Kita semua ingin memiliki kesihatan yang baik supaya kehidupan harian kita akan berjalan dengan lancar. Senaman yang disyorkan selama 30 minit 3 kali seminggu dapat membantu kita untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan hidup. Pemakanan yang sihat juga penting untuk kesihatan kita. Oleh itu supplemen vitamin adalah penting dalam kehidupan kita. Ia kini memainkan peranan yang amat penting untuk kesejahteraan kami. Selain daripada pemakanan yang sihat, supplemen vitamin seperti jenama Appeton dapat meningkatkan kesihatan supaya sentiasa sihat.
APPETON Activ-C 500
RM28.90
Vitamin ini dapat membantu imuniti badan. Ia juga dikenali sebagai asid askorbik dan bertindak sebagai antioksidan. Selain itu ia juga dapat membantu melindungi sel dari kerosakan hasil daripada radikal bebas di dalam badan. Vitamin C ini berperisa buah oren. Vitamin ini untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat. Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C dan tidak mengandungi sakarin.
BLACKMORES Vitamin C 500
RM21.10
Vitamin C ini adalah supplemen yang membekalkan vitamin C ke badan dalam bentuk asid askorbik. Ia adalah tablet jenis mudah telan dan amat sesuai untuk sesiapa yang memerlukan vitamin C untuk kesihatan umum dan kesejahteraan hidup. Vitamin C adalah penting untuk pembinaan kolagen di dalam badan. Kolagen adalah penting untuk pembaikan luka didalam badan kita. Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C.
APPETON Milk Calcium
RM32.14
Supplemen kalsium ini membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh seorang dewasa. Ia dapat membantu dalam penjagaan tulang dan gigi dan mengurangkan risiko osteoporosis. Supplemen ini sesuai untuk pencegahan dan rawatan kekurangan kalsium di dalam badan kita. Ia juga dilengkapi dengan dos yang rendah. Maka ia adalah sesuai untuk dimakan oleh pengguna di semua peringkat umur.
BLACKMORES Calcium + D3
RM33.00
Vitamin ini adalah supplemen kalsium dos tinggi dengan Vitamin D3 dalam bentuk tablet yang senang ditelan. Vitamin D3 berfungsi dalam menyokong ketumpatan mineral di dalam tulang. Ia juga membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang. Keperluan kalsium untuk kaum wanita meningkat selepas mereka menapaus. Ini adalah kerana hormon estrogen yang menurun menyebabkan penurunan dalam penyerapan kalsium. Oleh itu kaum wanita disarankan untuk mengambil lebih kalsium.
APPETON Evening Primrose Oil
RM68.00
Supplemen ini dapat membantu meningkatkan kesejahteraan umum wanita. Ia juga dapat membantu mengurangkan simpton pra haid dan pra menapaus. Supplemen ini mengandungi 450gm minyak primrose dan 40.5gm asid linolenik gamma. Gelatin Licaps yang dibuat daripada teknologi Zeecap dari Perancis adalah gelatin bovin kelas farmasi. Ia adalah halal,bebas alkohol dan mempunyai penyerapan lebih tinggi sebanyak 47%. Supplemen ini adalah tanpa pengawet, tanpa pewarna tiruan dan perisa tambahan.
KORDEL’s Evening Primrose Oil
RM41.60
Supplemen ini adalah ekstrak dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kesihatan wanita. Ia mengandungi asid lemak omega 6 yang penting untuk badan, asid lemak ini dikenali sebagai asid linolenik gamma. Ia juga berfungsi untuk penyuburkan kuku, kulit kepala dan rambut agar sihat selalu. Supplemen ini juga dapat membantu menjaga kesihatan kulit pengguna. Untuk memastikan kualiti tinggi dan terjamin, supplemen ini diimport sepenuhnya dari negara Kanada.
APPETON Fish Oil dan Omega 3
RM68.00
Supplemen ini bertujuan untuk membantu melancarkan pengedaran darah dan meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga digunakan untuk dapat membantu melindungi sendi daripada keradangan. Supplemen ini mengandungi 150mg EPA dan 100mg DHA. Minyak ikan juga dapat membantu dalam menurunkan lemak darah (trigliserida) dan melancarkan peredaran darah. Supplemen ini adalah dalam bentuk gel lembut. Gel lembut ini adalah daripada bovin yang halal dan tiada alkohol.
KORDEL’s Hi Omega Minyak Ikan
RM31.98
Dibuat daripada bahan semulajadi dan bahan berkualiti tinggi, supplemen ini mengandungi kepekatan tinggi minyak ikan Omega-3 sebanyak 300mg EPA dan 200mg DHA. Ia mengandungi 50% lebih EPA/DHA daripada supplemen minyak ikan yang lain. Supplemen ini dapat menjaga kesihatan jantung dan juga membantu menurunkan paras kolesterol. Supplemen ini tidak beracun, selamat untuk dimakan dan adalah di dalam bentuk gel lembut.
APPETON Vitamin C Kanak-kanak
RM29.60
Vitamin C APPETON A-Z kanak-kanak ini dapat membantu menguatkan badan dan membantu untuk melawan jangkitan. Supplemen ini mengandungi dos yang amat rendah untuk mengelakkan daripada berlebihan dos. Maka ia mengandungi 30mg vitamin C yang cukup untuk satu dos bagi kanak-kanak. Vitamin C adalah penting untuk mencegah kanak-kanak daripada selsema dan batuk. Vitamin ini boleh didapati dalam 3 perisa, strawberi, anggur dan oren.
CHAMPS Multivitamin
RM23.56
Champs Vitamin C adalah vitamin halal untuk kanak-kanak dalam satu tablet. Vitamin ini diformulasikan untuk membantu membina sistem imunisasi kanak-kanak. Ia dapat membantu melawan selsema dan batuk. Vitamin C juga dapat mengurangkan tempoh selsema kanak-kanak. Setiap botol mengandungi 100 tablet. Vitamin ini boleh didapati dalam perisa lain iaitu anggur. Produk ini adalah bebas daripada sakarin dan disarankan untuk diambil selepas makan.
.