Jika anda ingin memulakan sebuah keluarga tetapi mengalami kesukaran untuk memperoleh anak, artificial insemination boleh menjadi pilihan untuk rawatan kesuburan.
Terdapat 4 jenis artificial insemination yang mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.
– Intracervical Insemination
Ini merupakan prosedur yang lebih mudah dan berkos rendah berbanding jenis artificial insemination yang lain kerana ia hampir sama dengan persetubuhan.
Semen (air mani) diletakkan di pembukaan serviks oleh pegawai perubatan dengan picagari tanpa jarum. Selepas sperm memasuki rahim, anda perlu memakai ‘conception cap’ untuk beberapa jam.
‘Cap’ tersebut mengandungi air mani pasangan anda untuk meningkatkan keberkesanan implantasi untuk persenyawaan ovum.
– Intrauterine Insemination (IUI)
Prosedur IUI ini dijalani dengan memasukkan sperma terus ke dalam rahim wanita dengan catheter. Ini merupakan salah satu artificial insemination yang efektif dan mempunyai keberkesanan yang tinggi. Jenis rawatan kesuburan ini efektif untuk anda yang berumur 30 tahun ke bawah.
– Intrauterine Tuboperitoneal Insemination
Rawatan kesuburan yang hampir sama dengan IUI, sperm dimasukkan ke dalam tiub Fallopio (saluran yang dilalui oleh ovum dari ovari ke dalam rahim). Sebaik sahaja air mani diletakkan di dalam rahim, pegawai perubatan akan meletakkan pengapit pada serviks untuk menghalang kebocoran air mani.
Pilihan ini sesuai untuk pasangan dengan pasangan lelaki pertengahan umur yang tidak subur atau ‘mild endometriosis’ kerana masalah pada organ yang terlibat.
– Intratubal Insemination
Juga dikenali sebagai prosedur ’fallopian tube sperm perfusion’, dalam rawatan kesuburan ini sperm dimasukkan ke dalam tiub Fallopio. Catheter melalui serviks anda rahim sperm diletakkan secara langsung pada tiub Fallopio.
Perkara paling penting dalam setiap artificial insemination adalah mematau kitaran haid dan subur anda. Pastikan pegawai perubatan anda ambil maklum tentang kitaran haid anda, tidak kira sama ada kitaran semulajadi anda atau kesuburan disebabkan ubat.
Jenis rawatan manakah yang terbaik?
Disebabkan setiap tubuh manusia berbeza dan unik, jenis artificial insemination terbaik bergantung pada tubuh anda.
Bergantung juga pada bajet, keperluan kesihatan dan pilihan yang dibincang oleh anda dan doktor kesuburan yang dirasakan terbaik untuk anda dan keluarga baru anda.
SUMBERhttps://www.azfertility.com/types-of-artificial-insemination/
https://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/artificial-insemination#1
https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/intrauterine-insemination/about/pac-20384722