Now Reading
Apakah Solat Sunat Awwabin itu wujud?

Apakah Solat Sunat Awwabin itu wujud?

solat sunat awwabin

Apakah Solat Sunat Awwabin itu wujud?. Persoalan yang selalu diajukan oleh muslimin dan muslimat untuk menghilangkan rasa keraguan dan memastikan ibadah mereka diterima Allah.

Umumnya, Solat Sunat Awwabin didefinisikan sebagai solat orang-orang yang sering bertaubat, tunduk dan taat secara bersendirian dengan Allah.

Untuk pengetahuan, perkataan Awwabin itu berasal daripada bahasa Arab, ‘awwab’ . perkataan itu membawa maksud kepada orang yang taat, atau berubah kepada ketaatan, atau yang menyerahkan diri dan kehambaan kepada Allah,

Solat sunat tersebut juga menjadi tempat pengaduan untuk memohon pengampunan dosa.

Waktu dan jumlah rakaat solat sunat Awwabin

Waktu dan jumlah rakaat solat sunat Awwabin akan dijelaskan secara ringkas.

Pertama adalah Waktu solat Sunat tersebut terletak di antara waktu Maghrib dan Isyak .kebiasaannya ia dilakukan selepas melaksanakan solat sunat rawatib ba’diyah Maghrib (solat sunat selepas menunaikan solat fardu maghrib).

solat sunat awwabin

Seterusnya, terdapat beberapa ulama mengatakan jumlah rakaat Solat Sunat tersebut itu tidak tetap. Maka ,semua bersepakat bahawa  jumlah rakaat Solat Sunat Awwabin ialah 6 rakaat atau 4 rakaat dan sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Tujuan menunaikan Solat Sunat Awwabin.

Tujuan menunaikan Solat Sunat Awwabin antaranya, adalah untuk menghidupkan waktu tambahan  untuk beribadah di antara waktu Maghrib dan Isyak.

Anda digalakkan untuk mengambil masa dan berebut peluang keemasan untuk mencari keredhaan Allah dan mengutip pahala untuk bekalan akhirat di sana.

Cara melaksanakannya

secara umumnya, cara melaksanakannya amat mudah dan diberi kelonggaran kepada pemilik fizikal yang kurang mampu.

Jika anda tidak mampu solat berdiri, maka anda dibenarkan solat secara duduk. Jika anda tidak mampu juga, anda boleh solat secara baring. Jika masih tidak mampu juga, gunalah mata sebagai isyarat anda melakukan solat.

Perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah perlu adanya lafaz niat solat sunat awwabin. Jika tiada niat diungkap, maka tidak lengkaplah solat sunat anda.

solat sunat awwabin

Tatacara untuk melakukan solat sunat awwabin akan diterangkan secara ringkas dan padat di bawah.

  • Lafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”

  • Rakaat pertama:
  • Berdiri tegak dengan membaca niat
  • Takbir dan bacaan Al-Fatihah

Hukum bacaan surah Al-Fatihah adalah wajib. Tidak kira solat sunat atau wajib, surah Al-Fatihah wajib dibaca dan di lafaz dengan lidah cukup sekadar telinga anda yang mendengarnya.

berdasarkan pendapat Imam Ibnu Hajar Al-Haitami yang mengatakan bahawa Surah Al-Kaafirun pada rakaat pertama ini sunat dibaca dalam mana-mana sembahyang sunat yang tidak dikhususkan bacaannya.

  • Rakaat kedua:
  • Takbir intiqal (perpindahan rakaat)
  • Membaca surah al-fatihah
  • Membaca surah al-ikhlas

berdasarkan pendapat Imam Ibnu Hajar Al-Haitami yang mengatakan bahawa Surah Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua ini sunat dibaca dalam mana-mana sembahyang sunat yang tidak dikhususkan bacaannya.

  • Salam

Salam perlu diberi untuk menandakan anda sudah berada dihujung pelaksanaan solat .

  • Tertib

Solat sunat awwabin yang lengkap perlu dimulai dengan niat kemudian diakhiri dengan salam. Jika terlupa, maka tidak sah solat yang dilakukan.

Doa selepas Solat Sunat Awwabin

Doa selepas solat sunat awwabin harus dibaca selepas anda memberi salam kanan dan kiri. Bacaan doa yang menjadi amalan para ulama yang perlu anda amalkan adalah:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيمَانِي فِي حَيَاتِي ، وَعِنْدَ مَمَاتِي ، وَبَعْدَ مَمَاتِي فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. (3 kali)

Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pemeliharaanmu atas keimananku di waktu hidupku, dan ketika matiku, dan selepas matiku, maka peliharakanlah ia (imanku) atas diriku. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.”

Atau,

اَللَّهُمَّ أَسْتَوْدِعُكَ دِينِي فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ فِي حَيَاتِي ، وَعِنْدَ مَمَاتِي ، وَبَعْدَ وَفَاتِي. (3 kali)

Ertinya: “Ya Allah, aku memohon pemeliharaan-Mu atas agamaku, maka peliharakanlah ia (agamaku) atas diriku di waktu hidupku, dan ketika matiku dan selepas matiku.”

solat sunat awwabin

Kelebihan Solat Sunat Awwabin

Kelebihan Solat Sunat Awwabin yang wajib anda ketahui adalah anda akan mendapat pahala berganda-ganda, ia juga berfungsi sebagai solat sunat taubat dan ia dapat menampung kekurangan ibadat fardu.

  • Mendapat pahala berganda-ganda

Kelebihan Solat Sunat tersebut adalah mendapat ganjaran terbaik hanya akan diberikan kepada mereka yang melakukannya.

Daripada Abu Hurairah (Ra.) Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Tirmizi).

  • Berfungsi sebagai solat sunat taubat

Ia berfungsi sebagai solat sunat taubat. Mereka yang melaksanakan ibadah solat sunat ini  akan  mendapat keampunan dosa meskipun dosa sebanyak buih-buih di lautan.

Dan Rasulullah S.A.W bersabda;

“Barang siapa yang melakukan solat (sunat) di antara Maghrib dan Isyak, maka sesungguhnya solat itu adalah sebahagian dari solat orang-orang yang bertaubat (Awwabin)’. (H.R Ibnul Mubarak,Hadis Mursal)

  • Dapat menampung kekurangan  ibadat fardu

Ia juga dapat menampung kekurangan  ibadat fardu merupakan fadilat ke atas mereka yang melakukan solat sunat ini.

Oleh itu, anda digalakkan untuk melakukan ibadah sunnah bagi menampung ketidaksempurnaan ibadah yang wajib dilakukan ibarat menutup lubang-lubang yang terbuka .

Secara konklusi, Solat Sunat Awwabin perlu dilakukan jika anda mempunyai masa lapang sementara menunggu masuknya waktu solat isyak .yang penting, anda harus merajinkan dan meringankan diri untuk melakukan ibadah dengan sukarela.

Banyak nikmat yang akan diperolehi jika ikhlas melaksanakan semata-mata kerana Allah bukan kerana manusia. Semoga dengan melakukan ibadah sunat ini, anda dilindungi Allah daripada segala kesulitan.

SUMBER:

http://muslimnews24.com/benefit-of-tahajjud-and-awabeen-prayers/

https://seekersguidance.org/answers/hanafi-fiqh/ishraq-chasht-awwabin-prayers/

http://fatwairsyadbrunei.blogspot.com/2015/05/sembahyang-sunat-awwabin.html

error: Content is protected !!