Now Reading
Bagaimana Cara Untuk Menulis Sebuah Puisi?

Bagaimana Cara Untuk Menulis Sebuah Puisi?

menulis

Tiada peraturan khusus untuk menulis puisi. Ada struktur seperti penulisan kreatif, dapat bantu anda realisasi idea dan bekerja dengan lebih produktif.

Ini adalah beberapa petunjuk untuk orang yang ingin meningkatkan kemahiran menulis puisi. Sebagai alternatif, kalau anda belum menulis puisi dari sekolah menengah cuba lah tutorial ini di mana ia akan mengajar asas-asas menghasilkan puisi dalam jangka masa pendek.

Berikut kami kongsikan tips untuk menulis sebuah puisi.

1. Baca banyak puisi

Mulakan dengan membaca puisi kalau anda ingin menulis puisi. Cuba bermain dengan kata-kata di dalam penulisan puisi tanpa perlu fikir mendalam sangat makna dia adalah pendekatan yang menarik untuk menulis dengan baik. Cuba kaji dulu.

Teliti setiap ayat untuk kiasan pertimbangkan makna dari dasar puisi, dan cari simbolisme dalam karya pengarang. Buat analisis baris demi baris sonata. Biarkan kata-kata yang anda ingin zahirkan mengalir dengan penuh perasaan.

2. Dengar pembacaan puisi secara langsung

Penggunaan puisi tidak perlu pun menjadi latihan intelektual dalam kategorikan unsur-unsur aliterasi dan metonomi. Boleh jadi bunyinya sedap, macam sewaktu anda dengar konsonan puisi yang jelas dibaca dengan kuat.

Biasanya pembacaan puisi diadakan di kedai buku dan coffee house, dua-dua pun menarik dan berilmu untuk penulis bercita-cita tinggi. Keindahan seni bina puisi yang baik boleh jumpa dengan dengar suara dia.

Gabungan suku kata tertekan dan tidak tertekan, aliterasi dan asonansi, sajak dalaman yang baik, susunan baris kreatif, dan banyak lagi. Bila anda dengar puisi yang baik dibaca dengan kuat, anda tidak akan pernah memikirkan puisi dengan cara yang sama lagi.

3. Mula dari kecil

Puisi pendek seperti haiku ataupun puisi asas berirama, mungkin lebih senang daripada naratif epik. Puisi biasa berirama adalah kaedah yang takkan kacau untuk anda mula menyusun puisi.

Jangan terkeliru antara kuantiti dengan kualiti, puisi ayat tujuh baris lebih menarik daripada epik pentameter iambic ayat kosong, walaupun perlu sedikit masa untuk menulis.

4. Jangan terlalu obses dengan baris pertama

Jangan berhenti kalau anda rasa anda dah ada patah perkataan yang terbaik untuk memulakan puisi. Sambung je tulis dan bila anda dah siap sedia, bermula balik dengan baris pertama.

Ayat pertama adalah satu unsur karya seni yang lebih besar. Jangan bagi lebih banyak berat daripada yang diperlukan.

5. Gunakan kaedah bercerita

Banyak idea yang boleh anda boleh sampaikan dalam novel, cerpen, atau karanagn dapat dinyatakan dalam puisi. Puisi naratif seperti T.S Elite “The Waste Land”. Edgar Allan Poe “The Raven” pula mengilhamkan rasa takut dan ancaman yang sama dengan beberapa filem seram.

Komunikasi adalah permainan di dalam puisi, sama seperti semua bentuk penulisan bahasa. Ikut je naluri anda macam bercerita masa tulis puisi tu.

6. Manfaatkan alatan

Gunakan thesaurus atau kamus berirama jika anda perlukan bantuan untuk menyiapkan puisi. Ramai penulis berpengalaman gunakan alatan yang sama.

Anda kena faham je makna sebenar perkataan yang anda gunakan sebelum gunaknnya. Perkataan sinonim di dalam thesaurus akan berubah dari makna yang anda cari.

PILIH SUBJEK PUISI

Subjek-subjek untuk puisi umum adalah seperti berikut:

  • Sebuah emosi, seperti cinta atau takut
  • Seorang individu, nyata atau fiksyen
  • Sebuah tempat, nyata atau fiksyen
  • Sebuah objek
  • Seekor haiwan
  • Masa

JENIS-JENIS & GAYA PUISI

Puisi boleh ditulis dalam pelbagai gaya. Irama dan meter tidak diperlukan di dalam puisi, walapun begitu anda boleh saja gunakan ia jika sudah selesa dengannya.

Lepas anda dah tentukan format yang sesuai dengan jiwa, boleh lah belajar lebih tentang puisi tersebut dengan membaca beberapa jenis contoh.

Buat penulis yang baru belajar, ini adalah jenis dan gaya puisi yang mudah:

  • Akrostik: setiap baris perlu ada akrostik di mana huruf pertama mengeja perkataan yang pertama
  • Rangkap bebas: Tiada panduan khusus yang perlu diikuti. Tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran.
  • Haiku: Setiap baris puisi pendek ini mempunyai jumlah suku kata yang tertentu.
  • Saya Ialah: Tulis puisi tentang diri anda yang tidak didasarkan pada ana-mana arahan.
  • Naratif: Balada dan epik adalah contok puisi naratif yang menceritakan plot.
  • Bait berirama: Dibentuk ketika perkataan terakhir dari dua baris berirama berturut-turut.

TIPS UNTUK MENULIS PUISI

Mungkin puisi pertama anda tidak sempurna dan ada sedikit cela. Tidak mengapa. Karya puisi anda adalah sesuatu yang anda ptut banggakan jika anda masukkan perkara-perkara ini:

  • Tulis dengan emosi: Puisi sangat emnakjunkan kerana ia membuat pembaca berasa sesuatu.
  • Elakkan cliché: Cliché adalah frasa yang terlalu kerap digunakan, seperti “sibuk seperti lebah”.
  • Gunakan bahasa kiasan: Gunakan frasa yang melibatkan deria.
  • Gunakan metafora dan perumpaaan untuk membanding tara dua benda. Perkara perumpaan yang biasa kita denga ialah “seperti” atau “sebagai”
  • Metafora juga buat benda yang sama, cuma ia tidak menggunakan perkataan seperti di atas.

Belajar cara menulis puisi ini mudah sebenarnya, tak kisah lah untuk tugasan universiti ataupun sebab peribadi. Anda hanya perlu mula cuba menulis.

Idea akan datang kemudian, walaupun tidak berjaya hasilkan puisi buat kali pertama, kesalahan tersebut yang buat kita bersemangat untuk membaiki kesilapan. Anda sendiri akan terkejut dengan hasil dari titik peluh anda nanti. Jadi, agak-agak apa subjek bagi puisi pertama anda nanti?

Jangan lupa kongsikan hasil puisi anda nanti okay. Selamat menulis dan berkarya!

Sumber:

https://www.masterclass.com/articles/how-to-write-poetry#11-rules-for-writing-good-poetry

https://grammar.yourdictionary.com/grammar-rules-and-tips/tips-on-writing-poems.html

error: Content is protected !!