Plastik adalah sejenis bahan sintetik atau separa sintetik yang menggunakan polimer sebagai bahan utama. Penggunaan plastik sangat luas bagi menggantikan bekas kaca. Bekas plastik banyak menjadi pilihan wanita terutamanya suri rumah kerana harganya yang murah dan tidak mudah pecah apabila jatuh.
Tetapi sedarkah bahawa penggunaan bekas plastik tidak elok kerana mendatangkan banyak keburukan. Mengapa perlu mengelakkan bekas plastik? Sudah terbukti bahawa plastik mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mengganggu fungsi hormon. Bekas plastik boleh menyebabkan pertumbuhan barah payudara dan menghasilkan jumlah sperma yang rendah.
Ramai di antara kita berpendapat bahawa plastik tahan lama, tetapi itu tidak benar. Bisphenol A (BPA) adalah bahan kimia industri yang telah digunakan sejak tahun 60-an untuk membuat plastik dan resin tertentu. Beberapa penyelidikan mendapati bahawa BPA dapat meresap ke dalam makanan atau minuman yang dibuat dengan BPA. Menurut laporan baru, BPA diganti dengan bahan kimia lain yang sama berbahaya, terutamanya bisphenol S.
Jenis-Jenis Plastik
Terdapat beberapa jenis plastik yang digunakan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah:
- Polipropelina (PP)
Biasanya digunakan sebagai bekas untuk mengisi yogurt. Ia juga digunakan untuk membuat botol air, botol ubat, botol sirap, dan straw.
- Polisterina (PS)
Merangkumi cawan dan pinggan pakai buang. Bahan kimia seperti sterin digunakan untuk membuat polisterina.
- Polietelina berketumpatan tinggi (HDPE)
Merangkumi botol pencuci, botol jus dan botol peralatan mandian.
- Polietilena berketumpatan rendah (LDPE)
Digunakan dalam produk seperti beg plastik, beberapa pembungkus makanan, pembungkus roti, bekas penyimpanan makanan.
- Polivinil klorida (PVC)
Digunakan untuk membuat pembungkus makanan dan botol minyak masak
- Polikarbonat
Bergantung pada polimer dan gabungan polimer untuk menghasilkan plastik tersebut. Biasanya digunakan untuk membuat botol minuman atau penebat dibawah botol minuman. Bisphenol A (BPA) digunakan sebagai bahan asas untuk membuat polikarbonat.
Sebab Perlu Elakkan Penggunaan Bekas Plastik
Penggunaan bekas plastik menyebabkan pelbagai kesan buruk berlaku kepada anda seperti:
- Sebatian beracun dalam plastik boleh membuat anda sakit.
Semakin banyak penyelidikan membuktikan bahawa sebatian toksik yang terdapat dalam plastik menyebabkan masalah kesihatan mulai dari barah hingga kemandulan. Mikroplastik ini berbahaya bukan hanya kerana diperbuat dari plastik, tetapi kerana ia juga mengandungi banyak bahan kimia toksik yang dapat diserap oleh makanan.
- Bahan kimia dalam plastik boleh menyebabkan kegemukan
Suatu penyelidikan baru telah dijalankan menjelaskan bahawa bahan kimia yang banyak digunakan dalam plastik, yang disebut bisphenol A diglycidyl ether (BADGE), sebenarnya boleh menyebabkan sel induk menjadi sel lemak.
- Plastik boleh menyebabkan masalah kesuburan dan reproduktif.
Hampir semua plastik mengandungi bahan kimia beracun yang mempunyai kesan negatif terhadap imuniti dan peraturan hormon, yang kedua-duanya secara langsung mempengaruhi kesuburan.
Secara khusus, BPA didapati menyukarkan wanita hamil dan menyebabkan peningkatan risiko keguguran. Penyelidikan baru juga menunjukkan bahawa toksin yang terdapat dalam plastik boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan masalah perkembangan pada kanak-kanak.
Apakah Tips Dan Jalan Penyelesaian Terbaik?
Penyelesaian terbaik, yang berpatutan, muda, dan selamat adalah menggunakan kaca dan jenis logam tertentu untuk menggantikan plastik. Berikut adalah beberapa penyelesaian untuk mengurangkan pendedahan anda kepada bahan kimia lain dalam bekas plastik:
- Jangan panaskan makanan di dalam bekas plastik kerana sisa plastik boleh meresap ke dalam makanan apabila dipanaskan dalam ketuhar biasa atau ketuhar gelombang mikro. Semua plastik mengandungi bahan kimia berbahaya yang mungkin apabila dipanaskan, bahan kimia tersebut boleh masuk ke dalam makanan dan menjadikannya beracun. Biarkan makanan sejuk dahulu sebentar sekiranya ingin dimasukkan ke dalam plastik.
- Simpan makanan dalam bekas kaca, porselin, logam yang dilapisi enamel, atau bekas keluli tahan karat untuk makanan dan minuman terutamanya jika makanan atau minuman yang panas.
- Elakkan penggunaan air panas di dalam botol plastik. Jangan sekali-kali menyimpan air panas atau cecair panas apa pun di dalam bekas plastik kerana tindak balas kimia berlaku di dalam bekas yang mencemarkan lagi air dan menjadikannya beracun untuk badan anda.
- Elakkan menggunakan botol air plastik dan pilih botol kaca atau keluli tahan karat yang boleh digunakan semula seperti Kleen Canteen atau Yeti.
- Simpan makanan anda dalam bekas kaca atau keluli tahan karat yang boleh digunakan semula.
- Elakkan membeli makanan yang dibungkus plastik.
- Gunakan botol bayi dengan label yang bertuliskan “BPA free” atau botol susu jenis polipropelina
- Pastikan gunakan peralatan memasak yang diperbuat daripada besi tahan karat ataupun kayu.
- Elakkan minum minuman dalam botol yang ditinggalkan di dalam kereta.
Kesimpulannya, plastik boleh menyebabkan bahan kimia larut ke dalam makanan dan minuman kita terutamanya apabila terdedah kepada panas. Plastik boleh:
- Mengganggu hormon dalam badan kita
- Membawa kemandulan & mempengaruhi akil baligh & ovulasi
- Menyebabkan masalah kardiovaskular seperti perubahan tekanan darah, penyakit arteri, darah tinggi dan juga serangan jantung.
- Berpotensi meningkatkan risiko barah
- Menyebabkan kanser payudara
Oleh itu, kurangkanlah penggunaan bekas plastik dalam kehidupan seharian agar dapat mengelakkan penyakit bahaya. Bekas plastik dicipta untuk kegunaan tertentu sahaja mengikut kesesuaian dan jika disalahgunakan menyebabkan risiko kepada kesihatan. Anda dinasihatkan untuk menggunakan kertas lilin dan bukannya pembungkus plastik untuk membungkus makanan. Elakkan menggunakan bekas plastik di dalam ketuhar gelombang mikro, sebaliknya gantikan dengan bekas kaca.
SUMBER
https://www.zerowasteman.com/the-dangers-of-plastic-food-containers-and-11-ways-to-avoid-them/
https://www.breastcancer.org/risk/factors/plastic
https://www.foodmatters.com/article/5-reasons-to-avoid-plastic-containers