Now Reading
Baden-baden bundle, apa yang best?

Baden-baden bundle, apa yang best?

baden-baden bundle

Nak tahu apa yang best dengan Baden-baden bundle ni? Jom kami ceritakan kepada anda apa itu baden-baden bundle ni. Artikel ini untuk anda!

Pada asasnya, baden-baden bundle ini merupakan salah 1 kedai pakaian bundle yang terdapat di beberapa kawasan di Malaysia. Ya, ia hanya ada beberapa cawangan sahaja yang didirikan.

Buat penggemar bundle, semestinya barangan bundle seperti pakaian dan lain-lain barangan bundle sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan anda kan? Mana tak nya, barangan bundle ni murah kan berbaloi pulak tu beli banyak untuk kegunaan harian.

Eh jatuh standard ke kalau pakai barang bundle ni? Tak pun lah, pakaian bundle ni siapa cakap tak de kualiti? Kebanyakan barang yang berjenama mahal pun pada akhirnya tetap jadi barangan bundle juga. Jadi, ini lah fungsinya kedai baden-baden bundle ini ditubuhkan.

Ya, sekiranya anda bernasib baik barangan yang berjenama mahal yang anda tak mampu nak beli dulu kini anda boleh dapatkannya hanya di kedai bundle. Ha, jimat bukan? Jadi, dah tahu ke kenapa baden-baden ni ada peminatnya yang tersendiri?

Tak hairan lah, kalau anda nampak ramai yang berkunjung ke kedai barangan bundle ni. Anda tetap boleh nampak bergaya tau walau hanya mengenakan pakaian bundle. Yang anda perlukan sekarang hanyalah untuk menjadi kreatif sahaja untuk biarkan ia tampak ekslusif bila memakainya.

Untuk maklumat terperinci, baden-baden bundle ni merupakan kedai barangan terpakai yang diusahakan oleh Sultan Yushak. Sudah 35 tahun mereka berkecimpung dalam industri ni. Mereka menawarkan pelbagai pilihan barangan vintaj yang diimport dari Australia Amerika, dan Jepun. Wah, menarik bukan?

Pada tahun 1986 kedai ini telah ditubuhkan yang bermula dengan berniaga di gerai kecil dengan menjual dan juga menukar pakaian terpakai di tepi jalan atau pun di pasar malam. Uniknya, mereka ini dikenali dengan menjual pelbagai pilihan kemeja – t grafik dan juga kasut vintaj. Pinggan mangkuk lama lama dan antik pun ada tau!

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan adalah peribahasa yang tepat dalam menerangkan fenomena barangan bundle ni. Selepas baden-baden bundle pertama ditubuhkan ia kemudian bertambah dan didirikan ditempat yang lain pula. Dibawah kami kongsikan beberapa cawangan baden-baden bundle ini berada:

  • Baden-Baden Bundle Setapak
  • Baden-baden Bundle PJ
  • Baden-Baden Bundle Gombak/Butik Bundle
  • Baden-Baden Bundel Subang
  • Baden-Baden Bundle Jalan Sungai Keranjie Shah Alam
  • Baden-Baden Bundle Shah Alam Seksyen 32
  • Baden-Baden Bundle Tanjung Malim
  • Baden-Baden Bundle Batu 8, (Negeri 9)
  • Baden-Baden Bundle Batu 4, (Negeri 9)
  • Baden-Baden Bundle Masjid Tanah (Melaka)
  • Baden-Baden Bundle Taman Indah (Batu Gajah)

Bukan itu sahaja, kini anda tidak lagi terikat untuk pergi ke kedai yang kami nyatakan di atas ni. Buat anda yang jauh dari Baden-Baden Bundle di atas ni anda boleh menggunakan khidmat shopee : http://www.shopee.com.my/badenbadenonline. Ya, mereka pun turut menggunakan pembelian secara atas talian. Mudah kan?

Mereka juga turut mempunyai akaun Facebook, Blogspot dan instagram. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini ya, kami sediakan link khas untuk mudahkan urusan anda.

Faecbook : Baden Baden Bundle

Instagram: https://instagram.com/badenbadenbundle

Blogspot: http://badenbadenbundle.blogspot.com/

Atau anda juga boleh terus menghubungi untuk bertanyakan mengenai lokasi mahupun sebarang pertanyaan ke nombor ini, Nazir – 012-2526511.

Di sini, boleh dikatakan syurga dunia lah untuk penggemar bundle kerana terdapat pelbagai pilihan baju, topi, seluar panjang, seluar pendek, dress, skirt, kasut dan banyak lagi lah. Barangan perempuan, barangan lelaki dan barangan kanak-kanak pun tidak terkecuali.

Disebabkan kedai ini membawa imej vintaj iaitu vintaj apparel yang berunsurkan muzik sekitar 80-an, 90-an dan juga muzik moden sekaligus menjadikan barangan di sini semuanya adalah unik dan menarik hati ramai pengunjung.

Bagi anda yang suka sangat buat koleksi barangan berjenama dan band-band top boleh lah cuba singgah ke sini.  Terdapat pelbagai pilihan baju khususnya dari band-band top dari seluruh dunia seperti : Iron Maiden, Incubus, Rolling Stone, Rancid, Sex Pistols, Led Zeppelin dan banyak lagi yang dijual disini. Memang rare habis lah !

Amacam? BAEEIIK PUNYA! Ya, ini adalah slogan kedai ni. Sesuai sangat lah kan? Apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang ni untuk bawa family anda ke sana ya !

Selain mempunyai kedai fizikal, mereka juga turut tidak ketinggalan untuk mempromosikan barangan mereka dengan menjual melalui secara atas talian dengan menggunakan platform “live-stream” untuk memudahkan para pembeli membuat pemilihan sebelum mereka book dan melakukan pembayaran.

Ramai sedia maklum, yang zaman sekarang ni Malaysia menghadapi ancaman wabak covid-19. Jadinya, rata-ratanya pendapatan penduduk semakin terjejas. Ramai yang kehilangan kerja, dibuang kerja dan sebagainya dek kerana majikan sudah lagi tidak mampu membayar gaji pekerja. Walaupun kerajaan ada menyediakan peruntukkan untuk kelangsungan hidup, takkan lah nak bergantung kepada duit itu semata sahaja kan?

Anda dapat sesuatu tak dari pembacaan ni? Ha, untuk anda yang tengah fikir macam-mana lagi cara nak cari pendapatan tu Ini berita baik untuk anda. Kami sudah berikan idea terbaik untuk anda bagaimana mahu mulakan perniagaan. Apa kata anda mencuba untuk menjual barangan bundle? Ha, idea yang menarik kan?

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Diharapkan, ia dapat membantu anda untuk mencari barangan bundle di sekitar anda. Semoga bermanfaat.

Sumber

http://astarawistana-momoi.blogspot.com/2011/04/bundle-baden-baden.html?m=1

https://www.diyprintingsupply.com/mblog/bisnes-baju-bundle-untung-ribuan-ringgit-ini-5-panduan-untuk-anda/

https://www.remaja.my/kaki-menyelam-kena-ambil-tahu-ini-10-bundle-butik-murah-dan-popular-di-sekitar-klang-valley/

https://www.iproperty.com.my/lifestyle/kedai-bundle-yang-jimat-dan-murah-di-malaysia/

https://www.anajingga.com/2017/01/apa-yang-best-di-baden-baden-bundle.html?m=1

error: Content is protected !!