Now Reading
Resipi Ayam Goreng Berempah Wangi & Rangup

Resipi Ayam Goreng Berempah Wangi & Rangup

Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Sedap juga jika dimakan bersama nasi putih yang panas begitu sahaja.

Apa yang paling istimewa tentang resepi ini ialah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng. Lagi banyak serai, lagi sedap dan wangi ayam gereng berempah ini. Juga lagi lama ayam diperap, lagi sedap dan lembut rasanya. Boleh juga perap di malam hari jika anda nak sediakan untuk sarapan pagi bersama nasi lemak. 

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih*
  • 5 batang serai, potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
  • garam secukup rasa
  • 5 tangkai daun kari
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 6 ulas bawang putih
    • 5 biji bawang merah
    • 3 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Untuk bahan bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  3. Gaul ayam bersama kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi lama diperap lagi sedap rasa ayam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.

Tips:

  • Kalau nak pastikan ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup seketika. sehingga masak.
  • Goreng di atas api sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di dalamnya masih mentah.

Toshiba Blender

RM135.00

2 kelajuan dengan fungsi nadi (pulse). Bilah yang boleh ditanggal untuk pembersihan yang mudah. Kaki anti slip yang boleh ditanggalkan untuk kawalan yang stabil. Kuasa motor luar biasanya memberikan hasil selembut sutera namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

Gambar Kredit:

https://www.unileverfoodsolutions.com.my/ms/resipi/ayam-goreng-berempah-R0082119.html

error: Content is protected !!