Now Reading
Apakah Produk Serum Terbaik?

Apakah Produk Serum Terbaik?

Serum terbaik

Serum terbaik ditemui dalam bekas bersaiz kecil, namun begitu ia mengandungi bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah anda.

Ia dihasilkan dalam partikel halus mampu meresap jauh ke dalam kulit dengan pantas dan mudah. Dengan menggunakan serum, ia membantu meransang, meningkatkan serta mengunci kelembapan di wajah.

PIXI Overnight Glow Serum

RM120.00

Meskipun ketika anda tidur, sedikit titisan serum jenama PIXI ini mampu membantu merawat kulit anda pada malam hari.

Kulit anda akan tereksfoliasi semalaman dan menghasilkan kulit yang segar dan bersinar sebaik sahaja anda bangun pagi.

Di samping itu, serum terbaik ini mempunyai beberapa vitamin dan nutrien seperti ekstrak timun dan aloe vera yang memberi khasiat kepada kulit anda.

Melano CC Vitamin C Brightening Essence

RM59.00

Vitamin C adalah vitamin penting yang membantu meningkatkan tahap kolagen di dalam kulit wajah anda.

Melanie CC Pure Vitamin C Essence mempunyai kepekatan tinggi vitamin C yang membantu meningkatkan kolagen kulit agar kulit wajah anda kelihatan muda dan cerah. Ia juga efektif untuk memudarkan parut jerawat.

Sothys Wrinkle-Specific Youth Serum

RM348.00

Garis halus tidak hanya terjadi apabila kulit semakin menua tetapi juga berlaku apabila kulit kendur. Sothys Wrinkle-Specific Youth Serum membantu menghilangkan kedutan dan melembutkan wajah anda.

Meskipun serum ini datang dengan harga yang mahal namun ia berbaloi kerana menjanjikan peningkatan 40% kelembutan kulit anda. Di samping membantu anda kelihatan lebih muda dengan penggunaan yang berterusan.

The Face Shop Yehwadam Revitalizing Serum

RM226.00

Kulit kusam akan merosakkan solekan anda kerana kulit anda tidak bersinar. Yehwadam Revitalizing Serum diformulasikan dengan ekstrak ginseng membantu kulit anda kelihatan lebih muda.

Ia mengandungi buah beri goji yang dipercayai memberi kesan kulit bersinar selepas beberapa kali penggunaan,

 Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum

RM81.60

Jika anda fikir serum wajah tidak mampu dimiliki untuk kegunaan rutin rawatan wajah harian anda, anda tidak perlu khuatir lagi! Kami menemukan serum yang mampu milik jenama Garden of Eden.

Serum ini mengandungi Vitamin E yang mengurangkan kedutan wajah anda dan minyak pati seperti minyak biji bunga mawar dan minyak biji anggur yang dikenali dengan kelebihan merawat kulit rosak akibat sinar matahari.

Caudalie Vinosource SOS Thirst-quenching Serum

RM190.00

Pemilihan produk yang sesuai amat penting bagi kulit sensitif. Serum daripada jenama Caudalie merupakan serum berasaskan air, iaitu serum bebas minyak tetapi masih membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Serum dengan tekstur yang halus, mampu meresap ke dalam kulit dengan lebih baik.

Swissvita Micrite 3D All Use Anti-Wrinkle Serum

RM175.00

Salah satu perkara penting untuk memudarkan kedut di wajah anda adalah dengan memastikan kulit wajah anda kekal tegang. Kulit yang tegang meningkatkan keanjalan, di mana menghalang kulit kendur dan berkedut.

Dengan penggunaan serum ini, ia membantu menegangkan kembali kulit anda dari dasar kulit dan membantu mengurangkan kedut di wajah anda.

Garnier Light Complete Anti Spot White Serum

RM36.90

Mudah didapati di mana-mana kedai kecantikan dan harga mampu milik. Serum wajah ini sangat sesuai untuk kulit berminyak kerana ia mempunyai formula yang sangat ringan, meresap dengan pantas ke dalam kulit.

Ia memberikan kesan penampilan 12 jam tanpa sinar dan kawalan minyak yang tahan lama.

Clematis Collagen Resilience Serum

RM121.90

Kolagen membantu meningkatkan keanjalan kulit dengan mengantikan kulit mati.

Serum ini memberikan jumlah kolagen dan elastin yang tinggi yang kaya dengan asid amino, yang memberikan sokongan struktur kepada kulit anda. Kulit gebu dan anjal memberikan anda penampilan yang lebih muda.

Melvita Argan Serum-Lotion

RM118.00

Serum jenama Melvita ini selamat dan mengandungi bahan organik seperti ekstrak daun organ dan kombinasi 2 asid hialuronik.

Kesemua bahan ini membantu melembapkan wajah dan membantu anda mendapatkan kondisi kulit wajah yang lebih baik. Ia juga selamat dan sesuai digunakan untuk kulit normal.

SUMBER

https://productnation.co/my/beauty/12644/best-face-serum-review-malaysia/

error: Content is protected !!