Apraksia adalah gangguan motor yang disebabkan oleh kerosakan kepada otak (khususnya korteks parietal posterior) di mana individu mengalami kesukaran pergerakan motor untuk melaksanakan tugas atau pergerakan apabila diminta, walaupun mereka memahami isyarat tersebut dan individu bersedia untuk melakukannya.
Sesetengah kanak-kanak mungkin dilahirkan dengan apraksia namun puncanya masih tidak diketahui. Simptom apraksia biasanya dapat dikesan pada peringkat awal kehidupan dalam perkembangan kanak-kanak.
Apraksia akibat kecederaan otak atau penyakit neurodegeneratif dikenali sebagai amnesia diperoleh. Terdapat pelbagai apraksia dan dikategorikan mengikut keupayaan tertentu atau bahagian tubuh yang melakukannya.
Jenis Apraksia
Terdapat beberapa jenis apraxia termasuk:
– Gangguan Bicara Apraksia (Apraxia Of Speech)
Gangguan ini melibatkan kesukaran merancang dan menyelaraskan pergerakan yang diperlukan bagi tujuan pertuturan. Gangguan bicara apraksia boleh menjejaskan bidang seperti pemahaman lisan, pemahaman bacaan, penulisan, artikulasi atau prosodi.
– Apraksia Buccofacial atau Orofacial
Jenis ini adalah yang paling biasa. Ia menyebabkan pesakit mengalami ketidakupayaan untuk melakukan gerakan wajah apabila diminta. Sebagai contoh, kesukaran untuk menjilat bibir, mengenyit mata, atau bersiul apabila diminta berbuat demikian. Ini menunjukkan ketidakupayaan untuk melakukan pergerakan sukarela menggunakan lidah, pipi, bibir, faring, atau laring mengikut perintah.
– Apraksia Konstruktural
Ketidakupayaan untuk menarik, membina, atau menyalin konfigurasi mudah, seperti bentuk yang bersilang. Pesakit mengalami kesukaran menyalin gambar rajah mudah atau menggambar bentuk asas.
– Apraksia Gait
Kehilangan keupayaan untuk melakukan fungsi normal anggota bawah badan seperti berjalan kaki. Namun, ia bukan disebabkan oleh kehilangan motor atau fungsi deria.
– Apraksia Idea/Konseptual
Pesakit mempunyai ketidakupayaan memahami konsep tugas dan sukar untuk menyelesaikan tindakan pelbagai langkah. Ia terdiri daripada ketidakupayaan untuk memilih dan menjalankan program motor yang sesuai.
Sebagai contoh, pesakit akan melakukan tindakan yang diperintahkan dalam cara yang salah/terbalik seperti menyapu jem di atas roti sebelum meletakkannya dalam alat pembakar roti, atau memakai kasut sebelum memakai stokin.
Selain itu, mereka juga hilang keupayaan melakukan tugas secara sukarela apabila diberi objek atau alat yang diperlukan. Sebagai contoh, jika diberi pemutar skru, pesakit akan cuba menulis menggunakannya seolah-olah ia sebatang pen, atau cuba menyikat rambut mereka dengan berus gigi.
– Apraksia Ideomotor
Pesakit mempunyai defisit dalam keupayaan mereka untuk merancang atau menyelesaikan tindakan motor yang bergantung pada ingatan semantik. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak dapat mengambil telefon apabila diminta berbuat demikian, tetapi boleh melakukan tindakan tanpa berfikir apabila telefon berdering.
– Apraksia Limb-Kinetik
Ketidakupayaan untuk melakukan pergerakan anggota badan seperti tangan dan kaki dengan tepat. Sebagai contoh, individu yang terjejas oleh apraksia ini mungkin mengalami kesulitan melambai tangan, mengikat tali kasut mereka, atau menaip pada komputer. Jenis ini merupakan kebiasaan dialami pada pesakit yang mengalami strok, beberapa jenis trauma otak, atau mengalami penyakit Alzheimer.
– Apraksia Oculomotor
Kesukaran menggerakkan mata mengikut perintah, terutamanya dengan pergerakan yang mengarahkan pandangan ke sasaran. Ia adalah salah satu daripada 3 komponen utama sindrom Balint.
Simptom Apraksia
Terdapat pelbagai simptom awal berkaitan Apraksia yang boleh dikesan sejak kanak-kanak, termasuk:
- Kesukaran atau ketidakupayaan menyusun suku kata dalam urutan yang sesuai untuk membuat kata-kata.
- Agahan yang minima sewaktu bayi
- Kesukaran mengatakan perkataan yang panjang atau rumit
- Percubaan yang berulang untuk sebutan kata-kata
- Tidak konsisten dengan pertuturan, seperti tidak dapat menyebut bunyi atau perkataan dengan betul pada waktu-waktu tertentu.
- Infleksi atau tekanan yang tidak betul pada bunyi atau perkataan tertentu
- Penggunaan komunikasi nonverbal yang berlebihan
- Menghilangkan bunyi vokal
- Menghapuskan konsonan pada permulaan dan hujung kata-kata
- Seolah-olah meraba-raba atau bersusah payah untuk membuat kata-kata
Punca Apraksia
Selalunya, apraksia disebabkan oleh lesi yang terletak di hemisfera otak yang tidak dominan, biasanya di lobus frontal dan parietal. Lesi tersebut mungkin terjadi akibat strok, kecederaan otak yang diperoleh, atau penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer atau demensia, penyakit Parkinson, atau penyakit Huntington. Ia juga tidak mustahil untuk berlaku disebabkan oleh lesi di bahagian otak yang lain.
Apraksia Ideomotor biasanya disebabkan oleh penurunan aliran darah ke hemisfera otak yang dominan terutamanya kawasan parietal dan premis. Ia sering terjadi kepada pesakit yang mempunyai degenerasi corticobasal.
Apraksia Idea/Konseptual pula banyak terjadi pada pesakit yang mempunyai lesi di hemisfera dominan. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan bagi apraksia jenis ini.
Apraksia Konstruktural berpunca dari luka-luka lobus parietal yang tidak dominan, yang boleh terjadi akibat kecederaan otak, penyakit, tumor atau keadaan lain yang boleh mengakibatkan luka di bahagian otak.
Diagnosis Apraksia
Walaupun kajian kualitatif dan kuantitatif wujud, terdapat sedikit sahaja pendapat mengenai cara yang tepat untuk menilai apraksia.
- Ujian untuk mengukur Apraksia Anggota Badan Atas (TULIA). Ianya merupakan salah satu kaedah menentukan apraksia anggota badan atas melalui penilaian kualitatif dan kuantitatif berkenaan pengeluaran isyarat. TULIA terdiri daripada sub ujian untuk imitasi dan gerak syarat seperti pantomim bukan simbolik (“meletakkan jari telunjuk anda di atas hidung anda”), intransitif (“lambaian selamat tinggal”) dan transitif (“menunjukkan cara menggunakan tukul”. Diskriminasi (membezakan antara tugas-tugas yang baik dan kurang baik) dan pengiktirafan (menunjukkan objek yang bersesuaian dengan gerak isyarat pantomim) juga sering diuji untuk penilaian apraksia.
Walau bagaimanapun, mungkin tidak terdapat korelasi yang kuat antara keputusan ujian rasmi dan prestasi sebenar dalam fungsi harian atau aktiviti kehidupan sehari-hari (Assessment of Activities of Daily Living, Self-Care, and Independence ADLs). Penilaian komprehensif apraksia termasuklah ujian formal, ukuran standard ADLs, pemerhatian rutin harian, soal selidik dan temu ramah yang disasarkan kepada pesakit dan saudara-mara mereka.
Seperti yang dinyatakan di atas, apraksia tidak boleh dikelirukan dengan aphasia (ketidakupayaan memahami bahasa). Kedua-duanya sering berlaku bersama. Telah dinyatakan bahawa apraksia sering diiringi oleh aphasia.
Rawatan Apraksia
Jenis rawatan biasanya bergantung pada keseriusan gangguan ucapan dan puncanya.
Pilihan rawatan termasuklah:
- Latihan terapi pertuturan yang memberi tumpuan kepada membina kebiasaan dengan kata-kata atau bunyi tertentu
- Latihan fizikal yang memberi tumpuan kepada menguatkan otot yang menghasilkan bunyi ucapan
Berikut merupakan beberapa rawatan yang dijalankan bagi pesakit Apraksia:
– Pemilihan sasaran
Pemilihan sasaran melibatkan seseorang yang hanya boleh mengeluarkan bunyi atau kata-kata tertentu supaya membiasakan diri dengan corak ucapan yang lain. Contoh terapi sasaran termasuk kata-kata atau bunyi yang sukar dituturkan oleh pesakit.
– Penggunaan kontekstual
Untuk pendekatan ini, individu akan diajar untuk mengenali bunyi ucapan dalam konteks berasaskan suku kata yang berbeza.
– Terapi kontras
Terapi kontras melibatkan perkataan pasangan yang mengandungi satu atau lebih bunyi ucapan yang berbeza. Pasangan kata contoh mungkin “beat” dan “feet” atau “dough” dan “show.”
– Terapi lisan-motor
Pendekatan terapi lisan-motor memberi tumpuan kepada peningkatan kekuatan otot, kawalan motor, dan kawalan nafas. Latihan ini dapat membantu pesakit meningkatkan kelancaran bertutur untuk menghasilkan ucapan yang lancar dan lebih alami.
– Alat telinga
Peranti telinga adalah alat elektronik kecil yang sesuai digunakan di dalam telinga. Peranti ini dapat membantu meningkatkan kefasihan pada orang yang gagap.
Sesetengah peranti telinga memainkan semula suara pemakai menjadikan seolah-olah individu lain sedang bercakap dengan mereka.
– Ubat
Sesetengah gangguan apraksia boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala keresahan. Keadaan yang menimbulkan tekanan boleh menyebabkan keresahan, justeru menjejaskan kebolehan pesakit bertutur dengan baik. Ubat keresahan boleh membantu mengurangkan gejala gangguan ucapan pada sesetengah orang.
SUMBER
https://www.webmd.com/brain/apraxia-symptoms-causes-tests-treatments