BMI, Body Mass Index (Indeks Jisim Badan) adalah ukuran yang digunakan mengenalpasti sama ada anda mempunyai berat badan sihat yang sesuai dengan ketinggian anda.
Berikut merupakan julat BMI sebagai rujukan:
- Kurang dari 18.5 = Kurang berat badan
- Antara 18.5 – 24.9 = Berat Sihat
- Antara 25 – 29.9 = Berat Badan
- Lebih 30 = Obesiti
Anda boleh menggunakan kalkulator kami untuk mengira BMI anda di sini
Kalkulator ini hanya boleh digunakan oleh individu dewasa (wanita mengandung atau menyusu tidak disyorkan untuk bergantung pada bacaan BMI ini), dan tiada tindakan yang perlu diambil berdasarkan nilai-nilainya selain daripada merujuk kepada individu yang berkelayakan seperti doktor.
Malah, kalkulator BMI hanyalah memberi anda idea bagaimana berat badan anda dibandingkan dengan nilai tertentu. BMI dikira dengan cara berat badan anda (dalam kilogram) dibahagikan dengan tinggi anda (dalam meter). Ini formulanya: BMI = Kg / M2.
Adakah pengiraan BMI boleh dipercayai?
BMI atau Indeks Jisim Tubuh anda adalah ukuran berat badan dibandingkan dengan ketinggian anda. Pentaksiran yang tepat berkenaan obesiti adalah penting, kerana berlebihan berat badan atau obesiti boleh meningkatkan risiko pelbagai keadaan perubatan yang serius Kencing Manis, Penyakit Jantung dan Kanser. Apabila anda berada dalam kategori berlebihan berat badan atau obes dalam carta BMI, ukuran ‘ideal’ bagi berat anda tidak semestinya harus dinilai melalui ‘purata’ BMI seperti yang sepatutnya.
Malah, sesetengah individu mempunyai bingkai tubuh yang lebih besar secara semulajadi berbanding individu yang lain. Keadaan ini menyebabkan sedikit perubahan pada berat badan walau bagaimanapun ia diambil kira sebagai tahap BMI yang sihat.
Bagi kebanyakan individu dewasa, BMI memberikan anggaran terhadap risiko kesihatan yang berkaitan dengan berat badan anda. Jika BMI anda melebihi 35, ia boleh meningkatkan risiko penyakit anda. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah situasi di mana BMI boleh meremehkan atau terlebih jangka risiko kesihatan anda dalam lingkungan 25-35. Faktor utama adalah:
1. Kanak-kanak
Doktor anda boleh mengukur tahap kesihatan anak anda melalui ‘carta centile’ yang digunakan untuk menganggarkan berat badan yang sihat untuk kanak-kanak.
2. Perempuan hamil
Anggaran BMI biasa tidak boleh digunakan jika anda mengandung.
3. Memiliki badan yang sangat berotot
Jika anda sangat berotot, paras lemak badan anda mungkin lebih rendah daripada apa yang diramalkan oleh BMI anda. Walau bagaimanapun, syarat ini hanya boleh dipakai bagi individu yang melakukan tahap latihan yang tinggi, lebih daripada jumlah purata.
4. Berasal dari Asia
Individu yang berasal dari Asia terdedah kepada pengumpulan lemak intra-perut (lemak yang jauh di dalam rongga perut anda dan bukan di bawah kulit anda) walaupun mempunyai BMI yang lebih rendah berbanding individu yang berketurunan Kaukasia.
Selalunya, orang Asia mempunyai bentuk badan yang digambarkan sebagai ‘epal’. Ini bermakna risiko kesihatan mereka akan mula meningkat walaupun pada tahap BMI yang lebih rendah, oleh kerana lemak intra-perut berkait rapat dengan Penyakit jantung dan Kencing Manis jenis 2.
Namun begitu, oleh kerana variabiliti antara populasi Asia adalah berbeza, jadi, ia secara tidak rasmi mengubah persepsi terhadap BMI. Bagi tujuan kesihatan awam, sesetengah kumpulan Asia harus dianggap mempunyai berat badan berlebihan jika BMI mereka adalah di antara tahap 22-25, dan obes pada tahap BMI 26-31.
5. Individu lebih tua (lebih daripada 60 atau 65 tahun)
Oleh kerana jisim otot cenderung menurun dan lemak badan meningkat dalam kalangan individu yang lebih tua, BMI bukanlah pengukur lemak yang tepat jika anda berusia lebih dari 60 tahun.
Kesimpulannya,
Kalkulator BMI bukanlah pengukur tahap berat badan ‘ideal’ bagi seseorang individu. Ia hanyalah anggaran tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda berasa musykil dan bimbang mengenai julat BMI anda, anda perlu merujuk doktor bagi sebarang penjelasan yang tepat tentang BMI anda.
Sumber
https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/bmi-calculator