Now Reading
Ayam masam manis

Ayam masam manis

Ayam masam manis

Ayam Masak Masam Manis. Hidangan ringkas untuk sepanjang masa, ayam goreng dimasak bersama nanas karamel masam manis. Digaul rapi pula dengan sos masam manis sehalus sutera, tiada sesiapa pun menikmatinya sehingga licin pinggan.

Resepi hidangan ayam masak masam manis ini mempunyai 450 kalori, 22 gram lemak dan 1,260 miligram sodium berbanding resepi lain.

Goreng ayam menggunakan tepung jagung supaya kuahnya nanti menjadi lebih pekat. Boleh juga goreng ayam menggunakan tepung goreng segera ataupun sekadar gunakan garam dan kunyit sahaja. Kalau gunakan garam dan kunyit sahaja korang boleh tambahkan sedikit bancuhan air tepung jagung semasa memasak untuk memekatkan kuahnya.

  • Masa persediaan – 10 minit
  • Masa memasak – 15 minit
  • Tahap – Mudah
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Kuali
  • Pemukul
  • Periuk sedikit dalam

Bahan-bahan:

  • 2 putih telur yang besar
  • 4 sudu teh tepung jagung
  • 450g dada ayam, dipotong menjadi kepingan 1 inci
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 60ml air
  • 3 sudu cuka cider
  • 2 sudu gula perang
  • 1 1/2 sudu kecil kicap soya
  • 2 sudu minyak kanola
  • 1 biji lada merah, dipotong menjadi kepingan 1 inci
  • 40g ketulan nenas segar
  • 2 sudu teh halia diparut segar
  • 3 batang daun bawang, dipotong menjadi kepingan 1 inci
  • 3/8 sudu teh garam

Cara penyediaan:

  1. Gabungkan putih telur dan 1 sudu tepung jagung dalam mangkuk besar, kacau dengan pemukul.
  1. Tambahkan ayam ke mangkuk, selaputinya secara sekata dengan bahan-bahan tersebut.
  1. Kacaukan baki 1 sudu teh jagung, sos tomato dan 4 bahan seterusnya (masukkan kicap) dalam mangkuk yang lain.
  1. Panaskan kuali tidak melekat pada suhu sederhana tinggi. Tambahkan 1 sudu minyak pada kuali.
  1. Kemudian, masukkan lada merah ke dalam kualiti dan masak selama 2 minit.
  1. Tambahkan nenas, halia dan bawang merah dan masak selama 2 minit lagi, kacau sekali-sekala. Pindahkan campuran lada ke dalam pinggan.
  1. Masukkan baki 1 sudu minyak ke dalam kuali. Masukkan campuran ayam dan goreng selama 6 minit atau sehingga ayam bertukar menjadi keemasan dan siap dimasak.
  1. Masukkan campuran kicap, garam dan campuran lada ke dalam kuali. Biarkan ia masak selama 1 minit.
  1. Setelah kuah menjadi sedikit pekat, ianya boleh terus dihidangkan.

Selamat mencuba!

Stainless Steel Whisk Mixer

RM33.00

Reka bentuk bulat dan keluli tahan karat sangat sesuai untuk mencampurkan telur atau sos. Kebanyakan whisks terdiri daripada pemegang panjang dan sempit dengan mempunyai gelung dawai yang disambungkan pada hujungnya. Whisks biasanya digunakan untuk mencampur putih telur sehingga menjadi buih untuk membuat meringue. Ia sangat mudah digunakan dan ianya wajib ada bagi yang sukakan memasak.

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

error: Content is protected !!