Chicken katsu adalah hidangan Jepun yang dibuat dengan kepingan ayam goreng yang rangup dan nipis. Istilah “katsu” bermaksud cutlet. Anda boleh menjumpai katsu dengan pelbagai jenis daging, termasuk ayam, daging babi dan makanan laut.
Secara tradisional, katsu ayam dibuat dengan menggoreng potongan ayam dengan tepung putih, telur, serbuk roti panko dan minyak sayuran serba guna. Panko sangat popular dalam masakan Jepun, dan terkenal membuat potongan daging yang renyah kerana lebih ringan dan lebih flaker daripada serbuk roti biasa. Serpihan yang lebih besar menyerap lebih sedikit minyak dan memberikan tekstur renyah yang diinginkan, tetapi seperti kebanyakan serbuk roti di pasaran sekarang, panko dibuat dengan roti putih yang diproses.
Ini merupakan resepi Ayam Katsu rangup yang sihat. Nikmati hidangan klasik Jepun yang lazat ini hanya dengan sekitar 6g karbohidrat bersih/ hidangan. Jom ikuti cara penyediaan makanan ini yang mudah seperti di bawah.
- Masa persediaan – 10 minit
- Masa memasak – 10 minit
- Tempoh penjerukkan: 1 Jam
- Tahap – Sederhana
- Saiz hidangan: 2 orang
Peralatan yang diperlukan:
- Pengisar
- Termometer
- Kuali
Bahan-bahan:
Bahan untuk ayam:
- 450g dada ayam (sekitar 3 hingga 4 keping)
- 1/8 sudu teh garam
- 1/8 sudu teh lada hitam
- 1/8 kubis bulat
- 1/8 lemon (pilihan)
- 1/2 cawan tepung almond
- 2 telur
- 1/3 cawan sekam psyllium
- 2 cawan minyak sayuran untuk ‘deep frying’
Bahan perapan:
- 2 cawan air
- 1 sudu besar garam
- 2 sudu kecil sos tomato
- 1 1/2 sudu sos Worcestershire
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu teh pemanis Stevia atau Erytritol
Cara penyediaan:
- Perap ayam selama 1 jam dengen 2 cawan air dan 2 sudu besar garam. Selepas itu, keringkan ayam dengan tisu kertas dan1 taburkan garam & lada pada kedua-dua sisi dan letak ke tepi.
- Potong sayur kubis ke cebisan kecil dan potong biji lemon mengikut pilihan anda. Pindahkan kedua-duanya kepada pinggan hidangan.
- Dalam mangkuk campuran kecil, gabungkan sos tomato, sos Worcestershire, sos tiram dan pemanis. Gaulkan kesemua bahan dengan baik dan ketepikan seketika.
- Isi 1 mangkuk dengan tepung almond, 1 mangkuk dengan telur yang dipukul, 1 mangkuk dengan sekam Psyllium.
- Celup dan salutkan setiap belah paha ayam dengen tepung almond. Selepas itu, celup ke dalam telur yang telah dipukul dan kemudiannnya salut dengan sekam Psyllium. Setelah disalut, letakkan pada pinggan.
- Goreng ayam dengen peruk dengen api sederhana ataupun gunakan air fryer untuk versi lebih sihat.
- Setelah kering, potong ayam ke dalam hirisan 1/2 inci dan hiaskan pinggan dengan kubis. Nikmati kepingan ayam katsu rangup dengan sos yang dituangkan.
Selamat mencuba!
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.
Kenwood Blender
RM149.00
Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.