Now Reading
Asid Hidrosisitrik (Hydroxycitric acid) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Asid Hidrosisitrik (Hydroxycitric acid) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Asid hidroksisitrik

Kegunaan Asid Hidrosisitrik

Asid hidrosisitrik adalah bahan kimia yang serupa dengan asid sitrik. Ia boleh didapati daripada kulit buah dari beberapa spesies Garcinia. Ia juga boleh dijumpai pada jenis bunga raya.

Ia paling sering digunakan untuk meningkatkan prestasi atletik dan untuk menurunkan berat badan, tetapi tidak ada bukti saintifik yang baik untuk menyokong penggunaan ini atau yang lain.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Asid ini dapat mengalakkan penurunan berat badan dengan mencegah penyimpanan lemak dan mengawal selera makan. Ini dapat meningkatkan prestasi latihan dengan membatasi penggunaan tenaga yang tersimpan di otot, yang dilihat boleh mencegah keletihan.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Asid Hidrosisitrik

Kehamilan dan menyusu badan: Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai untuk mengetahui sama ada asid ini selamat digunakan semasa hamil atau menyusu badan.

Gangguan pendarahan: Terdapat kebimbangan bahawa asid ini dapat memperlambat pembekuan darah. Ini mungkin meningkatkan risiko pendarahan atau lebam pada orang dengan gangguan pendarahan.

Diabetes: Asid ini dapat mengurangkan gula darah. Pantau tahap gula dalam darah dengan teliti. Dos ubat anti diabetes mungkin perlu disesuaikan.

Pembedahan: Asid ini boleh mempengaruhi kadar gula dalam darah dan pembekuan darah yang perlahan. Ini mungkin menjadikannya lebih sukar untuk mengawal gula darah dan pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti pengambilannya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan Asid Hidrosisitrik

Apabila diminum: Asid ini adalah SELAMAT bagi kebanyakan orang apabila diminum selama 12 minggu atau kurang.

Ia boleh menyebabkan rasa mual, perut tidak selesa, atau sakit kepala. Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui sama ada ia selamat jika digunakan dalam jangka masa panjang.

Kontraindikasi  Asid Hidrosisitrik

Tidak ada kontraindikasi yang disenaraikan untuk ubat ini.

Interaksi Asid Hidrosisitrik

Kami tidak mempunyai maklumat mengenai interaksi asid hidrosisistrik.

Dos Asid Hidrosisitrik

Dos asid hidrosisitrik yang sesuai bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, kesihatan pengguna, dan beberapa keadaan lain. Pada masa ini, tidak ada maklumat saintifik yang mencukupi untuk menentukan julat dos yang sesuai.

Perlu diingatkan bahawa produk semula jadi tidak semestinya selamat dan dos yang tepat adalah penting. Pastikan anda mengikuti arahan yang relevan pada label produk dan berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor atau pegawai perubatan anda sebelum menggunakannya.

Sumber

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1461/hydroxycitric-acid-hca

error: Content is protected !!