Now Reading
Apple Malaysia Beri Diskaun Pelajar Untuk Produk Terpilih

Apple Malaysia Beri Diskaun Pelajar Untuk Produk Terpilih

Apple Malaysia

Anda seorang pelajar? Kami ada berita baik untuk anda. Sama ada anda pelajar di universiti atau kolej, Apple Malaysia ada menawarkan diskaun sehingga 10% untuk Mac, iPad, dan beberapa barangan lain lagi. Jika anda mencari peluang untuk iPhone, maaf tidak ada diskaun untuk produk iPhone.

Namun, ia tidak semudah yang anda bayangkan, kerana tidak semua produk Apple ditawarkan dengan potongan harga kepada pembeli. Sebaliknya, diskaun pelajar hanyalah tertumpu kepada produk tertentu, dan jumlah potongan harga juga adalah berbeza-beza.

Mungkin ini akan mengelirukan anda sedikit untuk pertama kali. Tetapi jangan bimbang, di sini saya akan memberikan serba sedikit maklumat yang perlu anda tahu, bermula dari siapa yang layak mendapatkan potongan harga hingga bagaimana anda boleh memohon.

Sedikit perhatian harus diberikan di sini, kerana bukan pelajar sahaja yang boleh mendapatkan tawaran potongan harga dari Apple Malaysia ini, anda yang sudah bekerja seperti saya ini juga boleh mendapatkan diskaun penjimatan ini.

Menarik bukan? Teruskan membaca artikel ini sehingga akhir untuk anda mengetahui bagaimana caranya mendapatkan tawaran diskaun ini sehingga dapat menjimatkan wang anda beratus ringgit malah boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

Mengambil contoh kepada produk MacBook Pro 13 inci, di mana harga biasa yang dijual di dalam laman web Apple Malaysia adalah RM5,599, manakala harga yang ditawarkan bagi diskaun pelajar Apple adalah RM5,169. Anda telah dapat berjimat sehingga RM430, satu angka yang tinggi bagi potongan harga untuk barangan Apple.

Siapa yang layak mendapatkan diskaun pelajar Apple?

#1 Pelajar pendidikan tinggi atau lebih tinggi.

Anda yang berumur 16 tahun dan ke atas yang mendaftar di institusi pengajian tinggi atau lebih tinggi, seperti kolej atau universiti, dan mempunyai dokumen atau ID pelajar sebagai bukti, boleh memanfaatkan diskaun pelajar Apple ini.

Ini bermaksud anda yang tergolong dalam kategori pelajar sekolah menengah atau pelajar tingkatan 6 juga layak mendapatkan diskaun ini. Anda juga boleh mendapatkan potongan harga ini sebaik sahaja anda diterima memasuki kolej atau universiti, walaupun anda belum lagi memulakan semester pertama.

#2 Ibu bapa pelajar.

Bukan hanya pelajar sahaja yang boleh mendapat potongan harga pelajar Apple. Anda juga boleh mendapatkannya jika anda adalah ibu bapa pelajar dalam pendidikan lanjutan atau lebih tinggi (seperti yang dijelaskan di atas) dan membeli peranti tersebut bagi pihak mereka. Anda tidak boleh menuntut diskaun, jika anda membeli produk itu untuk diri sendiri.

#3 Golongan yang bekerja dalam sektor pendidikan

Anggota kakitangan di kolej dan universiti pendidikan tinggi atau lebih tinggi, awam dan swasta, boleh memohon potongan harga pelajar ini, selagi anda dapat memberikan dokumentasi yang membuktikan anda bekerja di sektor pendidikan. Ini merangkumi bukan sahaja guru dan pensyarah tetapi juga bukan tenaga pengajar, seperti pekerja pentadbiran.

#4 Sesiapa saja

Mungkin ini kedengaran agak ganjil, kerana nombor empat ini saya kelaskan kepada sesiapa saja boleh mendapatkan diskaun ini, samada anda bekerja di dalam sektor pendidikan atau bukan. Perkataan mudah, anda yang bekerja sebagai pemandu e-hailing juga boleh mendapatkan diskaun ini.

Ini kerana kaedah proses yang diterapkan Apple adalah berbeza di setiap negara. Malaysia lebih bertuah kerana tidak perlu melalui proses yang susah dan ketat seperti di negara lain. Bagaimanapun kami tidak menjaminkan anda yang berada dalam kategori ini boleh mendapat diskaun pelajar ini pada masa depan.

Cara Mendapatkan Diskaun Pelajar Apple.

Sama ada anda pelajar, guru, pekerja pendidikan, ibu bapa, anda akan mendapat diskaun pelajar Apple dengan cara yang sama: dengan melawat Apple Store for Education dan kemudian mengesahkan bukti kelayakan anda.

Sebelum itu ada baiknya anda menyediakan dokumen yang diperlukan kerana sacara dasarnya sistem akan memintanya secara rawak tetapi jika anda bernasib baik, anda mungkin tidak memerlukannya.

Lawati Apple Store for Education Malaysia, dan pilih produk yang anda inginkan, dan setiap harga yang tertera adalah harga yang sudah diberi diskaun pelajar. Jika anda meragui harga tersebut, anda boleh melawat Apple Store Malaysia bagi melihat perbezaannya, dari sana anda akan mengetahuinya dengan lebih tepat.

Langkah seterusnya adalah seperti biasa anda melakukan pembelian atas talian, di mana anda boleh memilih untuk mendaftar dengan Apple Malaysia atau melakukan proses checkout sebagai pelawat biasa.

Produk apa yang ditawarkan untuk diskaun pelajar Apple ini?

Sekiranya anda mencari Mac, maka Diskaun Pelajar Apple boleh didapati pada MacBook Air, MacBook Pro (13-inci), MacBook Pro (16-inci), iMac dan iMac Pro, serta Mac Pro dan Mac mini. Sementara itu, jika anda mencari iPad, anda akan mendapat potongan Pelajar Apple untuk iPad Pro dan iPad Air, serta iPad dan iPad mini.

Selain daripada peranti dan produk yang disebutkan di atas, anda juga boleh mendapatkan akses Apple TV+ secara percuma jika anda melanggan Apple Music dengan harga RM14.90 sebulan dengan plan Pelajar Apple. Anda akan diberikan langganan percubaan selama 3 bulan sebelum membuat bayaran bulanan pertama.

Berikut sedikit sebanyak perkongsian untuk dijadikan manfaat buat anda. Jangan lepaskan peluang!

SUMBER:

https://www.apple.com/my-k12/shop

error: Content is protected !!