Pengenalan
Bactine digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan kulit kecil yang terjadi disebabkan luka kecil, goresan, atau melecur. Ia boleh didapati tanpa preskripsi doktor sebagai rawatan diri. Seterusnya, produk ini mengandungi neomycin, bacitracin dan polymyxin, iaitu jenis antibiotik yang berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan bakteria.
Ubat ini hanya dapat mencegah/ merawat jangkitan kulit disebabkan bakteria. Ia tidak akan berfungsi untuk jenis jangkitan kulit yang lain disebabkan kulat atau virus. Penggunaan atau penyalahgunaan antibiotik yang tidak perlu boleh menyebabkan keberkesan yang kurang.
Kegunaan Bactine
Bactine digunakan untuk mengurangkan rasa sakit atau ketidakselesaan disebabkan kerengsaan kulit seperti selaran matahari, gigitan serangga, racun ivy, oak beracun, racun sumac dan luka kecil, calar, atau melecur. Selain itu, ubat ini juga digunakan untuk merawat ketidakselesaan rektum yang terjadi disebabkan buasir.
Ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Kesan sampingan Bactine
Kemerahan, sengatan dan sedikit pembengkakan yang sementara mungkin berlaku setelah ubat ini digunakan. Sekiranya kesan ini berterusan atau bertambah buruk, segera beritahu doktor anda.
Sekiranya doktor telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, ketahuilah bahawa dia telah menilai bahawa faedah ubat ini lebih besar daripada kesan sampingan yang boleh berlaku. Ramai orang yang menggunakan ubat ini biasanya tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang sangat serius, termasuk pernafasan perlahan/ cetek, sawan, kulit pucat/ kebiruan/ kelabu, keletihan yang tidak biasa, sesak nafas, degupan jantung yang cepat/ lambat/ tidak teratur.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan sampingan Bactine yang berkemungkinan untuk berlaku. Sekiranya anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.
Interaksi Bactine
Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat Bactine. Pastikan anda menyimpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi/ bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mulakan, berhenti, atau ubah dos ubat-ubatan tanpa mendapat kebenaran daripada doktor anda.
Kontraindikasi Bactine
Sebelum menggunakan Bactine, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya; atau terhadap anestetik jenis ‘amide’ lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif, yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya berkaitan masalah atau jangkitan kulit di kawasan di mana Bactine akan digunakan, penyakit jantung, penyakit hati, gangguan darah tertentu (methemoglobinemia).
Sekiranya anda akan menjalani ujian MRI, beritahu pegawai ujian bahawa anda menggunakan produk ini. Beberapa jenama ubat ini mungkin mengandungi logam yang boleh menyebabkan luka bakar serius semasa imbasan MRI dilakukan dan tidak boleh digunakan sebelum pencitraan MRI. Tanya doktor atau ahli farmasi anda mengenai jenama Bactine tertentu yang anda gunakan.
Berhati-hati juga apabila menggunakan ubat ini pada kanak-kanak kerana mereka mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan ubat berbanding golongan dewasa.
Bactine dan kehamilan
Semasa kehamilan, ubat ini harus digunakan hanya jika diperlukan dengan jelas sahaja. Bincangkan risiko dan faedahnya dengan doktor anda. Malah, ubat ini boleh meresap masuk ke dalam susu ibu, tetapi ia mungkin tidak membahayakan bayi yang menyusu. Jadi, pastikan anda merujuk doktor anda sebelum menyusukan bayi anda.
Dos Bactine
Ubat ini hanya boleh digunakan pada bahagian kulit. Ikuti semua arahan pada bungkusan produk atau gunakannya seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, tanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda.
Bersihkan dan keringkan kawasan kulit yang terkesan. Sekiranya anda menggunakan krim, basuh tangan anda terlebih dahulu. Kemudian, gunakan sedikit ubat dengan lapisan nipis pada kulit dan sapu dengan lembut, biasanya 1 hingga 3 kali sehari. Basuh tangan anda selepas menggunakan krim tersebut.
Sekiranya anda menggunakan semburan, goncangkan bekas dengan baik sebelum menggunakannya, kemudian semburkan sedikit di kawasan yang terjejas seperti yang diarahkan. Ini biasanya perlu dilakukan sebanyak 1 hingga 3 kali sehari. Anda mungkin perlu menutupi kawasan rawatan kecil dengan pembalut steril.
Jangan gunakan sejumlah besar ubat ini, atau gunakan lebih kerap mahupun untuk jangka masa lebih lama daripada yang diarahkan. Keadaan anda tidak akan cepat sembuh, tetapi risiko kesan sampingan mungkin meningkat. Malah, jangan gunakan ubat ini pada kulit yang terkesan di bahagian bawah badan kanak-kanak kecuali jika diarahkan oleh doktor. Setelah menggunakan ubat ke kawasan lampin, jangan gunakan lampin atau seluar plastik yang ketat.
Elakkan terkena ubat ini di mata atau di dalam hidung atau mulut. Sekiranya ini berlaku, lap ubat dan bilas dengan air.
Gunakan ubat ini secara berkala untuk mendapatkan manfaat yang maksimum.
SUMBER
https://www.drugs.com/mtm/bactine.html
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-5446/bactine-with-alcohol-topical/details