Cara bersih telefon bimbit adalah penting kerana terkenal sebagai tempat pembiakan bakteria dan virus, dan ia telah terbukti dalam penyelidikan. Malah,
- Dengan kes koronavirus yang semakin meningkat di seluruh dunia, ianya adalah penting untuk menyahjangkit permukaan yang anda sering sentuh.
- Telefon bimbit sememenangnya memang sentiasa terkenal sebagai tempat pembiakan kuman berdasakan keputusan daripada banyak penyelidikan.
- Terdapat cara bersih telefon bimbit anda tanpa merosakkannya.
Dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang semakin membimbangkan, membasuh tangan anda dengan baik dan kerap adalah satu hal yang penting, tetapi anda juga harus memastikan permukaan yang anda selalu sentuh sudah dibersihkan dengan betul tanpa kuman. Menurut anda, apakah permukaan yang anda mungkin sentuh paling banyak? Ya, jawapannya ialah telefon bimbit anda.
Menurut Pengasas Program Pengatur Antimikrobial di The Ohio State University Wexner Medical Center, Debra Goff mengatakan bahawa cara bersih telefon bimbit adalah langkah pencegahan yang jauh lebih berkesan daripada aspek lain seperti pemakaian topeng muka. Beliau juga baru-baru ini dilantik untuk program antimikrobial Pertubuhan Kesihatan Sedunia di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Setiap individu menggunakan telefon bimbit mereka beratus kali sehari. Ini bermakna anda berpotensi mendedahkan diri anda kepada apa yang terdapat pada permukaan tersebut setiap kali anda menggunakan peranti itu.
Berapa banyakkah kuman yang terdapat pada telefon bimbit anda?
Bahkan sebelum wabak COVID-19, telefon bimbit sememangnya sudah diketahui adalah sangat kotor. Satu kajian pada 2017 yang diterbitkan dalam jurnal ‘Germs’ melihat 27 telefon bimbit yang dimiliki oleh remaja, dan mendapati “pencemaran bakteria” pada kesemua peranti tersebut.
Permukaan adalah terkenal kerana boleh menjadi tempat pembiakan yang baik bagi virus, dan ada di antara daripada mereka boleh kekal lebih lama daripada yang lain. Sebagai contoh, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), norovirus boleh tinggal di permukaan selama beberapa hari atau minggu. Virus tertentu itu mendapat paling banyak perhatian semasa wabak kapal persiaran, tetapi ia sebenarnya adalah penyebab biasa bagi gastroenteritis (atau juga dikenali sebagai selesema perut. Bukan sahaja ia sangat mudah berjangkit, tetapi ia hanya memerlukan jumlah yang sangat kecil untuk membuatkan anda sakit.
Virus influenza boleh melekat pada permukaan buat tempoh yang lama. Kajian 2017 di Journal of Hospital Infection mendapati bahawa virus selesema aktif boleh berada di permukaan selama 2 minggu, dan ada yang masih kekal selepas 7 minggu. Malah, pada permukaan berongga seperti kapas, ia boleh bertahan selama seminggu.
Seterusnya coronavirus semasa, yang menyebabkan wabak COVID-19 adalah masih dalam siasatan, jadi CDC belum lagi memperlihatkan berapa lama ia boleh kekal pada permukaan. Walau bagaimanapun, agensi tersebut mencadangkan bahawa ia boleh menjadi aktif selama berjam-jam, jika tidak selama berhari-hari. Justeru itu, pembersihan dan pembasmian “permukaan yang selalu disentuh” amatlah digalakkan. Matlamatnya adalah untuk mengelakkan virus daripada berada pada tangan anda, dan seterusnya ke dalam sistem anda apabila anda menyentuh mata, hidung, atau mulut.
Cara cuci telefon bimbit
Perlu diingatkan bahawa beberapa pembasmi kuman seperti peluntur isi rumah yang dicairkan tidak berfungsi dengan baik bersama barangan elektronik. Menurut Apple, banyak produk pembersih dan bahan yang kasar akan mengurangkan lapisan tahan cap jari yang menjaga telefon anda daripada menjadi kotor apabila anda menggunakannya. Jaid, inilah yang anda perlu dilakukan:
1. Matikan telefon anda.
Sebelum melakukan pembersihan, matikan telefon anda dan cabutnya dari mana-mana pengecas yang sedang digunakan.
2. Pilih kain mikrofiber.
Kain yang direka khas ini mempunyai lebih banyak serat berbanding jenis lain yang lain. Jadi, ia dapat menyerap lebih banyak zarah mikroskopik, termasuk bakteria dan virus. Namun, itu tidak bermakna bahawa ia akan membunuh bahan asing itu, tetapi hanya akan mengangkat mereka dari permukaan tanpa menggunakan air. Anda boleh memikirkan ia sebagai magnet virus yang kecil.
Selepas itu, pastikan anda membersihkan kain dengan betul sebelum menggunakannya semula. Cara terbaik adalah menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk anda dengan kitaran “sanitize”. Kemudian, gantungkannya sehingga kering, tetapi anda juga boleh membasuhnya di dalam mesin basuh dengan air suam. Dan tentu saja, basuhlah tangan anda dengan teliti setelah menggunakan kain yang kotor.
3. Gunakan pengelap alkohol.
Jika telefon bimbit anda adalah sangat kotor, atau anda tidak mempunyai kain mikrofiber yang tersedia, anda boleh menyahjangkit permukaan peranti itu dengan membuat campuran kira-kira 60% air dan 40% alkohol. Gunakan satu sudut kecil kain untuk membersihkan telefon dengan lembut. Kemudian, gunakan bahagian kering kain dengan segera selepas itu.
Pastikan anda tidak menyemburkannya alkohol secara langsung pada telefon bimbit, dan pastikan untuk mencairkannya dahulu. Anda juga boleh menggunakan kain mikrofiber untuk langkah ini bagi membantu dalam proses pembersihan itu. Menggunakan sabun dan air biasa juga adalah digalakkan, tetapi pastikan untuk memerah cecair yang berlebihan sebelum menggunakannya.
4. Jangan gunakan produk yang kasar.
Menggunakan pelindung skrin adalah berguna jika anda ingin menggunakan jenis produk pembersihan yang berbeza. Tetapi, sekiranya anda tidak mempunyainya, elakkan menggunakan produk dengan bahan-bahan yang akan mempengaruhi lapisan skrin telefon anda. Ini termasuklah pembersih tingkap, cuka dan hidrogen peroksida.
Sebaliknya, anda boleh menggunakan kain mikrofiber di mana-mana permukaan, jadi bawa beberapa kain ini untuk membersihkan komputer riba anda, telefon pejabat, papan kekunci, bahkan pemegang cawan kopi atau tombol pada laci meja anda. Pastikan anda ketahui bahawa sebaik sahaja anda menggunakannya, di sinilah virus itu akan hidup sekarang. Jadi, masukkan kain kotor ke dalam beg plastik yang tertutup sehingga ia dapat dibersihkan. Kemudian, basuh tangan anda dengan bersih.
5. Pastikan ia bersih.
Juga, berhati-hati tentang bagaimana anda menggunakan telefon anda terutama di kawasan yang mempunyai kuman seperti tandas awam. Jangan guna atau letakkan telefon anda di kawasan yang kerap mendapat semburan air tandas, bersin, dan batuk.
Memandangkan telefon anda boleh menyerap apa sahaja yang ada di permukaan itu, gunakan telefon anda dengan bersih. Pada masa yang sama, ubah tabiat anda dari segi cara pengendalian telefon bimbit selepas itu.
SUMBER
https://www.goodhousekeeping.com/home/cleaning/a31250434/how-to-clean-phone-screen
https://www.androidcentral.com/how-clean-and-disinfect-your-android-smartphone
https://www.healthline.com/health-news/how-to-clean-your-phone-during-outbreak