Tahiyat Akhir dan Tahiyat awal adalah salah satu rukun solat yang kita perlu lakukan ketika laksanakan solat. Sekiranya kita tidak membaca tahiyat akhir solat kita akan terbatal. Namun sekira kita melakukan tahiyat awal kita hendaklah melakukan sujud sahwi.
Bacaan tahiyat akhir dan tahiyat awal adalah penting. Oleh itu disini kami kongsikan info kepada anda berkaitan dengan tahuyat akhir dan tahiyat awal.
Bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal
Bacaan yang kami sediakan adalah sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin mula belajar dan menghafal bacaan ini. Ianya amatlah sesuai buat kanak-kanak serta mualaf.
Namun, ingin kami ingatkan bahawa, untuk memastikan bacaan anda adalah tepat anda perlulah bimbingan ustaz atau ustazah yang professional. Hal ini demikian kerana jika tersalah atau tertinggal bacaan yang sebenar mampu membatalkan solat anda.
Antara Syarat Tahiyat Akhir dan Awal (Tasyahud)
Terdapat beberapa perbezaan ketika melakukan tasyahud akhir dan tasyahud awal. Posisi ketika melakukan tahiyat akhir adalah dalam keadaan tawarruk. Tawarruk bermaksud kedudukan di mana punggung berada di atas lantai atau iftirasy iaitu punggung bahagian kiri di atas tumit kaki kiri.
Kedudukan Tawarruk
Kedudukan Iftirasy
Posisi kedudukan kedua-duanya iaitu secara Iftirasy atau Tawarruk adalah sah mengikut pandangan Syafi’eyyah. Berbeza dari segi sunnah, duduk Tawarruk adalah pada akhir solat ketika tahiyyat akhir dan duduk Iftirasy pula pada tahiyyat awal.
Walaupun begitu seorang Faqih an-Nafs, mengambil kira kesesuaian keadaan sekeliling ketika melakukan tahiyyat akhir. Posisi duduk secara iftirasy adalah sesuai ketika berada dalam suasana yang sempit. Keadaan ini diambil kira bagi mengelakkan rasa tidak selesa jemaah yang berada bersebelahan sekiranya kita duduk secara Tawarruk.
Namun sekiranya keadaan kawasan adalah lapang posisi kedudukan secara tawarruk tidak menyulitkan jemaah lain, maka dia memilih duduk secara Tawarruk.
Bacaan Tahiyat Akhir Dan Tahiyat Awal
Tahiyyat Akhir
Maksudnya
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Tahiyat Awal
Maksudnya
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Syarat Melaksanakan
- Anda mestilah memperdengarkan sendiri bacaan Tasyahud
- Perkataan-perkataan tasyahud hendaklah dibaca berurutan. Sekiranya bacaan tasyahud diselangi atau perkataan asing atau diam yang panjang, maka bacaan tasyahud itu batal dan solatnya adalah batal. Kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
- Posisi ketika membaca tasyahud hendaklah dalam kedudukan yang betul dan diikuti oleh salam.
- Handaklah melafaz bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
- Huruf-huruf dalam bacaan tasyahud hendaklah dibaca dalam makhraj yang tepat.
- Baris-baris dan sabdu dalam bacaan tasyahud hendaklah dilafaz dengan tepat.
- Syarat untuk membaca tasyahud, hendaklah membaca dengan tertib. Sekiranya tidak membaca mengikut tertib bacaan akan mengubah makna dan tidak sah.
Fadhilat Dan Kelebihan Tahiyat
Apakah kelebihan Tahiyat?
Tahiyat merupakan keadaan kita memberi persembahan dan penghormatan kepada Pengurus langit dan bumi yang dibesar-besarkan, yang diagung-agungkan, yang dipuja dan dipuji iaitu Allah SWT.
Ketika kita melakukan tahiyyat terdapat empat bentuk penghormatan yang dipersembahkan:
Penghormatan yang pertama adalah dikhususkan kepada al-Kholid, Pencipta kita dengan lafaz yang bermula dengan اَلتَّحِيَّاتُ (segala penghormatan / ucapan selamat)
Penghormatan yang kedua kepada junjungn kita Nabi Muhammad SAW dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ (salam sejahtera ke atas kamu)
Penghormatan yang ketiga adalah dan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri dengan lafaz اَلسَّلَامُ عَلَيْنَا (salam sejahtera ke atas kami)
Penghormatan yang keempat dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh dengan lafaz عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ (hamba-hamba yang soleh)
Setelah kita selesai melafaz penghormatan dan kesejahteraan ke atas seluruh hamba Allah yang soleh, kita perkukuhkan lagi keyakinan kita dalam kumpulan besar makhluk-makhluk Allah yang soleh di dunia ini dengan melafaz syahadah.
Hal ini membuktikan bahawa penyaksian tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sama dengan penyaksian mereka.
Keimanan kita juga sama dengan keimanan mereka terhadap Allah dan rasul pesuruhNya.
Berikut adalah perkongsian berkenaan dengan tahiyyat akhir dan tahiyyat awal. Semoga bermanfaat!
SUMBER:
https://akuislam.com/blog/ibadah/tahiyat-akhir-tahiyat-awal/
http://doaharian.net/2018/04/08/bacaan-tahiyat-awal-tahiyal-akhir-rumi-dan-jawi/