Now Reading
Apakah Water Dispenser Terkini yang Terbaik?

Apakah Water Dispenser Terkini yang Terbaik?

Mesin dispenser air

Water dispenser pada hari ini adalah salah satu keperluan dan ia tidak hanya diperlukan di rumah malah di hospital, restoran dan tempat kerja.

Water dispenser digunakan untuk memudahkan kita minum air secukupnya tanpa perlu menjerang air. Ini merupakan senarai Water dispenser yang boleh didapati di Malaysia.

1. Midea YR1246T Water Dispenser Machine

RM99.00

Ia dikuasakan dengan 420W, apabila mencapai suhu 90 darjah Celcius ia akan secara automatik menghentikan pemanasan air. Ia juga dilengkapi dengan sistem off secara automatik apabila tiada air.

Water dispenser jenama Midea ini menyediakan pilihan air suhu bilik biasa dan juga air panas.

Bahagian dalamannya diperbuat daripada keluli tahan karat yang menghalang pembentukan karat dan hakisan. Ia juga mengekalkan tenaga pada suhu yang tinggi.

Ia juga mempunyai kunci keselamatan kanak-kanak memberikan produk ini kelebihan yang besar berbanding mesin dispensir air yang lain.

Botol saiz 3 atau 5 galon sesuai digunakan bersamanya meskipun ketika pembelian water dispenser ini tidak disertakan bersama botol air.

Harga dispenser air ini sangat berpatutan berbanding dengan produk serupa, jadi ia sangat berbaloi untuk dibeli.

2. BUYDEEM Instant Hot and Cold Water Dispenser

RM560.28

Water dispenser 2.6 liter ini antara salah satu yang terbaik di pasaran. Ia menyediakan suhu normal dan juga panas malah mempunyai pelbagai tetapan suhu air antara 40 – 100 darjah Celcius.

  • Suhu 40, 50 dan 55 darjah Celcius – susu formula bayi
  • Suhu 70 – 100 darjah Celcius – air teh
  • Suhu 80 – 100 darjah Celcius – mi segera atau kopi.

Dispenser ini sentiasa memastikan air tersedia pada setiap masa dan mempunyai sistem pemotongan automatik apabila tangki air telah penuh.

3. YAMADA NWD389 Filter Water Cooler

RM330.00

Filter Water Cooler ini mempunyai fungsi yang hampir sama seperti dispenser air panas dan sejuk. Ia merupakan salah satu penyejuk air yang popular. Ia direka untuk menyediakan air alkali jernih dan ringan yang memberikan khasiat mineral semula jadi melalui air dan mengurangkan keasidan badan.

Produk ini mempunyai sistem hebat dengan 4 langkah untuk menjamin air minuman yang tulen dan bersih sepanjang masa. Sistem penyaringan membolehkan air melalui penapis sedimen yang diperbuat daripada polipropilena.Ini bagi memastikan segala kotoran, karat, kelodak dan zarah partikel dalam air disingkirkan sepenuhnya.

Selain itu, air ini akan melalui karbon aktif berbutir daripada kelapa dan mempunyai daya penyerapan yang kuat. Bahan kimia dan mineral berbahaya seperti klorin dan logam akan dihapuskan.Air yang dihasilkan tidak berbau dan memberikan rasa air yang lebih baik.

Seterusnya, air melalui bahagian batu mineral dan alkali. Batu mineral mengandungi mineral ion yang meremajakan sel-sel di dalam badan anda dan kealkaliannya meningkatkan pH tubuh badan.

Akhir sekali, lapisan penapis terakhir mengalirkan air melalui blok karbon di mana semua bahan berbahaya disingkirkan sepenuhnya daripada air.

4. Elba ETP-D6013 Water Dispenser

RM138.00

Water dispenser ini dilengkapi dengan sistem 3 arah yang membolehkan anda memutar bekas mengikut arah yang anda inginkan. Kedua, mengawal suhu air dan akhir sekali mengalirkan air ke dalam gelas anda. Kapasiti tangki adalah 6 liter dan tangki dalaman water dispenser diperbuat daripada keluli tahan karat.

Dispenser ini mempunyai indikator yang menunjukkan paras air dan sistem pemadaman automatik untuk keselamatan. Ia dilengkapi dengan elemen pemanas jenis asas dan ia juga mempunyai perlindungan didihan kering di mana dispenser akan terpadam secara automatik apabila tiada air di dalamnya.

5. Pensonic PWD-200 Direct Piping Water Dispenser

RM252.00

Model Water dispenser Pensonic ini boleh mengeluarkan air panas dan suam seperti pemanas air. Ini adalah dispenser air perpaipan secara langsung yang memiliki kapasiti maksimum 7 liter; 5 liter untuk air panas dan 2 liter untuk air suam.

Pensonic PWD-200 mempunyai punat kawalan dan ciri sistem sentuhan yang sangat mudah dan senang digunakan. Ia memiliki penunjuk aras air khas yang juga dilengkapi dengan sistem lampu malam yang membolehkan anda mengetahui sama ada paras air rendah atau jika tiada air di dalam tangki.

Malah, produk ini juga mempunyai sistem perlindungan didihan kering untuk keselamatan anda. Tangki dalamnya diperbuat daripada keluli tahan karat yang sangat kuat, tahan lama dan bebas daripada karat serta hakisan.

6. Spritzer Mini Drinking Water Dispenser

RM138.25

Water dispenser mini ini sangat bagus kerana mudah dibawa dan anda tidak perlu risau untuk mendapatkan air bersih pada bila-bila masa.

Anda boleh menggunakannya di rumah atau di tempat kerja anda. Ia sangat berpatutan dengan harga mampu milik. Ia bersesuaian dengan botol 5.5 hingga 9.5 liter.

7. INDAH Mild Alkaline Water Dispenser Hot & Cold Model

RM299.70

Sebelum bertukar kepada Water dispenser yang lain, pelbagai faktor perlu dititikberatkan sama ada ia mudah digunakan dan dipasang, di samping mestilah selamat untuk kanak-kanak. Dispenser ini mudah dan menjimatkan masa anda untuk membuat minuman panas. Pili air panas dilengkapi dengan kunci keselamatan kanak-kanak, mencegah mereka daripada melecur.

Selain itu, ia mempunyai kawalan suhu elektronik, elemen pemanasan yang sangat cekap dan mencegah kepanasan melampau.

8. Hyundai Top Loading Hot Cold Floor Standing Water Dispenser

RM389.00

Hyundai tidak pernah mengecewakan anda apabila melibatkan barangan elektronik rumah. Water dispenser berdiri ini adalah salah satu yang paling elegan yang pernah kita lihat. Dispenser ini mempunyai sistem off secara automatik apabila tiada air. Selain itu, mempunyai suis kuasa untuk panas atau sejuk secara berasingan.

Ia juga mempunyai sistem penyejukan elektronik PCB, reka bentuk kurang bising dan mengandungi bahan antibakteria.

9. MWD-BA80L MORGAN Water Dispenser

RM288.00

Harga water dispenser yang berpatutan, jadi mengapa tidak mencubanya? Ia ternyata mampu menjadi sebahagian barangan elektronik rumah yang dipercayai. Ciri-cirinya seperti:

  • Tangki dalam diperbuat daripada keluli tahan karat
  • Saluran berasingan untuk air panas dan suam
  • Reka bentuk dandang berasingan
  • Tolok tuas air panas dan suam berasingan

Oleh kerana ia cukup padat, ia juga boleh dibawa ke mana-mana di sekitar rumah, terutamanya semasa mengadakan parti.

error: Content is protected !!