Banana Boat adalah salah satu jenama pelindung matahari terbesar di Australia dan sudah menembus pasaran di Malaysia. Rangkaian produk ini disasarkan kepada keluarga aktif yang mencari perlindungan UV yang boleh dipercayai dan mudah digunakan.
Harganya yang mampu milik juga berjaya menarik perhatian orang ramai. Semua pelindung matahari mempunyai daya ketahanan sehingga 4 jam.
Teruskan membaca untuk mengetahui mengenai produk Banana Boat dan produk-produk lain untuk keperluan pelindung matahari anda semasa melakukan aktiviti luar.
Untuk membeli produk pelindung matahari, sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda
Banana Boat Sport Sunscreen Lotion
RM40.60
Losyen Banana BoatTM Sport ini memberikan perlindungan tahan air yang tahan lama untuk sebarang aktiviti sukan. Teknologi Avo TriplexTM membantu mencegah selaran matahari dan kerosakan kulit sementara formula memberikan penyerapan cepat dan tidak terasa berminyak serta mengurangkan risiko barah kulit dan penuaan kulit awal. Losyen ini walaupun tampak ringan, melakukan tugas berat untuk melindungi anda daripada matahari dan tidak akan memedihkan mata.
Sunplay Sport Screen
RM39.40
Sunplay Sport Screen memberi perlindungan UV tinggi sehingga SPF 120. Dilengkapkan dengan teknologi yang canggih, ia direka untuk diserap di dalam kulit yang basah dengan serta-merta tanpa perlu dikeringkan dengan tuala. Formula cepat kering ini juga mempromosikan pemutihan kulit yang disebabkan oleh selaran matahari. Anda boleh bersukan tanpa risau kerana ianya kalis air dan peluh sehingga 4 jam. Apabila perlu, anda boleh mengulang penyapuan losyen di badan anda.
Banana Boat Sport Cool Zone
RM49.20
Spray perlindungan matahari ini memberi prestasi yang tinggi untuk melengkapkan gaya hidup aktif anda. Kini, anda dapat menikmati pengembaraan luar dengan yakin bahawa anda mempunyai perlindungan matahari dari sinaran berbahaya UVA/UVB. Sesuai untuk peminat sukan, pelindung matahari ini diperkaya dengan aloe vera dengan segera menyejukkan dan menyegarkan kulit semasa bersentuhan, menjadikan anda berasa segar. Pelindung matahari tahan air dan peluh 4 jam yang tidak berminyak ini akan memastikan anda dilindungi semasa anda bersukan.
Supergoop! PLAY Antioxidant Mist
RM65.00
Pemyembur ini direka dengan tanpa aerosol mampu untuk memberi perlindungan matahari secara berterusan. Mempunyai 35% alkohol, lebih kurang jika dibandingkan dengan produk lain, ia sungguh mudah diaplikasikan, memastikan kulit sentiasa dihidrat di samping menawarkan perlindungan kepada selaran UV matahari yang berbahaya. Botol yang kompak ini membolehkan ia senang dibawa ke mana-mana sahaja, ideal untuk menjadi “sidekick” hari-hari aktif di luar rumah anda.
Banana Boat Aloe Vera Gel
RM30.90
Banana Boat Aloe Vera Gel memberikan anda penyejukan dan menenangkan selepas anda terdedah kepada cahaya matahari. Diformulasikan khas dengan ekstrak aloe vera, gel yang menenangkan ini mengisi kelembapan dan melembutkan kulit anda untuk membantu mencegahnya mengelupas. Gunakan gel aloe vera ini sepanjang tahun untuk menyelesaikan masalah kulit kering, kusam, kasar dan iritasi yang selalu dialami oleh orang yang mempunyai kulit yang sensitif.
Nature Republic 92% Aloe Vera Soothing Gel
RM21.60
Kaya dengan 92% ekstrak daun aloe vera. Memberinkan kesan penegangan dan pelembapan kulit. Gel aloe vera daripada Nature Republic ni diserap ke dalam kulit memberikan kelembapan dan kesegaran pada kulit. Ia juga sesuai untuk disapu di muka untuk kesan yang menenangkan. Selain itu, anda boleh menggunakan ia di rambut untuk rambut yang lebih kental dan sihat. Gel pelbagai guna ini, dengan harganya yang berpatutan patut menjadi aksesori wajib di rumah anda!
Banana Boat Kids Lotion
RM33.50
Losyen Banana Boat® Kids ini mengandungi formula ultra-lembut yang tidak menyakitkan mata dan diuji secara klinikal agar ringan pada kulit anak-anak. Losyen ini mengandungi titanium dioksida, disyorkan untuk kulit sensitif kanak-kanak untuk perlindungan UVA/UVB dari selaran matahari dan kerosakan kulit. Ia tahan air untuk melengkapkan gaya hidup anak-anak anda yang aktif. Direka dengan teknologi Avo TriplexTM, ia membantu mencegah selaran matahari dan kerosakan kulit sementara formula memberikan penyerapan cepat dan tidak terasa berminyak.
Aveeno Baby Mineral Sunscreen Lotion
RM89.00
Losyen pelindung matahari mineral khas untuk bayi ini mempunyai spektrum luas SPF 50 yang tahan peluh dan air sehingga 80 minit memberikan perlindungan matahari yang unggul Pelindung matahari mineral yang berkesan secara klinikal terbukti ringan seperti air ke kulit, berkesan untuk mengunci kelembapan di kulit bayi yang sensitif tanpa menyengat atau merengsakan kulit. Diformulasikan khas untuk bayi dan mengandungi bahan aktif 100% zink oksida bersumber secara semula jadi, merupakan ramuan pelindung matahari mineral yang sangat disyorkan. Losyen pelindung matahari bayi tidak berminyak dan memberikan perlindungan spektrum luas yang unggul daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.
Banana Boat Simply Protect Aqua Daily Moisture
RM38.50
Banana Boat Simply Protect Aqua Daily Moisture Sunscreen Lotion membantu melindungi dan melegakan kekeringan pada kulit anda. Teksturnya yang seperti air ini mudah disapu, meluncur dengan lancar dan sesuai. Esktrak wangian floral juga telah diadun untuk mengekalkan bau yang wangi. Losyen ini telah direka untuk disapu di badan dan muka. Juga bebas daripada oxybenzone, paraben, alkohol dan minyak untuk menjaga kesihatan kulit anda.
Sunplay Skin Aqua Watery Gel
RM40.70
Sunplay Skin Aqua ini telah menerapkan teknologi canggih baru yang menyediakan sistem pertahanan UV tiga-dalam-satu yang unggul untuk membantu melindungi dari penuaan kulit dan sinar matahari yang disebabkan oleh sinar UV. Teksturnya yang sangat ringan direka untuk penyerapan pantas dan rasa tidak berminyak. Mengandungi Vitamin C untuk kulit yang lebih sihat dan cerah. Juga mengandungi ekstrak aloe vera dan untuk menenangkan dan melindungi kulit dari radikal bebas. Sesuai untuk kegunaan harian di wajah & badan.
Jangan lupa untuk sentiasa mengenakan pelindung UV ketika melakukan aktiviti luar seperti aktiviti pantai dan juga aktiviti jungle trekking. Lindungi kulit wajah anda supaya ia kekal awet muda, cantik, dan sentiasa berseri seperti tidak dimamah usia.