Now Reading
Ayat Pengasih Untuk Memikat suami Dengan Izin Allah

Ayat Pengasih Untuk Memikat suami Dengan Izin Allah

Mari kami kongsikan ayat pengasih untuk memikat suami dengan izin Allah. Semoga anda boleh mengamalakan bagai kebahagian rumah tangga.

Ayat Pengasih adalah ayat yang dibacakan bagi tujuan memberi orang lain suka kepada diri kita dari segi hubungan atau layanan mereka terhadap pengamal ayat pengasih ini. Ianya bertujuan supaya orang lain suka atau menjadi senang apabila berhadapan dengan orang yang mengamalkan ilmu ini. Ayat pengasih ini terdapat dua kategori iaitu jenis yang haram diamalkan dan jenis yang halal diamalkan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan oleh agama.

Ayat/doa pengasih yang harus (boleh diamalkan)

Terdapat beberapa batas islam yang melarang penggunaan ayat pengasih ini antaranya ialah Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi akidah Islam, Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara'(Contoh- mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih didepan kubur),Meminta pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya, Ayat pengasih yang tidak ditulis di atas kertas, & perlu di bawakemana mana oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang padanya- Ia seolah olah tangkal,Tidak menyeru atau memuja kalimah atau nama-nama yang tidak difahami maknanya, yang terdiri daripada nama iblis dan syaitan atau sembahan orang kafir.

Surah Yusuf (Ayat 4)
Ayat pengasih untuk memikat suami yang selalu kita dengar adalah surah Yusuf (ayat 4). Anda boleh bacakan doa ini setiap kali lepas solat, ketika teringatkan suami, sebelum tidur, ketika ada dirumah bersama suami atau pada bila-bila masa sahaja.

ayat pengasih

Nabi Yusuf berkata kepada bapanya yang bermaksud,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

Surah ini boleh dibacakan 3 kali di air minuman dan kemudian minum air tersebut dengan niat untuk naikkan seri wajah dan dikasihi suami. Insyallah berkesan dan Allah permudahkan.

Kalimat “Ya Abrozhu”
Anda juga boleh tambahkan kalimat “Ya Abrozhu” yang berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin” selepas membaca surah Yusuf tadi.

Surah Asy-Syu’raa (Ayat 19)
Bacalah surah Asy-Syu’raa (ayat 19) juga merupakan salah satu ayat pengasih memikat suami. Suami akan lebih lembut hati, lebih sayangkan anda. Allah swt akan memakbulkan hajat anda yang ingin disayangi dan dikasihi suami. Bacalah selalu setiap hari.

ayat pengasih

Bermaksud: “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa”.
Bacakan surah ini pada makanan yang tengah dimasak untuk keluarga atau suami bagi meningkatkan kasih sayang antara suami dan keluarga terhadap anda.

Surah Taha (Ayat 1-8)
Baca pula surah Taha (ayat 1-8) selepas membaca surah Yusuf. Surah Taha dapat melembutkan hati suami dan menyenangkan orang ketika berada bersama anda.

ayat pengasih

Surah Taha (Ayat 39)
Ayat pengasih memikat suami dari surah Taha (ayat 39) juga boleh diamalkan atau dibacakan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 kali sehari. Anda boleh membaca dan tiup pada ubun-ubunnya suami. Cara lain adalah baca kepada makanan yang suami anda ingin makan.

ayat pengasih

Maksud: Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Surah Ali Imran (Ayat 31)
Setiap ayat Al-Quran mempunyai khasiat dan zatnya yang tersendiri anda harus berniat dan doa yang baik ketika membacanya dan ayat pengasih seterusnya adalah Surah Ali Imran (ayat 31).

Ayat pengasih ini boleh dibacakan sewaktu memegang suami, sama ada tengah mengurut kepalanya, badan, leher, pinggang kerana ia sangat sesuai dibacakan masa tersebut. Suami akan berat hati dan susah untuk kahwin lain, Insyallah dengan izin Allah ia berkesan jika anda amalkannya selalu.

ayat pengasih

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Qadr
Surah Al-Qadr sememangnya adalah ayat pengasih yang ramai tak tahu. Bacalah dalam solat setiap hari atau sebelum anda bersetubuh dengan suami. Ia membuatkan anda lebih tenang, berkasih sayang dan romantis. Ayat pengasih ini juga sesuai bagi mereka ingin kelihatan awek muda.

Surah Al-Inshirah
Surah Al-Inshirah mempunyai fadhilat yang luar biasa kepada para isteri dan ibu. Ayat pengasih ini boleh dibacakan pada ayat ke 4 dan tiup pada tangan serta usap ke wajah anda hingga ke bahagian belakang anda. Ulang sebanyak 3 atau 7 kali untuk lebih berkesan dan dirahmati Allah SWT.

Ia dapat menenangkan fikiran anda, melapangkan dada, mempermudahkan urusan anda dan membaiki hubungan silaturrahim sesama manusia.

Surah Al-Imran (ayat 200)
Anda akan berasa lebih kuat, tabah dan bersabar dengan mengamalkan ayat ini. Rumah tangga akan berada dalam keadaan tenang dan semua masalah dapat diselesaikan dengan baik dan mudah. Percayalah dengan pertolongan Allah SWT.

ayat pengasih

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

5 Zikir Ayat Pengasih Memikat Suami

  • Ya Latif
  • Ya Rahman
  • Ya Hayyu
  • Ya Qayyum
  • Ya Rahman

Berikut adalah ayat pengasih memikat suami yang kami kongsikan kepada anda dan boleh diamalkan untuk suami atau anak-anak terus sayang kepada kita. والله أعلم

sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ayat_pengasih

https://bidadari.my/ayat-pengasih/

error: Content is protected !!