Now Reading
Apendiks Simptom, Punca, Rawatan Dan Lain-lain

Apendiks Simptom, Punca, Rawatan Dan Lain-lain

APENDIKS

Apendiks berlaku apabila terdapat keradangan pada bahagian apendiks. Ia adalah kecemasan perubatan dan selalunya memerlukan pembedahan secepat mungkin untuk mengeluarkan apendiks. Anda bertuah kerana anda boleh hidup tanpanya.

Di mana terletaknya apendiks?

Tiub tisu sepanjang 3 1/2 inci lebihan daripada usus besar anda pada bahagian bawah kanan badan.

Simptom

Jika anda mengalami apendiks, anda mungkin merasakan satu atau beberapa simptom berikut:

  • Sakit pada abdomen atas atau di kawasan pusat
  • Sakit pada bahagian bawah abdomen di sisi kanan
  • Hilang selera makan
  • Masalah penghadaman
  • Loya
  • Muntah
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Pembengkakan perut
  • Tidak boleh membuang angin
  • Demam

Sakit mungkin bermula dengan kejang biasa. Ia jadi lebih kuat dan serius lama kelamaan. Ia mungkin bermula daripada abdomen atas atau bahagian pusat kemudian bertukar pada bahagian bawah kanan abdomen anda.

Jika anda sembelit atau ada menjangkakan anda mengalami apendiks, elakkan daripada mengambil julap atau menggunakan enema. Rawatan ini boleh membuatkan apendiks pecah.

Hubungi doktor jika terasa keras pada bahagian bawah kanan abdomen serta mengalami simptom apendiks. Apendiks boleh berubah menjadi kecemasan perubatan dengan cepat. Dapatkan informasi yang lanjut untuk mengenalpasti keadaan serius ini.

Punca

Apendiks berlaku apabila apendiks tersekat, selalunya disebabkan najis,atau sesuatu di dalam badan yang tidak sepatutnya berada di situ, atau kanser. Penyumbatan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan, memandangkan apendiks boleh bengkak disebabkan oleh jangkitan lain di dalam badan.

Dalam banyak hal, punca sebenar apendiks tidak diketahui. Pakar percaya ia berlaku apabila bahagian apendiks terhalang atau tersekat. Banyak perkara yang boleh menjadi punca ia menjadi tersekat, antaranya termasuklah:

  • Najis keras terkumpul
  • Folikle limfoid membesar
  • Cacing usus
  • Luka trauma
  • Tumor

Faktor Risiko

Apendiks boleh berlaku pada semua orang. Tetapi sesetengah orang lebih terdorong mengalami keadaan ini berbanding orang lain. Contohnya, faktor risiko apendiks termasuklah:

  • Umur : Ia lebih sering terjadi pada individu berumur di antara 15 hingga 30 tahun
  • Jantina : Selalunya berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita
  • Sejarah keluarga : Individu daripada sejarah keluarga yang mengalami apendiks mempunyai risiko tinggi mengalaminya

Meskipun lebih banyak kajian diperlukan, diet rendah serat juga boleh meningkatkan risiko ia berlaku.

Jenis

Terdapat 2 jenis apendiks bergantung pada pencetus, seperti Apendiks :

  • Akut – Ia berlaku dengan pantas daripada beberapa hari kepada jam, dan memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan
  • Kronik – Keradangan berlaku terlalu lama. Ini adalah keadaan yang jarang berlaku

Dan bergantung pada komplikasi apendiks :

  • Biasa – Kes yang tiada komplikasi
  • Kompleks – Kes yang melibatkan komplikasi seperti apendiks yang mengalami ruptur atau bengkak yang bernanah

Diagnosis

Separuh daripada semua pesakit tidak mempunyai simptom umum, dan ia membuatkan ia sukar untuk di diagnosis. Contohnya, kesakitan itu tidak selalunya berada di bahagian bawah kanan abdomen. Tambahan lagi, keadaan lain yang mungkin mempunyai simptom yang hampir sama, seperti:

Tidak semua individu yang mengalami apendiks berlaku di tempat yang sama. Kadang-kadang ia terletak di belakang kolon, di belakang hati atau di pelviks.

Doktor akan memeriksa pesakit dan bertanya beberapa soalan berkaitan dengan simptom mereka. Doktor mungkin menekan bahagian tersebut untuk melihat sama ia akan menekan rasa sakit tersebut.

Jika doktor mengenalpasti tanda atau simptom umum, mereka akan mendiagnosis anda mengalami apendiks. Jika tidak, ujian lanjut akan dilakukan.

Ujian tersebut termasuklah:

  • Ujian darah, untuk memeriksa jangktan
  • MRI, CT atau imbasan ultrasound untuk melihat jika apendiks meradang
  • Ujian air kencing, untuk mengenalpasti jangkitan buah pinggang dan pundi

Rawatan

Bergantung pada keadaan anda, doktor akan menyarankan rancangan rawatan yang mungkin melibatkan satu atau lebih rawatan seperti berikut:

  • Pembedahan
  • Mencucuk saliran atau pembedahan untuk menyusutkan bengkak bernanah
  • Antibiotik
  • Ubat melegakan kesakitan
  • Cecair IV
  • Diet cecair

– Pembedahan

Dalam kes yang jarang berlaku, apendiks lebih baik tanpa melakukan pembedahan. Tapi dalam kebanyakan kes, anda memerlukan pembedahan untuk membuang apendiks anda. Pembedahan dikenali sebagai appendectomy. Appendectomy boleh dilakukan dengan :

  • Laparotomy – Pembedahan terbuka dilakukan selepas membelah sepanjang 2 hingga 4 inci
  • Laparoscopic – Pembedahan dilakukan selepas meletakkan beberapa insisi perut kecil dengan bantuan alat pembedahan khas dan kamera.

– Menyusutkan bengkak bernanah selepas pembedahan

Dalam kes apendiks pecah dan bengkak bernanah berlaku, bengkak akan disusutkan sebelum appendectomy. Bengkak disusutkan dengan meletakkan tiub ke dalam kulit.

– Tempoh pulih Appendectomy

Tempoh pemulihan bergantung pada jenis pembedahan dan keadaan. Ia selalunya mengambil masa 1 hingga 3 minggu untuk pulih daripada pembedahan laparoscopic dan 2 hingga 4 minggu untuk pembedahan terbuka.

Jika apendiks pecah, jadi anda perlu menunggu nanah dan jangkitan untuk susut dahulu, dan ia mengambil masa yang lebih lama.

Beberapa tips untuk pulih dengan cepat selepas pembedahan:

  • Mengelakkan aktiviti lasak untuk 2 minggu pertama
  • Untuk mengurangkan sakit, letakkan bantal pada perut dan tekan bahagian yang dibedah sebelum ketawa, batuk dan ubah posisi
  • Beritahu doktor anda jika anda berasa sakit meskipun selepas makan ubat penghilang rasa sakit
  • Rehat apabila anda penat

Langkah Pencegahan

Tiada cara yang pasti untuk mencegah apendiks. Tetapi anda mungkin boleh merendahkan risiko ia berlaku dengan makan diet tinggi serat.

Meskipun banyak kajian diperlukan tentang peranan diet yang berpotensi, keadaan ini jarang berlaku di negara di mana masyarakat mereka makan makanan yang tinggi serat.

Makanan tinggi serat termasuklah:

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Lentil, kacang polong, kacang dan kekacang lain
  • Oat, beras perang, gandum penuh dan bijian penuh lain

Doktor mungkin juga menggalakkan anda mengambil suplemen serat.

Rawat Sakit Apendiks Anda !

Shaklee ESP

RM 155.00

SUMBER

https://www.icliniq.com/articles/gastro-health/appendicitis#what-are-the-types-of-appendicitis

https://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-appendicitis#2-6

https://www.healthline.com/health/appendicitis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/158806#prevention

error: Content is protected !!