Now Reading
Bagaimana Cara Untuk Menyediakan Ayam Goreng Mamak

Bagaimana Cara Untuk Menyediakan Ayam Goreng Mamak

ayam goreng mamak

Budaya di Malaysia membawa pelbagai jenis makanan, seperti ayam goreng mamak. Sudah bertahun hidangan istimewa ini menjadi hidangan klasik warga kita.

Ayam goreng mamak dinikmati oleh orang kita sambil berbual mesra mengenai hal semasa. Jom tengok bagaimana cara untuk menyediakan juadah yang enak ini.

RESEPI AYAM GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

  • 600g dada ayam
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 sudu besar tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu the garam masala
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
  • 1/2 sudu teh pewarna makanan
  • 100ml minyak jagung

Cara-cara:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, cili kering, serbuk kari ayam, garam masala, kuning telur, MAGGI® CukupRasa™ dan perwana merah bersama.
  2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung jagung, tepung beras dan daun kari ke dalam bahan-bahan dikisar. Gaul sebati dan perap ayam ke dalam bahan perapan.
  3. Panaskan api dan goreng ayam sehingga masak sepenuhnya. Hidangkan bersama nasi panas.

RESEPI AYAM GORENG MAMAK MADU

Bahan-bahan A: ayam

  • 1kg ayam (dipotong dan dibersihkan)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)

Bahan-bahan B: kuah madu

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 kuntum bunga lawing
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh bawang merah (dikisar)
  • 2 sudu teh halia (dikisar)
  • 1 sudu teh bawang putih (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 200g kurma (dibuang biji)
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar madu

Bahan-bahan C: goreng gajus dan kismis

  • 50g kacang gajus
  • 10g kismis
  • 1 sudu teh minyak sapi

Cara-cara:

  1. Ayam diperap bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
  2. Goreng ayam yang telah diperap sehingga setengah masak. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bunga lawing, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah daun kari. Tumis sehingga bawang layu.
  4. Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau selama dua minit.
  5. Sudah boleh masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
  6. Kisar kurma bersama setengah cawan air. Tuang kurma dikisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak sebentar. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
  7. Masukkan ayam goreng setengah masak tadi dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masak sepenuhnya. Ketepikan.
  8. Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama kismis pada api perlahan. Tutup api. Tuang campuran minyak sapi ke dalam kuah ayam dan kuacau. Tuang madu dan tutup api.
  9. Boleh dihidang bersama nasi panas.

RESEPI AYAM TANDOORI

Bahan-bahan:

  • 6 hingga 8 ketul ayam (dibuang lemak berlebihan)
  • 125g yoghurt asli
  • 2 sudu besar rempah tandoori
  • 2 sudu besar pes halia bawang putih yang disapu pada kesmeua ketulan ayam.
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu kecil garam masala (pilihan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar daun ketumbar (dicincang halus)
  • 2 sduu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil pewarna makanan oren merah
  • 1 labu besar bawang (dihiris bulat)
  • Garam dan perasa atau gula.

Cara-cara:

  1. Penyediaan pes tandoori: 4 sudu besar stok ayam atau air biasa dengan adunan serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak dengan api kecil untuk jadikannya ia sebagai pes.
  2. Masukkan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori tadi dan garam secukup rasa. Titiskan pewarna makanan mengikt citarasa. Gaul sebati adunan.
  3. Kelar sedikit ketulan ayam berdaginng tebal, tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam serta serbuk cili dan jus limau nipis. Ini adalah cara untuk daging ayam cepat masak dan tidak tawar.
  4. Perap selama satu jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  5. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian keyulan ayam dan goreng pada api sederhana. Ini adalah untuk keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng setengah masak.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C bersama plate bakar. Sapukan minyak nipis pada permukaan plate. Susun hirisan bawang dan ayam goreng tadi. Pembakaran awal adalah 30 ke 40 minit, terbalikkan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan pada permukaan ayam.
  7. Bakar lagi untuk 40 minit dan sapukan minyak pada ayam untuk mengelanya daripada kering. Pastikan ayam bertukar kepada warna keperangan, anda boleh cuba potong untuk pastikan ia masak dengan sempurna.

Begitu mudah untuk sediakan hidangan yang harum semerbak dan sedap ini di rumah memandangkan kita bakal menghadapi sekatan pergerakan penuh pada Selasa akan datang. Pastinya akan mendatangkan kerinduan ketika berada di restoran mamak.

Sumber:

https://espoletta.com/2020/02/26/the-significance-of-mamak-stalls-to-malaysians/

https://www.maggi.my/en/recipes/mamak-fried-chicken

https://www.rasa.my/sotong-masala-ayam-madu-2-menu-popular-kedai-mamak-boleh-cuba-masak-sendiri

https://klfoodie.com/mamak-fried-chicken-recipe/

https://garismasa.com/resepi-ayam-tandoori-mamak-haji/

error: Content is protected !!