkan pori dalam pada masa yang sama meremajakan kulit anda.
Tidak dilupakan, aloe vera merupakan bahan utama dalam membantu melembapkan kulit dan menghasilkan tindak balas antibakteria dan antifungi.
Clean & Clear Acne Clearing Cleanser
RM12.00
Jerawat disebabkan oleh pembiakan bakteria dan minyak berlebihan pada kulit wajah. Justeru, dengan Clean & Clear Acne Clearing Cleanser ia mampu melawan pembiakan bakteria dari terus berlaku kerana diformulasikan dengan benzoil peroksida yang melawan bakteria.
Penggunaan produk ini akan membersihkan liang pori dan sangat bagus untuk mencegah jerawat dari kembali.
Oxy Blackhead Clearing Wash
RM15.80
Terdapat banyak bintik hitam degil di wajah anda? Tidak perlu risau lagi! Cubalah Oxy Blackhead Clearing Wash, ia mampu menghapuskan sebarang bintik hitam malah mencegah bintik hitam daripada muncul semula.
Ia membersih ke dalam kulit dan membantu mencegah cela.
Garnier Skin Naturals Light Complete Foam
RM12.55
Dapatkan kulit bersih dengan intipati lemon secara intensif dengan pencuci muka Garnier Skin Naturals Light Complete Foam.
Pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu membersihkan dan mencerahkan kulit dengan serta merta.
Garnier Light Oil Control
RM9.80
Pencuci muka terbaik untuk anda yang kulit berminyak. Ia membantu menghapuskan lebihan minyak pada muka dan menjadikan wajah anda terasa segar dan bersih.
Aiken Tea Tree Oil Spot Away Facial Cleanser
RM10.90
Tea tree oil merupakan bahan semula jadi yang mampu melindungi kulit daripada jerawat. Pencuci muka ini membantu membersihkan pori tersumbat dan menjadikan kulit anda bersih dan tidak berminyak.
Ia juga membantu mengecilkan pori dan mengawal kulit berkilau disebabkan lebihan minyak.
Oxy Acne Control Whitening Wash
RM13.90
Oxy merupakan jenama terkenal yang membantu menghilangkan jerawat dan mencegah lebih banyak jerawat yang tidak diingini.
Benzoil peroksida di dalam produk ini membantuk membersihkan jauh ke dalam kulit dan menyingkirkan sebum, dan sebarang kotoran agar kulit kekal segar, sihat dan bersih.
SUMBER
https://productnation.co/my/beauty/17741/best-drugstore-face-wash-malaysia/